omniture

Laporan Baharu daripada AACSB International Menentukan Rentak untuk Hala Tuju Masa Hadapan Pendidikan Kedoktoran Perniagaan

AACSB International
2013-09-11 08:00 160

TAMPA, Florida, 11 September 2013 /PRNewswire/ -- AACSB International (AACSB) dan Pasukan Petugas untuk Pendidikan Kedoktoran mengumumkan pengeluaran laporan baharu – Janji Pendidikan Kedoktoran Perniagaan – yang menerokai potensi pendidikan kedoktoran perniagaan bagi menangani pelbagai keperluan, cabaran, dan matlamat program kedoktoran seluruh dunia dengan lebih baik. Laporan itu bersumberkan ulasan global tentang amalan berkesan, inovasi dan strategi reka bentuk/penyampaian program pendidikan kedoktoran unik serta menyediakan analisis relevan kepada pemimpin sekolah perniagaan, para pengamal dan pihak lain yang mempunyai kepentingan dalam pendidikan kedoktoran perniagaan.

"Komuniti akademik secara keseluruhannya tercabar untuk menilai bagaimana ia mendekati dan menyampaikan pendidikan kedoktoran," kata Robert Sullivan, dekan Fakulti Pengurusan Rady di Universiti California, San Diego dan pengerusi Lembaga Pengarah AACSB. "Sudah banyak pencapaian yang dilakukan melalui pendidikan kedoktoran perniagaan dalam tahun-tahun sebelum ini, tetapi masih banyak lagi peluang yang belum diterokai, termasuk peranan hubungan kerjasama sekolah, kolaborasi fakulti perniagaan dan industri, serta strategi alternatif untuk pengambilan pekerja, penentuan kedudukan dan penempatan."

Dalam laporan itu, pasukan petugas itu menggariskan siri cabaran dan saranan untuk fakulti perniagaan dan juga AACSB. Antara penemuan yang dibuat, laporan itu:

  • menerokai bagaimana pendidikan kedoktoran perniagaan boleh dan patut menyokong individu yang sedang mendalami haluan profesional dalam dan melangkaui akademia, serta mencipta haluan kerjaya baharu antara sektor perniagaan dengan akademik;
  • menyeru inovasi yang memperluaskan akses untuk pendidikan kedoktoran antara populasi yang kini kurang diberi tumpuan dan mempertingkatkan kemampuan sekolah menggunakan sumber yang bernilai dan jarang didapati dengan lebih berkesan;
  • mengiktiraf fakulti perniagaan dan industri sebagai rakan kongsi kritikal bagi membangunkan bakat peringkat kedoktoran dan mewujudkan penyelidikan yang relevan untuk pengurus yang sedang mengamalkannya;
  • menekankan program kedoktoran patut dicirikan mengikut kerapian, menyediakan saranan bagi memastikan misi, kandungan, reka bentuk dan hasil pembelajaran program yang berkualiti tinggi.

"Pendidikan kedoktoran memainkan peranan penting dalam melestarikan pendidikan pengurusan dan berkhidmat untuk masyarakat yang lebih meluas," kata Robert Sumichrast, dekan Kolej Perniagaan Pamplin di Virginia Tech dan pengerusi Pasukan Petugas AACSB. "Laporan itu menekankan pemimpin pendidikan pengurusan mesti menerajui usaha membolehkan pendidikan kedoktoran berubah mengikut keperluan masyarakat akademik dan profesional – sambil mengekalkan kualiti dan integriti program walaupun dengan desakan untuk mengurangkan kos atau merendahkan standard."

Salinan lanjut eksklusif laporan itu boleh didapati oleh ahli AACSB dan media. Versi penuh boleh didapati oleh orang ramai pada 16 September 2013. Untuk maklumat lanjut, lawati www.aacsb.edu/doctoraleducation.

Tentang AACSB International
AACSB International (Persatuan untuk Memajukan Fakulti Perniagaan Berkolej) ialah persatuan dengan lebih 1,350 institusi pendidikan dan perniagaan, di 85 negara/wilayah. Misi AACSB ialah memajukan pendidikan pengurusan berkualiti di seluruh dunia melalui akreditasi, kepemimpinan pemikiran dan perkhidmatan ditambah nilai. Sebagai badan akreditasi utama untuk institusi yang menawarkan ijazah dalam perniagaan seluruh dunia, AACSB mengendalikan banyak persidangan dan program seminar global. Ibu pejabat global AACSB terletak di Tampa, Florida, AS dan ibu pejabat Asia Pasifiknya terletak di Singapura.

Source: AACSB International
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Survey, Polls & Research