SINGAPURA, 13 September 2013 /PRNewswire/ --
Jumlah eksekutif peringkat Ketua dan peserta yang tidak pernah dicapai sebelum ini akan datang ke Kongres FPSO di Singapura bagi memikirkan cara untuk memacu keuntungan dalam landskap yang semakin berdaya saing; CNBC akan membuat liputan acara tahun ini
Kongres FPSO ialah Tempat Pertemuan Terbesar Dunia yang Dikhususkan untuk Komuniti FPSO. Kongres FPSO Tahunan ke-14 tahun 2013 sudah kembali dengan lebih hebat dan menggemparkan berbanding sebelum ini. Bilangan delegasi yang memecahkan rekod telah mengesahkan penyertaan mereka di Kongres FPSO 2013 yang bakal diadakan di Singapura. Mulai 16-19 September di MAX Atria, Ekspo Singapura, eksekutif peringkat kanan daripada semua pelantar terapung besar, pemilik dan pengendali kapal penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) akan berkumpul di bawah satu bumbung bagi membincangkan cabaran yang paling mendesak yang dihadapi oleh industri minyak & gas, terutamanya isu penting bagi memperbaiki keberuntungan projek dalam landskap FPSO yang semakin berdaya saing.
Pada Kongres FPSO akan datang yang bertemakan: "Memacu keberuntungan projek melalui model perniagaan mampan dan kemajuan teknologi", para penceramah ucapan dasar yang dihormati akan berkongsi maklumat yang berharga termasuk Maarten Van Aller, Ketua Pegawai Operasi, Petrofac Production; Jon Dunstan, Ketua Pegawai Operasi, Emas Production, Thyl Kint, Ketua Pegawai Teknikal, BW Offshore; Martijn Dekker, Pengurus Pembangunan Stones Field, Shell; Jose Luis Rodrigues Da Cunha, Pengurus Pembinaan P55, Petrobras dan Hassan Basma, Ketua Pegawai Eksekutif, Bumi Armada, antara lainnya.
Carl Arnet, Ketua Pegawai Eksekutif, BW Offshore; Shigeru Usami, Presiden MODEC; Shahrazi Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif, M3nergy; David Mclean, Ketua Pegawai Operasi, Maersk FPSO; Paul Pederson, Ketua Pegawai Eksekutif, Rubicon Offshore dan lebih 500 delegasi yang mewakili seluruh komuniti FPSO global juga akan menghadiri acara itu.
"Kongres FPSO menyediakan peluang hebat bagi membincangkan isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh industri, dan lebih penting lagi, penyelesaian yang berpotensi. Kongres itu juga memberi kemas kini bernilai untuk dinamik industri," kata David McLean, FPSO Maersk.
Jon Dunstan, Ketua Pegawai Operasi, Emas Production, pula lebih daripada gembira dengan pengalaman beliau semasa menghadiri Kongres FPSO tahun lepas. "Persidangan FPSO yang terbaik pernah saya hadiri tahun ini (2012) dan tiada tandingan." Kongres tahun ini dijangka bakal mengatasi kehebatannya sendiri.
Sebagai peneraju dunia yang diiktiraf untuk berita korporat, CNBC akan membuat liputan acara yang signifikan ini, terutamanya panel perbincangan Peringkat Ketua untuk eksekutif kanan daripada pemilik dan kontraktor kapal yang meneraju akan menangani isu yang berkaitan dengan pembiayaan, teknologi dan unjuran masa hadapan.
Kongres FPSO 2013 dianjurkan oleh IQPC dan kini berada dalam tahun ke-14 untuk rekod kejayaannya. Bagi memohon pas wartawan, sila hubungi
Rani Kuppusamy
Pengarah Pemasaran
Kongres FPSO
E-mel: rani.kuppusamy@iqpc.com.sg
Tel: +65-6722-9399
Sumber: IQPC Worldwide