omniture

Sheer Markets Berkembang ke Pasaran Global dengan Lesen Baharu

Sheer Markets
2021-12-09 01:14 56

LIMASSOL, Cyprus, 8 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Sheer Markets, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mencapai satu lagi kejayaan dengan pelancaran operasi yang merangkumi para pedagang dan pelabur di Amerika Latin, Afrika, Asia dan Oceania.

Sheer Markets yang dikawal selia oleh CySEC sejak tahun 2020 dan berdaftar dengan majoriti pihak berkuasa kelayakan di EU bagi menyediakan perkhidmatan secara bebas di rantau tersebut, kini mengambil langkah baharu ke hadapan dengan lesen LFSA bagi merealisasikan sambutan menggalakkan yang diterima daripada para pedagang bukan EU dan berkembang ke Amerika Latin, Afrika, Asia dan Oceania.

Sheer Markets sentiasa mempunyai misi untuk memperkenalkan pelbagai produk institusi baharu kepada para pedagang runcit di seluruh dunia. Sebagai tambahan kepada CFD tradisional Sheer Markets dalam tawaran Tukaran Asing, Ekuiti, Indeks, Komoditi dan Mata Wang Kripto, syarikat tersebut mendayakan dagangan NDF & EMFX untuk para pedagang runcit, yang membolehkan mereka memasuki pasaran yang belum dimanfaatkan dengan potensi pelaburan baharu, dagangan mata wang seperti Real Brazil, Rupee India dan Won Korea.

Ketua Pegawai Eksekutif Sheer Markets, Howard Carr mengulas tentang perkembangan yang menarik ini:

"Kami sangat gembira mengambil langkah penting ini untuk memperkenalkan kepada komuniti global tentang NDF dan rangkaian kami yang terdiri daripada lebih 1,900 instrumen dagangan CFD. Apabila ekonomi baru muncul berkembang maju, permintaan terhadap EMFX dan NDF daripada pengguna sedia ada dan baharu terus diperluas dan dipercepat, disertai dengan pengembangan kecairan dan peningkatan kadar pusing ganti. Kami gembira dapat menjadi sebahagian daripada institusi kewangan pertama yang mentakrifkan semula industri dan menawarkan para pedagang serta pelabur dengan peluang-peluang baharu."

Sebagai tambahan kepada rangkaian produk yang julung-julung kali diperkenalkan dengan lebih 1,900 instrumen CFD, pedagang pasaran Sheer mendapat manfaat daripada beberapa keadaan dagangan terbaik di pasaran, platform dagangan terkemuka di pasaran, pengurus akaun khusus, alat dagangan, penyelidikan, sokongan pelanggan berbilang bahasa yang cemerlang, pembayaran yang tepat pada masanya dan banyak lagi.

Sheer Markets merupakan salah satu institusi kewangan pertama yang menginovasi dan melancarkan penstriman langsung NDF untuk para pedagang runcit melalui platform dagangan MetaTrader 5. Selain itu, mereka menawarkan perkhidmatan dan strategi pengurusan portfolio yang benar-benar unik yang menjadikan pelaburan gred institusi tersedia kepada pelanggan runcit mereka. Sheer Markets komited untuk sentiasa meningkatkan tawaran mereka bagi membawakan pengalaman dagangan yang selayaknya diterima oleh para pedagang.

Ikuti Sheer Markets Global untuk maklumat terkini tentang acara dan seminar tempatan akan datang yang akan meliputi pendidikan dagangan Kelas Terbaik dan analisis pasaran mendalam serta pastikan anda mengikuti laman web mereka bagi mendapatkan promosi luar biasa untuk para pedagang.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1523363/Sheer_Markets_Logo.jpg?p=medium600

Source: Sheer Markets
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Travel Corporate Expansion Financial Technology