BARCELONA, Sepanyol, 14 September 2013 /PRNewswire/ --
Lionel Messi memberi tanda mula rasmi untuk pilihan raya FIFA FIFPro World XI tahun 2013. Dalam bulan akan datang, FIFPro akan memberi setiap pemain bola sepak profesional di dunia peluang untuk memilih sebelas pemain kegemarannya. Messi membuang undian pertama pada hari Khamis, ribuan pemain lain akan membuang undian pilihan mereka tidak lama lagi.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130913/638654 )
Setiap tahun, FIFPro akan meminta pemain bola sepak terunggul dunia tahun itu untuk menjadi pemain pertama yang membuang undi untuk FIFA FIFPro World XI. Messi merebut peluang itu dengan mengisi borang undian beliau. Rakan sepasukan Pasukan Barcelona beliau turut mengikut jejak langkah beliau.
'Sudah tentu saya rasa bangga kerana menjadi orang pertama yang membuang undi, terutamanya kerana ini pilihan raya yang sangat istimewa,' terang Messi. 'Inilah satu-satunya anugerah global yang seratus peratus berdasarkan undian para pemain. Rakan sepermainan kita tahu pemain bola sepak yang mana yang bagus. Sebab itu jika seseorang diundi untuk FIFA FIFPro World XI, itu merupakan pencapaian yang sangat penting.'
Pendapat Messi memang patut diambil kira. Pada tahun 2008, Messi yang ketika itu berusia 21 tahun menerima trofi World XI buat kali pertama. Sejak itu, beliau telah berada dalam setiap FIFA FIFPro World XI secara berturut-turut. Warga Argentina itu, kini berusia 26 tahun, ialah pemegang rekod dengan enam pemilihan – sama banyak seperti Cristiano Ronaldo.
Pada tahun 2013, Messi memimpin Barcelona bagi mendapat gelaran kebangsaan baharu dan untuk Spanish Supercup. Dalam peringkat separa akhir Liga Juara-juara, beliau terpaksa berehat akibat kecederaan dan hanya mampu melihat Barça gagal menewaskan Bayern München, yang memenangi gelaran itu.
Ini merupakan tahun kesembilan FIFPro menganjurkan pilihan raya World XI. Kesatuan pemain dunia menghantar hampir 50,000 kertas undi ke 68 negara di Afrika, Amerika, Asia dan Eropah. Para pemain diberi masa sehingga 1 November untuk mengisi borang undi mereka. Semua sebelas pemain itu (1 penjaga gol, 4 pemain pertahanan, 3 pemain tengah dan 3 penyerang) dengan bilangan undi tertinggi akan diberi pengiktirafan pada hari Isnin 13 Januari 2014 semasa FIFA Ballon d'Or Gala di Zurich, Switzerland.
Barisan pemain FIFA FIFPro World XI tahun 2012 ialah: Iker Casillas; Dani Alves, Gérard Piqué, Sergio Ramos, Marcelo; Andrés Iniesta, Xabi Alonso, Xavi Hernández ; Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Radamel Falcao.
Klik di sini untuk temu ramah video dengan Messi: http://www.fifpro.org/news/news_details/2351
Satu gambar yang disertakan dengan siaran ini boleh didapati dalam suapan AP PhotoExpress menggunakan ref# PRN22
Sumber: FIFPro