omniture

IBC 2013 - Di Sempadan Inovasi, Sagemcom, Salah Satu Peneraju Dunia dalam Teknologi Jalur Lebar, Menunjukkan TV 4K Langsung dan Pengedaran Semula Kandungan Berbilang Peranti

Sagemcom
2013-09-11 00:41 164

PARIS, 11 September 2013 /PRNewswire/ --

Sagemcom mendahului usaha untuk televisyen hari esok, dan mempamerkan televisyen Ultra-HD, pengedaran semula kandungan video maju dan penghantaran wayarles generasi seterusnya sewaktu IBC di Amsterdam. Semua inovasi ini digabungkan bagi membolehkan pengendali memberikan pengalaman menonton peranti berbilang dan skrin berbilang yang berprestasi dan selamat kepada para pelanggan mereka.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121017/568139 )

Sagemcom menunjukkan di IBC, Televisyen Berdefinisi Tinggi Ultra secara langsung, atas platform yang mampu memberikan gambar yang sangat jelas dan gerakan lancar, dengan resolusi sehingga empat kali ganda lebih tinggi berbanding Definisi Tinggi biasa. Platform ini menyokong Pengekodan Video Berkecekapan Tinggi (HEVC), lalu membenarkan pengendali mengoptimumkan kelebaran jalur yang diperlukan bagi menyiarkan kandungan mereka.

Sagemcom juga menunjukkan gerbang video generasi seterusnya, bertindak sebagai pelayan video yang mengedarkan semula kandungan Berdefinisi Tinggi dalam rumah, pada sebarang peranti terhubung, seperti STB klien, tablet atau telefon pintar – tanpa menjejaskan kualiti pengalaman menonton, dengan  adanya transkoder HD berbilang yang tertanam dalam cipset teras digital produk itu.

Platform itu, yang diperkasakan oleh cipset ARM dan menggunakan suite perisian yang dibangunkan oleh Sagemcom, akan mula ditetapkan penggunaannya sebelum hujung tahun ini, dan akan memberikan pengedaran semula kandungan yang sangat selamat, dengan adanya penyepaduan penyelesaian pengurusan CAS-ke-DRM yang lengkap lalu membenarkan perlindungan optimum untuk aset pemilik kandungan.

Sagemcom bergantung pada kepakarannya yang terbukti untuk Wi-Fi, termasuk 802.11ac terbaharu, bagi mengaturkan penggunaan 802.11ac itu pada produknya dalam minggu-minggu akan datang. STB generasi seterusnya membenamkan penyelesaian wayarles ini, dalam konfigurasi dwi serentak, yang membenarkan pengendali mengusulkan pengedaran TV Berdefinisi Tinggi wayarles yang lancar, andal dan berprestasi di rumah.

Sagemcom, peneraju untuk pasaran kediaman terhubung, menunjukkan kemampuan inovatifnya dan salah satu cirinya yang dikenali: membawa penyelesaian bersepadu tepat pada masanya bagi memenuhi keperluan pengguna.

Menurut Olivier Taravel, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sagemcom yang bertanggungjawab untuk Unit Kotak Atas Set Digital, "Sagemcom membuktikan kemampuannya untuk membangunkan, menyepadukan dan memberikan inovasi terbaharu kepada pengendali yang akan menggariskan televisyen hari esok".

Tentang Sagemcom

Kumpulan teknologi tinggi Perancis dengan dimensi antarabangsa, Sagemcom beroperasi di pasaran jalur lebar (kediaman digital, kotak atas set digital, jalur lebar dan terminal kediaman), telekomunikasi dan tenaga (prasarana telekomunikasi, grid pintar dan pemeteran), dan pengurusan dokumen (terminal percetakan, perisian dan penyelesaian, aliran kerja penerbitan digital).

Dengan pusing ganti sebanyak kira-kira 1.3 bilion Euro, Sagemcom menggajikan 4 600 orang di lima benua; Sagemcom sudah pun menjadi peneraju Eropah dalam kebanyakan pasaran pentingnya dan menyasarkan untuk menjadi peneraju dunia dalam terminal komunikasi ditambah nilai yang tinggi.

Source: Sagemcom
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications New products/services Trade show news