omniture

GSMA Mengesahkan Penceramah Baharu Untuk Mobile 360 Series-Timur Tengah

GSMA
2013-09-11 16:00 126

-- Eksekutif Dropbox, Huawei, MasterCard dan Qualcomm akan Membuat Pembentangan di Mobile 360-ME

LONDON, 11 September 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengumumkan beberapa penceramah baharu untuk persidangan Mobile 360 Series-Timur Tengah, termasuk ketua daripada syarikat seperti Dropbox, Etisalat, Huawei, MasterCard dan Qualcomm. Mobile 360-Timur Tengah akan dijalankan pada 21-22 Oktober di Dubai dan akan diadakan serentak bersama GITEX di Pusat Dagangan Dunia Dubai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

"Pasaran mudah alih Timur Tengah adalah meriah dan dinamik, dengan banyak peluang untuk pertumbuhan masa hadapan, terutamanya dalam melanjutkan keterhubungan mudah alih kepada beberapa pengguna buat kali pertama dan juga bagi memacu ke hadapan permulaan penggunaan jalur lebar mudah alih dan perkhidmatan maju yang dibolehkannya," kata Michael O'Hara, ketua pegawai pemasaran GSMA. "Mobile 360-Timur Tengah akan membawa bersama pemimpin dan pembuat keputusan utama daripada pemain di serata ekosistem mudah alih bagi menerokai masa hadapan industri mudah alih dalam rantau Timur Tengah."

Melalui siri pembentangan dasar berwawasan, temu bual yang merangsang pemikiran dan sesi panel interaktif, Mobile 360-Timur Tengah akan menangani isu yang paling mendesak, peluang dan cabaran yang dihadapi dalam industri mudah alih. Persidangan itu akan meneliti pelbagai topik menarik yang meluas dalam rantau Timur Tengah termasuk perdagangan mudah alih dan NFC; peranan mudah alih dalam sektor perindustrian seperti automotif, penjagaan kesihatan dan bandar pintar; strategi evolusi rangkaian; dan implikasi data besar untuk mudah alih, antaranya.

Michael Miebach, Presiden Timur Tengah & Afrika Utara untuk MasterCard telah disahkan sebagai penceramah ucapan dasar untuk Mobile 360-Timur Tengah, menyertai senarai penceramah dasar yang telah diumumkan sebelum ini:

  • Anne Bouverot, Ketua Pengarah, GSMA
  • Anders Lindblad, Presiden, Rantau Timur Tengah, Ericsson
  • Ahmad Julfar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Etisalat
  • Bob Cai, Naib Presiden, Pemasaran Rangkaian Wayarles, Huawei
  • Dr. Nasser Marafih, Ketua Pegawai Eksekutif, Ooredoo

Penceramah terkemuka lain yang dijadualkan untuk membuat pembentangan di Mobile 360-Timur Tengah termasuklah:

  • Lars Fjeldsoe-Nielsen, Ketua Mudah  Alih, Dropbox
  • George Held, Naib Presiden, Perdagangan, Etisalat
  • Muhammad Atif Jamil, Pengarah, Penyelesaian Jalur Lebar Mudah Alih, Rantau Timur Tengah, Huawei Technologies
  • Ziad Matar, Ketua, Timur Tengah dan Asia Tengah, Qualcomm

Peneraju industri yang menyokong Mobile 360-Timur Tengah termasuklah Penaja Acara Penganjur, Etisalat; Penaja Platinum Ooredoo; Penaja Emas, Ericsson; Penaja Perak Huawei. Untuk maklumat lanjut tentang Mobile 360-Timur Tengah, termasuk agenda persidangan dan maklumat pendaftaran, sila lawati www.mobile360series.com/middle-east/.

Tentang GSMA

GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih sedunia dan lebih 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA juga mengadakan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, gerbang dalam talian untuk industri komunikasi mudah alih, di www.mobileworldlive.com

 

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications Trade show news