omniture

Xinhua Silk Road: Yuxi China peroleh manfaat daripada Landasan Kereta Api China-Laos, berusaha bina hab logistik antarabangsa

Xinhua Silk Road
2021-12-10 06:05 119

BEIJING, 10 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Dengan Landasan Kereta Api China-Laos memulakan operasi baru-baru lagi, bandar Yuxi di Wilayah Yunnan, barat daya China, sebagai bandar penting sepanjang laluan tersebut, dijangka membentuk wilayahnya menjadi hab logistik antarabangsa.

Foto menunjukkan Stesen Yuxi sepanjang Landasan Kereta Api China-Laos di Wilayah Yunnan, barat daya China.
Foto menunjukkan Stesen Yuxi sepanjang Landasan Kereta Api China-Laos di Wilayah Yunnan, barat daya China.

Landasan Kereta Api China-Laos berukuran sejauh 1,035 km termasuk 422 km di Laos, dari bandar Kunming, ibu kota Wilayah Yunnan ke ibu kota Lao Vientiane, mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar ini kepada kira-kira 10 jam. Landasan kereta api ini mempunyai lima hentian di Yuxi, termasuk Yuxi, Yanhe, Eshan, Huanian dan Yuanjiang.

Ketika Landasan Kereta Api China-Laos mula beroperasi, Yuxi akan memperluaskan perkhidmatan logistiknya bersama-sama industri-industri yang lain daripada stesen kereta api barang Yanhe dan Selatan. Ini akan menggalakkan lagi pembinaan bandar ini sebagai pelabuhan logistik antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan ke seluruh negara dengan lanjutan ke Asia Selatan dan Tenggara.

Terletak di bahagian tengah Yunnan, Yuxi bukan sahaja pusat pengangkutan yang penting, tetapi juga merupakan pusat tembakau, sayur-sayuran, buah-buahan dan penghasilan bunga wilayah ini, kawasan berhimpun untuk industri rokok, perlombongan dan metalurgi, pembuatan peralatan dan perubatan biologi selain zon perintis untuk ekonomi digital.

Usaha berterusan bandar ini untuk untuk membangunkan sistem industri moden turut menyumbang kepada peningkatan industri logistiknya. Dalam tahun 2020, volum muatan Yuxi mencecah 160 juta tan, dengan industri logistiknya menjana pendapatan tahunan sebanyak 63.2 bilion yuan.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/325211.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Publishing/Information Service Transportation Trucking and Road Transportation