omniture

Yili Mengembangkan Kehadiran Global dengan Pelancaran Pangkalan Pengeluaran Tenusu Baharu di Indonesia

Yili Group
2021-12-13 14:04 126
  • Kilang Binaan Sendiri Pertama Yili di Asia Tenggara Melancarkan Operasi Secara Rasmi
  • Kilang Baharu Mencerminkan Kejayaan Berterusan Yili dalam Mempercepatkan Pengantarabangsaannya 

BEKASI CITY, Indonesia, 13 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Yili Group, syarikat tenusu terbesar Asia, mengumumkan fasa sulung Pangkalan Pengeluaran Tenusu Indonesia Yili (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Tenusu Indonesia Yili") telah mula beroperasi secara rasmi. Ini menandakan satu lagi kejayaan penting dalam proses pengantarabangsaan Yili yang berjaya.

Yili Mengembangkan Kehadiran Global dengan Pelancaran Pangkalan Pengeluaran Tenusu Baharu di Indonesia
Yili Mengembangkan Kehadiran Global dengan Pelancaran Pangkalan Pengeluaran Tenusu Baharu di Indonesia

Terletak di Pusat Perindustrian Antarabangsa Greenland, Bekasi, Jawa Barat di Indonesia, Tenusu Indonesia Yili meliputi kawasan seluas 17 hektar. Dengan pelaburana sebanyak RMB 867 juta, fasa pertama projek ini mempunyai kapasiti pengeluaran tenusu sebanyak 159 tan. Yili menjangka untuk meningkatkan kapasiti kepada 343 tan sehari, sebaik sahaja fasa kedua siap. Tenusu Indonesia Yili tidak sahaja akan memberi tumpuan kepada pasaran tempatan Indonesia tetapi juga kepada rantau yang lebih luas. Sebagai satu daripada "dua pusat" Yili Group di Asia Tenggara (pusat lain ialah pangkalan pengeluaran aiskrim syarikat yang beribu pejabat di Thailand), ia akan berkembang ke pasaran Asia Tenggara, menyediakan pengguna serantau dengan rangkaian produk yang lebih pelbagai. 

Memperkukuh Ekonomi Tempatan di Asia Tenggara

Dengan matlamat untuk memberikan sumbangan positif kepada pembangunan industri dan kemakmuran ekonomi, kilang canggih ini adalah kemudahan pengeluaran yang inovatif, rendah karbon dan lestari dari segi alam sekitar dan sangat maju, menerapkan teknologi dan peralatan canggih serta menyepadukan teknologi digital yang maju di seluruh rantaian pengeluarannya.

Yili juga mengejar peluang untuk penyumberan tempatan. Sehingga kini, Yili telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan lebih daripada 90 pembekal tempatan yang berkualiti tinggi di Indonesia. Melangkah ke hadapan, Tenusu Indonesia Yili akan bekerjasama dengan pengedar tempatan dan menjalinkan hubungan kerjasama dengan lebih daripada 200,000 cawangan jualan di Indonesia dan mempromosi produknya ke pasaran antarabangsa yang lebih luas melalui saluran pemasaran global Yili.

Set Minda Global dan Operasi Tempatan 

Sambil memperdalamkan kehadirannya di pasaran antarabangsa, Yili memberi tumpuan kepada membina kilang-kilang yang sangat setempat yang memberi nilai kepada komuniti setempat. Hari ini, Tenusu Indonesia Yili mempunyai sejumlah 383 pekerja, dengan pekerja tempatan menyumbang lebih daripada 95% daripada tenaga kerja. Setelah fasa pertama dan kedua projek ini siap, ia dijangka akan mewujudkan lebih daripada 5,000 pekerjaan baharu untuk komuniti setempat, secara langsung dan tidak langsung.

Dalam operasi perniagaannya, Tenusu Indonesia Yili sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan Indonesia dengan ketat, menghormati adat dan budaya tempatan, mencipta pekerjaan baharu, dan menyediakan persekitaran bekerja yang positif dan mengambil berat untuk semua pekerjanya. Ia juga kerap menganjurkan pelbagai aktiviti latihan dan pembelajaran untuk membantu pekerja meningkatkan lagi set kemahiran mereka dan meluaskan ufuk kerjaya mereka.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Yili telah mempercepatkan perluasannya ke dalam pasaran Asia Tenggara. Dalam bulan Oktober 2018, syarikat ini telah secara rasmi melancarkan jenama aiskrim Joyday di Indonesia. Dalam bulan September 2019, Yili mengadakan pelancaran produk di Singapura untuk memperkenalkan jenama yogurt mewah yogurt Greek AMBPOMIAL di Asia Tenggara. Dalam tahun 2020 dan 2021, Yili memenangi "Anugerah Kualiti FDA" yang dikeluarkan oleh FDA Thai untuk dua tahun berturut-turut. Untuk membantu pengguna di seluruh rantau dengan perkhidmatan yang lebih berkualiti tinggi, Yili telah membuat keputusan strategik untuk membina kemudahan pengeluaran di Indonesia.

Melangkah ke hadapan, berpandukan oleh falsafah "pembangunan bersama", Yili berdedikasi untuk terus mengejar peluang-peluang baharu untuk kerjasama stragegik, memperdalamkan kolaborasi sedia adanya, dan berkongsi kejayaan perniagaannya dengan semua sektor di Asia Tenggara, dengan matlamat untuk terus menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi dan meningkatkan kemakmuran rantau ini.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Related Links:
Keywords: Agriculture Beverages Food/Beverages Corporate Expansion New products/services