omniture

Sonata Software diiktiraf atas keupayaan peneraju pasarannya bagi Microsoft Dynamics 365

Sonata Software
2021-12-08 18:39 20

BANGALORE, India, 8 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Sonata Software Ltd., sebuah syarikat penyelesaian perkhidmatan dan teknologi IT global, telah diiktiraf oleh tiga buah firma penganalisis terkemuka di dunia atas keupayaan peneraju pasarannya bagi Microsoft Dynamics 365 selama bertahun-tahun termasuk tahun 2021.

IDC baru-baru ini telah menobatkan Sonata Software sebagai "Syarikat Utama" dalam IDC MarketScape: Penilaian Vendor Perkhidmatan Pelaksanaan Microsoft Dynamics 365 Asia/Pasifik 2021 (November 2021).

Dalam penilaian PEAK Matrix® miliknya, Everest Group meletakkan Sonata Software sebagai "Pesaing Utama", bersama-sama dengan syarikat-syarikat terkemuka yang lain. Penilaian tersebut mempertikaikan bahawa syarikat biasanya mencari kepakaran teknikal dan domain sebagai kriteria pemilihan utama; dan keupayaan perundingan mewujudkan pembezaan dalam kalangan penyedia perkhidmatan.

Sebuah lagi firma penyelidikan dan penasihat yang terkenal di dunia, telah turut mengulas di dalam laporan kajiannya tentang prestasi kukuh Sonata dalam bidang Microsoft Dynamics 365 selama beberapa tahun sehingga sekarang – sejak dari tahun 2017 lagi, dengan menyatakan tentang visi perkhidmatan berkualiti tinggi syarikat tersebut, kerjasamanya yang kukuh dengan Microsoft dan prestasinya.

Sonata Software telah lama menjadi rakan kongsi global terkemuka dalam perkhidmatan Dynamics Microsoft & Aplikasi Perniagaan. Syarikat tersebut yang telah terlibat dengan platform Dynamics sejak permulaannya lagi, telah mempertingkatkan pendekatan Platform Bermaklumat ('Platformation') yang terkenal, IP yang sedia industri, penyelarasan & pengetahuan mendalam yang kukuh terhadap Strategi Microsoft dari semasa ke semasa bagi membantu pelanggan memperoleh nilai yang luar biasa daripada usaha transformasi digital mereka.

Rajsekhar Datta Roy, Ketua Global Platform Dynamics & Digital Sonata Software berkata, "Kami merupakan syarikat terkemuka di seluruh dunia dari segi membolehkan transformasi digital organisasi pada platform Dynamics. Pengetahuan industri, IP bertaraf dunia, pendekatan 'Platformation', keupayaan pemodenan yang unik & rekod prestasi kami dalam keupayaan pelaksanaan global yang berjaya dan pelbagai lagi nilai tambah menjadikan kami sebagai pilihan pertama kepada para pelanggan yang mencari kelebihan daya saing yang dibawa oleh transformasi Digital. Beberapa pelanggan kami menamakan tawaran kami sebagai Dynamics Plus Plus disebabkan nilai sebenar yang kami mampu berikan."

"Kami telah bekerjasama dengan Microsoft selama beberapa dekad sehingga kini. Hubungan kami adalah unik dalam pelbagai aspek, dengan kerjasama rapat yang menjangkau selama bertahun-tahun dalam Dynamics – dengan tumpuan kepada awan industri - dan pengetahuan serta kepakaran kami dalam bidang ini merupakan yang terbaik," kata Hanumanth Tenneti yang mengendalikan penyelesaian dan kecekapan Dynamics di Sonata Software.

Rathi Rao, Ketua Pemodenan Dynamics Sonata Software menambah," Pendekatan Dynamics++ oleh Sonata menangani keperluan mana-mana organisasi secara holistik dan memanfaatkan teknologi platform Dynamics yang lengkap – Kewangan & Operasi, Penglibatan Pelanggan, Platform Kuasa dan Dataverse - bagi mencapai objektif transformasi mereka".

"Pemodenan yang berkesan bukan sahaja menjadi kunci kepada prestasi perniagaan, malah ia juga kunci kepada kelangsungan hidup," simpul Rathi Rao. "Pemodenan juga hanya berkesan apabila ia memberikan hasil yang positif dan boleh diukur. Di Sonata, kami berbangga dengan keupayaan dan kebolehan kami dalam memberikan hasil yang diperlukan oleh para pelanggan kami melalui pemodenan dan transformasi."." 

Tentang Sonata Software

LOGO: https://mma.prnasia.com/media2/689012/Sonata_Software_Logo.jgg?p=medium600

Source: Sonata Software
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Survey, Polls & Research