omniture

Hotel Tai O Heritage Hong Kong Memenangi Anugerah Merit di Anugerah Warisan Budaya Asia Pasifik UNESCO 2013

Tai O Heritage Hotel Hong Kong
2013-09-07 16:01 93

HONG KONG, 7 September 2013 /PRNewswire/ -- Hotel Tai O Heritage Hong Kong (www.taioheritagehotel.com), yang dibaharui semula daripada Balai Polis Lama Tai O yang dibina pada tahun 1902, telah dianugerahkan oleh UNESCO, Pendidikan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, Organisasi Saintifik dan Budaya, dengan Anugerah Merit semasa Anugerah Asia-Pasifik 2013 untuk Pemuliharaan Wawasan Budaya pada 3 September 2013.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/09/05/20130905173205216819.html)
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2013/09/05/20130905173330875115.jpg)

Dimulakan dan dikendalikan dengan model perniagaan perusahaan sosial tanpa untung oleh Hong Kong Heritage Conservation Foundation Limited (HCF) (www.hkheritage.org), Hotel Tai O Heritage Hong Kong yang mendapat anugerah UNESCO telah dibuka pada Februari 2012. Mendapat gred sebagai bangunan bersejarah Gred II oleh Majlis Penasihat Antikuiti pada 2010, seni bina zaman kolonial berusia 111 tahun itu telah berjaya diubah daripada Balai Polis Lama Tai O menjadi hotel butik warisan dengan sembilan bilik di kampung nelayan Tai O yang berusia 400 tahun dan kaya dengan warisan.

Anugerah UNESCO antarabangsa terbaharu yang dikurniakan kepada Hotel Tai O Heritage ini ialah penghormatan tertinggi yang pernah diterima oleh projek yang menyertai di bawah Skim Pembaharuan Semula Bangunan Bersejarah Melalui Hubungan Kerjasama kelolaan Biro Pembangunan Kerajaan SAR Hong Kong semasa. Hotel itu diberikan kepujian tinggi oleh panel juri yang terdiri daripada 8 pakar pemuliharaan antarabangsa.

"Melalui inisiatif am-swasta perintis yang dikendalikan di bawah Skim Pembaharuan Semula Kerajaan SAR Hong Kong, Balai Polis Tai O yang diabaikan sebelum ini telah disuntik nafas baharu sebagai hotel warisan. Projek ini mendapat kepujian khususnya untuk penglibatan ahli masyarakat tempatan dan orang yang pernah menduduki bangunan itu melalui usaha pemetaan budaya menyeluruh yang telah memberi banyak maklumat untuk usaha pemulihan itu dan membantu menghidupkan semangat ciri tersendiri untuk hartanah warisan itu. Peluang sosial dan ekonomi yang dipertingkat yang disediakan oleh penggunaan baharu bangunan itu akan memastikan daya maju jangka panjang mercu tanda bersejarah ini," puji En. Tim Curtis, Ketua Unit Budaya, UNESCO Bangkok.

Diilhamkan daripada amalan seluruh dunia yang berjaya, Hotel Tai O Heritage yang memenangi anugerah telah membawa bersama satu program strategi jangka panjang dan penglibatan komuniti merangkap ekopelancongan. Dimulakan dengan tema dinamik "Saya Sayang Tai O" selama 18 bulan yang digiatkan sejak pembukaannya, Hotel itu telah menerima kunjungan lebih 275,000 pelawat mulai hujung Februari 2012 sehingga hujung Ogos 2013, melebihi 200% daripada sasaran tahunan 66,000 orang pelawat yang ditetapkan oleh Kerajaan. Dengan penambahan terbaharu ini, ia telah menerima sejumlah 14 kepujian, yang mengiktiraf penumpuannya terhadap usaha pemuliharaan warisan, kecemerlangan perkhidmatan dan tanggungjawab sosial korporat.

Usaha berdedikasi telah ditunjukkan untuk kedua-dua pemuliharaan bangunan yang diketuai oleh perunding seni bina, pereka hiasan dalaman dan pakar landskap bagi memulihara dengan menyeluruh seni bina dan kepentingan asli Balai Polis Lama Tai O, serta usaha pemuliharaan perisian dengan melibatkan komuniti Hong Kong, pengembara luar negara, penggemar pemuliharaan secara keseluruhan dan berharmoni sambil mempertingkatkan peluang sosial dan ekonomi yang disediakan oleh hotel warisan yang terpulihara itu.

Sejumlah 47 penyertaan telah diterima untuk Anugerah Asia-Pasifik UNESCO 2013 untuk Pemuliharaan Wawasan Budaya yang mempersembahkan rangkaian luas tipologi bangunan dari 16 negara dalam rantau itu. Tahun ini, juri menganugerahkan satu Anugerah Kecemerlangan, tiga Anugerah Kepujian, enam Anugerah Merit dan dua Sebutan Kehormat.

Juri itu memberi kepujian tinggi kepada pencapaian Hotel Tai O Heritage dan menggalakkan jawatankuasa terus berkongsi teladan yang didapati daripada projek itu bagi menggalakkan usaha pemuliharaan warisan di Hong Kong dan di serata rantau Asia-Pasifik.

Pertanyaan Media
Emily Wu
+852-2738-2320
emilywu@hkheritage.org

Hotel Tai O Heritage Hong Kong
Shek Tsai Po Street, Tai O, Pulau Lantau, Hong Kong
Telefon: +852-2985-8383
Faks: +852-2985-8881
info@taioheritagehotel.com
www.taioheritagehotel.com 
Facebook: taioheritagehotel

Source: Tai O Heritage Hotel Hong Kong
Keywords: Hotels and Resorts Travel Awards