omniture

Tradition Menggunakan Pemantauan Prestasi Pengendalian Corvil bagi Menyediakan Ketelusan Merentasi Platform Dagangannya

Corvil
2013-09-10 16:36 167

LONDON dan NEW YORK, 10 September 2013 /PRNewswire/ --

CorvilNet digunakan bagi memastikan keadilan untuk semua Peserta platform Par FX dan Trad-X

Corvil, penyedia Pemantauan Prestasi Pengendalian (OPM) untuk IT, hari ini mengumumkan Tradition, salah satu broker antara peniaga terbesar dunia dalam produk berkaitan kewangan langsung atas kaunter dan komoditi, telah menggunakan CorvilNet untuk kebolehlihatan perdagangan masa sebenar dan pemantauan prestasi pengendalian (OPM) untuk platform Trad-X dan ParFX mereka.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120605/537402 )


ParFx, platform perdagangan elektronik baharu Tradition, direka bagi memberi ketelusan dan kesamarataan yang diperbaharui untuk pertukaran asing tapak global. Platform Corvil digunakan bagi menyediakan maklumat prestasi bebas untuk penentuan harga tukaran asingnya dan kitaran hidup penuh pesanan klien.

Yann L'Huillier, Ketua Pegawai Maklumat Kumpulan untuk Tradition berkata: "Terdapat keperluan yang meningkat untuk memberikan ketelusan dan kesamarataan untuk semua peserta. Platform perdagangan kami menawarkan pelanggan kami prestasi dan kecekapan pelaksanaan tertinggi untuk semua pengguna. Dengan Corvil kami telah memilih peneraju industri dalam pemantauan prestasi bagi memastikan kami terus memenuhi semua permintaan ini."

Trade Lens Corvil menyediakan Tradition kebolehlihatan metrik penting untuk platform Trad-X dan ParFX mereka seperti kependaman, kadar terisi, nisbah pesan/batal dsb. Tambahan lagi, analisis hop berbilang untuk kependaman merentasi prasarana perdagangan mereka membolehkan Tradition menguruskan sebarang pencabulan ambang secara proaktif.

"Tradition berada di barisan hadapan pembangunan teknologi bagi memenuhi permintaan dalam pasaran untuk meminimumkan gangguan dan menyediakan persekitaran perdagangan yang lebih adil. Kami gembira kerana mereka menggunakan Platform OPM Corvil bagi memastikan kejayaan berterusan platform ParFX mereka dan standard ketelusan tertinggi untuk klien mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif Corvil, Donal Byrne.

Tentang Corvil

Corvil menyediakan Pemantauan Prestasi Pengendalian (OPM) untuk IT. Platform Corvil mengekstrak maklumat pengendalian masa sebenar daripada data wayar dan menggunakan maklumat ini bagi menganalisis prestasi aplikasi dan perkhidmatan IT, mengesan dan membuat pemberitahuan tentang kejadian yang berlaku dalam masa sebenar dan mengeksport data yang beraneka untuk analisis maklumat perniagaan serta pengurusan risiko. Pelanggan menggunakan Corvil bagi mengoptimumkan dan melindungi prestasi pengendalian proses perniagaan dan perkhidmatan mereka. Platform Corvil mengendalikan secara unik permintaan untuk persekitaran IT yang berprestasi tinggi, kependaman rendah dan data intensif. Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 2000 dan beroperasi dari New York, London, Singapura, Tokyo dan Dublin. Untuk maklumat lanjut tentang Corvil sila lawati http://www.corvil.com.

Tentang Tradition

Tradition ialah salah satu broker antara peniaga terbesar dunia dalam produk berkaitan kewangan langsung atas kaunter dan komoditi. Diwakili di 28 negara, Tradition menggajikan 2,400 orang seluruh dunia. Tradition ialah nama dagangan Compagnie Financière Tradition (CFT), yang disenaraikan di bursa saham Switzerland. Aktiviti Tradition diselia oleh pengawal selia global termasuk FCA, SEC dan CFTC. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.tradition.com. Tradition dan ParFX ialah tanda niaga berdaftar untuk Compagnie Financière Tradition S.A.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Corvil
Sheila Carroll
sheila.carroll@corvil.com
+353-1-859-1040

MHP Communications
Tradition@mhpc.com
John Sarsfield/James Morgan/Fern Hammond
+44(0)20-3128-8530/8533/8092

Sumber: Corvil

Source: Corvil
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services