omniture

invendo medical Melantik Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Teknologi

invendo medical
2013-09-12 10:16 177

-- Pasukan baharu akan memecutkan proses pemerdagangan sistem kolonoskopi berbantu komputer penggunaan tunggal yang baharu

GARDEN CITY, New York dan KISSING, Jerman, 12 September 2013 /PRNewswire/ -- invendo medical GmbH, pengeluar dan pemasar untuk sistem kolonoskopi berbantu komputer penggunaan tunggal yang baharu, mengumumkan yang ia telah melantik Markus Fieber sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Martin Giersiepen sebagai Ketua Pegawai Teknologi. Mereka berdua datang dengan pengalaman relevan yang banyak bagi memperkukuhkan aktiviti pengindustrian invendo.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130311/NY73775LOGO )

Berthold Hackl, Ketua Pegawai Eksekutif invendo medical, berkata, "Kami teruja untuk Markus dan Martin menyertai invendo pada saat kritikal dalam evolusi kami bagi mengangkat operasi teknikal kami untuk menyokong pelan jualan dan pemasaran kami. Kami tahu yang mereka akan menggunakan kepakaran mereka yang sangat relevan bagi memberi impak serta-merta terhadap syarikat kami sambil kami memulakan peralihan sistem invendoscopy kami ke dalam amalan klinikal rutin di Amerika Syarikat. Markus ialah seorang profesional operasi terbaik yang membawa pengalaman pengurusan pengeluaran yang signifikan dari seluruh dunia, sementara Martin pula ialah seorang eksekutif pembangunan produk veteran yang telah memajukan banyak produk dari makmal hinggalah memasuki pasaran."

Ketua Pegawai Operasi baharu Markus Fieber akan menguruskan penskalaan atas pengeluaran untuk sistem kolonoskopi penggunaan tunggal invendo. En. Fieber ialah seorang eksekutif antarabangsa dengan rekod kejayaan peringkat senior dengan lebih 17 tahun dalam pengurusan am dan pengeluaran. Beliau mempunyai pengalaman bekerja di luar negara yang menyeluruh di Jerman, UK, China dan Mexico, bekerja untuk pembekal automotif bertaraf dunia termasuk Bosch dan Valeo, di mana beliau berkhidmat masing-masing sebagai Pengurus Besar dan Pengarah Loji, serta di syarikat peranti perubatan seperti Johnson & Johnson di mana beliau bertindak sebagai  Pengarah Urusan. Aspek penting untuk kepakaran beliau meliputi proses pengindustrian, mengurangkan kos pengeluaran, memastikan kualiti dan prestasi penyerahan serta membina pasukan yang berjaya. Fieber mempunyai ijazah kedoktoran dalam kejuruteraan mekanikal daripada Universiti Teknikal Aachen.

Ketua Pegawai Teknologi Martin Giersiepen akan menumpukan terhadap pengindustrian produk dan proses, dan dalam masa yang sama akan mengusahakan suite produk generasi seterusnya untuk invendo. Sebelum ini, Martin Giersiepen pernah diiktiraf untuk hasil usaha penting beliau dalam mengkaji kerosakan darah yang disebabkan oleh implan (Persamaan Giersiepen). Sewaktu kerjaya beliau, beliau memegang jawatan pengurusan kanan di Beiersdorf, EOS, Braun (Gillette) dan Soehnle, dengan tumpuan khusus terhadap produk diagnostik dan penjagaan kesihatan pengguna. Semasa beliau berkhidmat di Braun, kumpulan produk pergigian mencapai jualan sebanyak lebih € 2 bilion. Untuk pengeluar produk pengguna secara pukal Rowenta dan Leifheit, beliau menukarkan lebih 60 produk dari peringkat pembangunan ke loji pengeluaran di Singapura, China dan Mexico. Giersiepen merupakan Pengarah NPI bagi pusat Pembangunan & Penyelidikan antarabangsa di California dan United Kingdom, dan mengetuai cawangan Jerman untuk Camera Dynamics/Vitec PLC sebagai Pengurus Besar. Beliau juga memegang ijazah kedoktoran dalam kejuruteraan mekanikal daripada Universiti Teknikal Aachen.

Tentang sistem invendoscopy™

invendoscope™ menawarkan faedah yang baharu dalam bidang kolonoskopi termasuk:

  • Prosedur lembut dengan tekanan rendah terhadap dinding kolon yang berpotensi mengurangkan keperluan bius
  • Kolonoskop pakai buang, penggunaan tunggal dengan saluran yang berfungsi
  • Teknologi tujahan lembut berbantu komputer ("robotik") di mana endoskop tidak ditolak atau ditarik
  • Semua fungsi endoskop dilakukan menggunakan peranti pegangan tangan

Tentang Invendo medical - www.invendo-medical.com

Berpusat di Garden City, N.Y., A.S. dan Kissing (Munich), Jerman, invendo medical membangunkan produk endoskopi pakai buang dalam bidang gastrousus yang bersih dan menggunakan teknologi berbantu komputer ("robotik") yang membenarkan kemasukan kolonoskop dengan lembut yang membuatkan prosedur tidak menyakitkan pesakit, menghindarkan atau mengurangkan keperluan untuk bius separa sedar atau anestesia lalu menjimatkan masa dan kos.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.invendo-medical.com dan tonton saluran Youtube kami di http://www.youtube.com/user/invendomedical.

Source: invendo medical
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Personnel announcements