omniture

Gan & Lee Pharmaceuticals Mengumumkan Kelulusan FDA A.S. bagi Penggunaan Ubat Percubaan Baharu (IND) untuk Analog Peptida-1 Seperti Glukagon Baharu, GZR18

Gan & Lee Pharmaceuticals Co., Ltd.
2021-12-08 18:05 22

BEIJING dan BRIDGEWATER, N.J., 8 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Gan & Lee Pharmaceuticals Co., Ltd. (selepas ini dirujuk sebagai Gan & Lee, kod saham: 603087.SH), dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) A.S. telah memberi kelulusan kepada penggunaan ubat percubaan baharu (IND) untuk sebatian syarikatnya iaitu GZR18 bagi menambah baik pengurusan diabetes mellitus jenis 2. Sebatian penyelidikan GZR18 tersebut merupakan satu analog peptida-1 (GLP-1) seperti glukagon yang baharu, sejenis hormon tambahan yang bertanggungjawab untuk banyak kesan glukoregulasi seperti rangsangan rembesan insulin dan perencatan glukagon, apabila glukosa darah adalah tinggi.1

Buat masa ini, terdapat 537 juta orang dewasa (20-79 tahun) yang menghidap diabetes di seluruh dunia2, sementara diabetes mellitus jenis 2 menyumbang kepada kira-kira 90% daripada semua kes diabetes.3 Gan & Lee memahami beban global bagi diabetes mellitus jenis 2. "Kelulusan FDA terhadap penggunaan IND untuk GZR18 merupakan peristiwa penting bagi syarikat kami kerana kami berusaha untuk menyediakan pilihan rawatan tambahan di peringkat global kepada pesakit diabetes jenis 2," kata Kaushik Dave RPh., PhD, MBA, Naib Presiden, Hal Ehwal Kawal Selia Global. Penerimaan IND oleh FDA ini akan membolehkan Gan & Lee meneruskan ujian klinikal Fasa 1 GZR18.

Tentang Gan & Lee 
Gan & Lee Pharmaceuticals telah berjaya membangunkan insulin manusia biosintesis domestik yang pertama di China. Buat masa ini, kami mempunyai lima analog insulin rekombinan yang dikomersialkan di China termasuk suntikan glargine yang bertindak lama (Basalin®), suntikan lispro yang bertindak pantas (Prandilin), suntikan aspart bertindak pantas (Rapilin®), suntikan lispro protamina zink campuran (25R) (Prandilin25), suntikan aspart 30 (Rapilin®30), dan satu suntikan insulin manusia - suntikan insulin manusia protamina campuran (30R) (Similin®30). Kami mempunyai dua peranti perubatan yang diluluskan di China iaitu pen suntikan insulin yang boleh diguna semula (GanleePen) dan jarum pen pakai buang (GanleeFine®).

Di masa akan datang, Gan & Lee berusaha untuk mencapai liputan yang komprehensif dalam bidang diagnosis dan rawatan diabetes. Dengan melangkah ke hadapan bagi mencapai matlamat kami untuk menjadi syarikat farmaseutikal bertaraf dunia, kami juga akan mengambil bahagian secara aktif dalam membangunkan entiti bahan kimia baharu dan mengusahakan rawatan bagi penyakit kardiovaskular, penyakit metabolik, kanser dan lain-lain terapi. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di investorrelations@ganlee.us.

Rujukan

  1. Collins L, Costello RA. Glucagon-like Peptide-1 Receptor Agonists. [Dikemas kini pada 25 Jun 2021]. Di: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; Januari 2021-. Tersedia daripada: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK551568/
  2. Persekutuan Diabetes Antarabangsa. IDF Diabetes Atlas, edisi ke-10. Brussels, Belgium: 2021. Boleh didapati di: https://www.diabetesatlas.org
  3. Persekutuan Diabetes Antarabangsa. IDF Diabetes Atlas, edisi ke-9. Brussels, Belgium: 2019. Boleh didapati di: https://www.diabetesatlas.org

Gina Antonucci, #: 888-288-5395, investorrelations@ganlee.us

Source: Gan & Lee Pharmaceuticals Co., Ltd.
Related Stocks:
Shanghai:603087
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals FDA Approval