omniture

Sidang Kemuncak Pelancongan Fragrant Hills Beijing Bandar Pelancongan Dunia 2013 akan Diadakan di Beijing

World Tourism Cities Federation (WTCF)
2013-09-11 10:47 93

BEIJING, 11 September 2013 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Pelancongan Fragrant Hills Beijing 2013 dan Sidang Majlis Kedua untuk Persekutuan Bandar Pelancongan Dunia (WTCF) akan diadakan mulai 11-14 September 2013 di Beijing. Tema sidang kemuncak itu ialah "Pelancongan: Kuasa Baharu untuk Pembangunan Mampan Bandar."

Sorotan sidang kemuncak

  • Kehadiran lebih 100 ahli Bandar Pelancongan Dunia
  • Surat ucapan tahniah daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang mengesahkan kedudukan antarabangsa sidang kemuncak itu
  • Pembentukan Jawatankuasa Pakar di bawah WTCF
  • Pelancaran Sistem Penilaian Bandar Pelancongan Dunia
  • Majlis menandatangani Konsensus Beijing
  • Pembinaan satu pusat pengalaman
  • Penambahan tiga sesi lagi untuk syarikat penerbangan awam dan pelancongan serta media

Pusat Pengalaman Bandar Pelancongan Dunia terletak di bahagian timur Daerah Shijingshan di sepanjang pemanjangan belah barat Jalan Chang'an dan dibahagikan kepada Kawasan Selatan dan Kawasan Utara. Kawasan Selatan terletak di Taman Arca Antarabangsa Beijing dan menempatkan sepuluh projek pengalaman: Impianku, Pavilion Pengalaman Menyeluruh, Pusat Perkhidmatan Pelawat, Tarikan Bandar, Ulang-alik Bandar, Sajian Bandar, Meja Pasir Digital, Pertunjukan Bandar, Fenomena Pelancongan Dunia serta Aliran Air Keikhlasan. Aliran Air Keikhlasan akan bertindak sebagai penanda kekal untuk persekutuan itu. Kawasan Selatan juga akan mempamerkan imej pelancongan 3D, imej landskap pelancongan dan maskot bandar dari lebih 60 bandar termasuk Beijing, Los Angeles, Buenos Aires dan Hong Kong. Pengalaman dan interaksi akan menjadi tema dan sorotan menarik Kawasan Selatan itu, yang akan menunjukkan pemandangan bandar yang menjadi ahli melalui animasi tiga dimensi, holograf digital, tayangan stereo dan teknologi baharu lain, membolehkan pelawat mendekatkan diri dengan sumber pelancongan bandar yang merupakan destinasi pelancongan tumpuan utama dunia.

Kawasan Utara ialah tempat di mana Pusat Pelancongan Antarabangsa Beijing akan berada. Apabila pembinaannya sudah siap, pusat itu akan menempatkan Sekretariat WTCF, Jawatankuasa Pakar, dan kemudahan untuk tiga sesi itu (penerbangan awam, syarikat pelancongan dan media). Pejabat perwakilan Beijing untuk bandar pelancongan dunia dan agensi pelancongan juga bakal mempunyai pejabat di sini. Aktiviti harian akan menumpukan terhadap pengalaman pelancongan, pameran, latihan pengamal pelancongan, penyelidikan akademik dan hasil kerja lain – dan akan menjadi kawasan berfungsi untuk teras pelancongan yang menyeluruh dan menggabungkan pameran, pengalaman, komunikasi dan fungsi lain.

Jelajah Bandar Pelancongan Dunia 2013 akan diadakan di Wangfujing Commercial Street mulai 10-13 September. Jelajah itu akan mengumpulkan lebih 50 organisasi pameran dan menunjukkan budaya dan kualiti berkarisma bandar ahli melalui pelbagai aktiviti termasuk pengenalan kepada bandar itu dan persembahan seni perwakilan, termasuk melalui interaksi pengenalan dan stereograf 3D.

Sebagai platform pameran imej bandar ahli untuk Persekutuan Bandar Pelancongan Dunia, jelajah itu bertujuan untuk mencapai penonton yang lebih meluas melalui penyertaan dan saling interaksi yang ditingkatkan, mencipta lebih banyak peluang pertukaran komersil untuk bandar dan agensi yang menjadi pempamer, serta menyediakan perkhidmatan yang lebih disasarkan untuk kolaborasi dan kebaikan bersama.

 

 

 

Source: World Tourism Cities Federation (WTCF)
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Travel Trade show news