omniture

HONOR Berhimpun bersama Rakan Raikan Perjalanan Melangkah Lebih Jauh 2021

Jenama Menayangkan Julung Kali Video Baharu yang Menonjolkan Pencapaian 2021 dan Mengumumkan Pelancaran Produk Baharu
HONOR
2021-12-20 10:17 121

SHENZHEN, China, 20 Disember 2021 /PRNewswire/ -- HONOR, penyedia global yang terkemuka bagi peranti pintar, hari ini meraikan pencapaian yang utama untuk jenama ini – penyempurnaan tahun pertamanya dengan berjaya sebagai jenama teknologi premium global. Bersama lebih 180 juta rakan dan rakan industri, HONOR mengimbau kembali perjalanan dan pencapaiannya pada tahun 2021.

"Hasil daripada sokongan rakan serta rakan kongsi kami sepanjang tahun lalu, HONOR telah berupaya menunaikan janji kami untuk membantu pengguna melangkah lebih jauh serta meluaskan jenama kami untuk menyediakan teknologi yang premium dan boleh diakses kepada rangkaian pengguna yang lebih luas," kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co. Ltd. "Saya amat berbangga dengan pencapaian industri yang telah kami perkenalkan hasil daripada dedikasi dan semangat rakan sejawat saya dan kolaborasi bersama rakan kongsi rantaian global kami yang terkemuka. Benar-benar hebat rasanya dapat melihat bagaimana kami membentuk masa depan yang dikongsi bersama-sama."

Ulang Tahun HONOR 2021 "Membentuk Masa Depan Dikongsi Bersama"
Ulang Tahun HONOR 2021 "Membentuk Masa Depan Dikongsi Bersama"

Berkembang menjadi Jenama Teknologi Global Ikonik 

Salah satu keutamaan tertinggi HONOR tatkala ia berubah menjadi jenama teknologi global untuk mencipta dunia pintar yang baharu buat semua, dengan terus memperkenalkan inovasi dan cara baharu bagi membolehkan orang ramai berhubung.

Pengenalan teknologi rangkaian komunikasi 5G dan 6G telah meningkatkan jumlah maklumat yang dapat dihantar dengan ketara. Kuasa pemprosesan AI menyediakan kemungkinan tanpa had untuk imaginasi, membuka era baharu kesalinghubungan dan menjadikan penyepaduan dunia fizikal dan dunia maya dapat dijayakan untuk semua orang. Bagi menyokong penciptaan dunia pintar buat semua, HONOR memperkenalkan "Kolaborasi Berbilang-skrin HONOR" pada tahun 2021, menampilkan teknologi untuk pelbagai senario penggunaan dan menyepadukan strategi 1+8+N HONOR. Keupayaan kesalinghubungan yang hebat membolehkan telefon pintar, komputer riba, tablet, jam tangan, fon telinga, skrin pintar dan peranti pintar yang lain daripada HONOR untuk berhubung bersama dengan lancar bagi menyokong aliran berterusan lebih banyak perkhidmatan selanjutnya.

Di samping itu, HONOR meluangkan masa pada tahun lalu membangunkan kolaborasi strategik dengan rakan kongsi rantaian bekalan globalnya serta memeterai lebih 30 kerjasama dengan pembekal utama termasuk AMD, Intel, MediaTek, Microsoft dan Qualcomm. HONOR melancarkan MagicBook 16 pada penghujung September dan akan dinaik taraf kepada Microsoft Windows 11 yang baharu mulai bulan Disember, ia membolehkan pengguna mengurus aliran kerja mereka dengan cekap dan meningkatkan produktiviti mereka hasil daripada ciri kolaborasi berbilang skrin yang menayangkan skrin telefon pintar dan fail ke komputer riba. Memandang ke hadapan menuju tahun 2022, HONOR akan meneruskan perjalanannya untuk mencipta dunia pintar yang baharu buat semua melalui pelancaran produk baharu dan inovatif yang padat dengan ciri-ciri perintis.

Melancarkan Produk Inovatif kepada Rangkaian Pengguna yang Lebih Luas 

HONOR memperkenalkan produk global pertamanya pada tahun 2021 menerusi pelancaran HONOR 50 pada penghujung Oktober. HONOR 50 dilengkapi dengan GMS dan merupakan telefon pintar pertama yang membawakan Platform Mudah Alih 778G SnapdragonTM Qualcomm. Di samping itu, reka bentuk HONOR 50 yang menawan dan keupayaan 'vlog' yang inovatif telah meninggikan penanda aras untuk telefon pintar dalam kategori ini. Pelancaran HONOR 50 membawakan kehadiran HONOR ke lebih daripada 40 negara di serata dunia berserta sokongan rangkaian pengedaran global yang hebat termasuk peruncit berprofil tinggi dan operator seperti Amazon, Esprinet, Fnac, Orange, Telcel, Telefonica dan Vodafone serta kedai-kedai milik HONOR di Rusia, Malaysia dan Peru.

"Melalui saluran dalam talian dan luar talian, kami telah dapat memperluaskan tawaran kami kepada lebih ramai pengguna," kata Zhao. "Kami bersyukur atas kepercayaan daripada rakan runcit dan pembawa kami di serata dunia dan berharap dapat memperkenalkan lebih banyak produk bersama-sama pada tahun 2022. Sebelum kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2021, saya teruja untuk berkongsi pengumuman pelancaran produk terakhir hari ini. Kami akan melancarkan penambahan baharu kepada siri X kami yang popular, HONOR X30, pada bulan ini di China."

Mempunyai paparan 120Hz yang imersif, HONOR X30 membawakan skrin 6.81-inci dengan bezel sisi 1.05mm yang amat sempit. Di dalamnya, ia didatangkan padat dengan bateri 4800mAh untuk produktiviti sepanjang hari dan lebih ringan serta lebih nipis berbanding generasi terakhir, dengan berat hanya 189g dan berukuran hanya 8.05mm. Dikuasakan oleh Platform Mudah alih 5G 695 Snapdragon Qualcomm, HONOR X30 mempunyai 15 peratus CPU dan 30 peratus peningkatan GPU berbanding dengan versi terdahulu. Tersedia mulai 16 Disember, HONOR X30 akan dijual bermula pada harga 1499 RMB.

Bagi meraikan pencapaian tahun 2021 jenama ini, HONOR menghasilkan video pendek mengenai perjalanannya untuk rakan serta rakan kongsinya: hihonor.com

Memberi Penghormatan kepada Kebingkasan Kepositifan dan Kreativiti Komuniti Global.

Selama bertahun-tahun HONOR telah menyokong dan memberi inspirasi kepada bakat reka bentuk global untuk meneroka persilangan antara seni dan teknologi. Baru-baru ini, jenama ini menganjurkan Pertandingan Reka Bentuk Global Bakat-bakat HONOR 2021, satu pertandingan global yang mengiktiraf kreativiti luar biasa dan sumbangan artistik pereka dari seluruh dunia. Pertandingan ini menerima 5,000 penyerahan yang menampilkan karya seni yang menawan daripada pereka di Asia, Eropah, Afrika dan Amerika serta memperlihatkan bagaimana seni dan teknologi dapat bergabung bersama untuk mencipta karya agung yang sebenar.

Di samping itu, jenama ini meneruskan HONOR Magic Moments Awards yang membuahkan hasil, satu pertandingan yang menggalakkan orang ramai untuk meneroka keindahan dunia di sekeliling mereka melalui fotografi dan videografi telefon pintar serta menyediakan platform pertukaran global untuk jurugambar yang bersemangat berkongsi kemahiran mereka. Hanya dalam tempoh 70 hari, lebih 200 ribu imej diserahkan di bawah lapan tema pertandingan ini.

Tatkala HONOR meraikan usaha mengatasi cabarannya sendiri untuk memperkenalkan pencapaian industri tahun ini, jenama ini ingin meluangkan sedikit masa bagi meraikan individu yang memberi inspirasi dari serata dunia yang berjaya menempuh kesukaran, walaupun tahun 2021 merupakan tahun yang sukar. Jenama ini memperkenalkan video HONOR Your Smile yang meraikan individu yang berdaya tahan di serata dunia yang ditunjukkan sepanjang tahun ini dan kegembiraan yang dapat diberikan oleh hanya satu senyuman kepada kehidupan orang ramai. Video HONOR Your Smile boleh ditonton di hihonor.com.

 Latar Belakang HONOR

HONOR ialah penyedia global yang terkemuka bagi peranti pintar. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar yang baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang hebat. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi ke atas penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di serata dunia untuk melangkah lebih jauh, memberi kebebasan kepada mereka untuk mencapai kejayaan dan melakukan lebih lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai yang berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap belanjawan, portfolio produk yang inovatif, premium dan andal daripada HONOR membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com 
http://community.hihonor.com/
https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
http://www.youtube.com/c/HonorOfficial

 

Source: HONOR
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications