omniture

Pembekal Hop Amerika Membina Pusat Edaran Eropah Baharu di Belgium

Yakima Chief Hops
2021-12-08 19:05 20

MONT SAINT GUIBERT, Belgium, 8 Disember 2021 /PRNewswire/-- Dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti pembuatan bir global, Yakima Chief Hops (YCH), pembekal dan penanam hop terbesar milik sendiri yang berpangkalan di Yakima, Washington, telah menyiapkan pembinaan sebuah gudang penyimpanan sejuk beku canggih di Belgium.

Dec. 7, 2021 – In an effort to better serve the global brewing community, Yakima Chief Hops, the largest grower-owned hop supplier, has completed construction of a state-of-the-art facility in Belgium with a cold storage warehouse, taproom, homebrew production line and 1800-panel solar array.
Dec. 7, 2021 – In an effort to better serve the global brewing community, Yakima Chief Hops, the largest grower-owned hop supplier, has completed construction of a state-of-the-art facility in Belgium with a cold storage warehouse, taproom, homebrew production line and 1800-panel solar array.

Yakima Chief Hops telah membekalkan hop berkualiti kepada kilang pembuatan bir di seluruh dunia selama lebih 30 tahun. Dengan membangunkan beberapa produk paling canggih di pasaran, YCH telah menjadi pendorong kepada kreativiti dan inovasi dalam industri bir global.

Pengembangan ke Eropah akan meningkatkan pengalaman pelanggan YCH dengan baik, termasuk meningkatkan akses kepada portfolio produk dan kepelbagaiannya yang luas serta logistik yang bertambah baik dan masa penghantaran yang lebih pantas kepada pelanggan pembuatan bir.

"Dengan tertubuhnya sebuah pangkalan di Eropah ini, menunjukkan komitmen YCH dalam menyampaikan hop berkualiti tinggi secara langsung kepada pelanggan pembuatan bir globalnya," kata Denis Gayte – Pengarah Urusan YCH Eropah. "Kemudahan baharu kami memastikan bahawa hop kami yang ditanam di Barat Laut Pasifik Amerika boleh disimpan di Eropah dan disampaikan kepada pelanggan dalam keadaan yang terbaik."

Terletak di Mont Saint Guibert, gudang seluas 6,600 meter persegi ini merangkumi kapasiti penyimpanan sejuk beku untuk menempatkan sebanyak 8,800 palet hop, ruang pejabat, bilik saliran bir dan pusat pelawat yang membolehkan para pelanggan mengetahui tentang hop dan mencuba sampel bir menggunakan produk YCH. YCH juga melabur dalam barisan produk pembuatan bir di rumah yang mampu menawarkan palet hop berkualiti tinggi dalam bungkusan bersaiz lebih kecil bagi pembuat bir nano dan di rumah. 

Kemudahan ini juga direka dengan memikirkan tentang kelestarian, kerana ia menyokong rangkaian solar 1,800 panel yang menghasilkan 750 MW tenaga atau kira-kira separuh daripada jumlah penggunaan bangunan tersebut. Pelan pembinaan, reka bentuk dan operasi hijau adalah bermatlamatkan pengalihan sisa, pemuliharaan air dan kesihatan ruang dalaman. Bangunan ini menggunakan tenaga boleh baharu dan lekapan kecekapan lebih tinggi sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga dan air.

Pembuat bir Eropah yang berminat dengan produk YCH boleh menghubungi EUsales@yakimachief.com

Yakima Chief Hops

YCH ialah pembekal dan penanam hop global yang dimiliki 100% dengan misi untuk menghubungkan para pembuat bir dengan ladang hop keluarga. Beroperasi selama lebih 30 tahun, peranan kami telah berkembang selain menjadi pembekal hop semata-mata. Kami peneraju inovasi, kualiti dan perkhidmatan pelanggan. Kami merupakan sumber kepada pembuat bir serta menyediakan produk berasaskan penyelesaian dan penyelidikan yang terkemuka dalam industri. Kami menyokong tujuan sosial yang lestari dan bermakna serta berusaha untuk menyokong komuniti dan alam sekitar di sekeliling kami. www.yakimachief.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1704103/Yakima_Chief_Hops_Belgium_Facility.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1016498/Yakima_Chief_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: Yakima Chief Hops
Keywords: Agriculture Beer, Wine & Spirits Beverages Retail Corporate Expansion