omniture

Sunny Varkey melancarkan Tmrw, Sistem Operasi Pembelajaran (LearnOS) baharu untuk pendidikan global bagi membawa pendidikan berkualiti dalam jangkauan setiap kanak-kanak

GEMS Education
2021-12-07 20:08 15

- Dibina agar dapat diakses dan dengan kos berpatutan untuk sekolah-sekolah di negara maju dan membangun

- Direka oleh pendidik untuk pendidik – dengan guru yang menjadi nadi kepada platform

DUBAI, UAE, 7 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Tmrw, sebuah Sistem Operasi Pembelajaran (LearnOS) baharu dan berskala untuk pendidikan global dengan misi untuk membantu membawa pendidikan berkualiti kepada setiap kanak-kanak, telah dilancarkan hari ini.

Platform Bersepadunya dibina supaya dapat diakses dan dengan kos yang berpatutan untuk sekolah-sekolah yang dibiayai kerajaan yang beroperasi di negara maju dan membangun, berusaha untuk menjangkau semua pelajar tanpa mengira latar belakang atau keupayaan mereka untuk membayar. Visi Tmrw dari semasa ke semasa adalah untuk menyokong pembelajaran, pengajaran dan keperluan operasi pendidikan K12, pendidikan tinggi dan pembelajaran sepanjang hayat. Tmrw diterajui oleh guru daripada perancangan hingga kepada pelancaran peringkat akhirnya.

Pandemik COVID-19 yang masih berterusan telah menekankan keperluan mendesak untuk penyelesaian teknologi bersepadu bagi pendidikan global. Tmrw berusaha untuk menyediakan ekosistem pendidikan yang menawarkan lebih daripada sekadar sistem pembelajaran atau pengurusan sekolah tradisional yang tersendiri.

Platform ini merangkumi modul untuk mengurus dan mengawasi kemajuan kurikulum, penilaian dan memantau perkembangan pelajar. Ia mempunyai fungsi bukan akademik seperti pengurusan sukan, kaunseling dan kesejahteraan. Ia membolehkan sekolah-sekolah menguruskan hubungan ibu bapa dan pelajar serta merangkumi ciri-ciri penjagaan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak yang dibina khusus. Ia juga merangkumi operasi pentadbiran seperti pengurusan pendapatan, sumber manusia, gaji, kewangan dan perolehan.

Tmrw ialah sebuah syarikat transformasi pendidikan yang menawarkan perkhidmatan pendidikan komprehensif seperti:

  • TMRW Academy – memberikan tumpuan pada pembangunan profesional 
  • Pusat Arahan Pendidikan – memberi perkhidmatan kepada pembuat dasar dengan keupayaan membuat keputusan dalam masa nyata 
  • Teknologi Setempat – Tulang belakang teknologi yang komprehensif meliputi ekosistem sekolah 
  • Khidmat Nasihat Tmrw untuk institusi pendidikan tentang reka bentuk kurikulum, transformasi digital, penambahbaikan sekolah dan strategi pendidikan di seluruh negara.

Pada asalnya merupakan sebahagian daripada GEMS Education, Tmrw telah diperbadankan sebagai sebuah entiti teknologi bebas GEMS.  Hari ini, GEMS merupakan satu-satunya pengendali pendidikan sektor swasta dengan sebuah platform yang inklusif untuk para guru, murid dan ibu bapa. Pengalaman tersebut merupakan asas Tmrw yang bertujuan untuk memberi kesan kepada satu bilion pelajar melalui teknologi.

Encik Sunny Varkey, Pengerusi merangkap Pengasas TMRW dan GEMS Education berkata:

"Pendidikan berkualiti merupakan kesaksamaan yang hebat. Ia merapatkan jurang antara kaya dan miskin dan memberi kita peluang terbesar untuk memperbaiki keadaan dunia kita. Akhirnya, visi kami adalah untuk memberi setiap anak hak kelahiran mereka dengan suatu pendidikan yang hebat dan memberi harapan untuk masa depan yang lebih baik. Kami telah membina platform ini untuk diakses dan mampu milik bagi sekolah-sekolah yang dibiayai oleh kerajaan di seluruh dunia bagi membantu meningkatkan keputusan pembelajaran di mana sahaja kami mampu." 

Ketua Pegawai Eksekutif TMRW merangkap Ketua Pegawai Pembaharuan GEMS Education Group, Encik Krishnan Gopi berkata:

"Pendidikan berubah secara berkadar dan bergerak jauh daripada pola pengajaran dan pembelajaran konvensional yang telah mendominasi sektor ini. Direka oleh pendidik untuk pendidik, TMRW akan membantu para pelajar belajar dengan lebih baik, guru mengajar dengan lebih baik, ibu bapa menjadi lebih terlibat dan sekolah menjadi lebih cekap" 

Platform ini selamat, boleh diskala, pelbagai bahasa dan amat mudah disesuaikan untuk memenuhi keperluan sistem pendidikan yang berbeza di seluruh dunia. Ia menggunakan teknologi eksponen seperti AI/ML, AR/VR, Rantaian Blok dan IOT untuk merevolusikan pengalaman pengajaran dan pembelajaran.

*Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana Tmrw boleh memperkasakan sekolah untuk menyampaikan hasil pengajaran dan pembelajaran yang dipertingkatkan, sila e-mel: info@tmrw.group 

Source: GEMS Education
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Education Telecommunications New products/services