omniture

Deloitte berkembang bagi tahun keempat berturut-turut, mencatatkan hasil AS $32.4 bilion

Deloitte
2013-09-16 18:00 157

- Permintaan meningkat daripada klien untuk semua perkhidmatan menghasilkan pertumbuhan merentasi semua perniagaan dan rantau

- Pertumbuhan dalam perundingan dan perkhidmatan nasihat yang lain benar-benar utuh

- Pasaran utama menyumbang kepada hampir satu perlima hasil; satu pulangan yang signifikan

- Hampir 30 pemerolehan strategik telah dibuat dalam tahun fiskal 2013 (FY13), menandakan pelaburan yang signifikan di masa hadapan

- Pelancaran Deloitte University EMEA (Eropah, Timur Tengah, Afrika), akan memperkemaskan lagi kebolehan untuk membantu klien mengemudi persekitaran ekonomi yang baharu

- Rangkaian ini melaburkan lebih AS $170 juta untuk mempertingkat komuniti tempatan

NEW YORK, 16 September 2013 /PRNewswire/ -- Permintaan meningkat untuk perkhidmatan klien yang lebih meluas menyaksikan Deloitte bertumbuh untuk tahun keempat berturut-turut, dengan hasil rangkaian firma ahli Deloitte sebanyak AS $32.4 bilion untuk tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mei 2013.

Rangkaian itu mengalami pertumbuhan yang sihat merentasi semua perniagaan dan rantau – dalam mata wang tempatan – berikutan permintaan yang kukuh untuk perkhidmatan dan kemampuan Deloitte, ketika klien menguruskan kerumitan dan ketidakpastian sambil melabur dalam pertumbuhan. Pengukuhan dolar A.S. menjelang hujung tahun fiskal Deloitte bermakna pertumbuhan 3.5 peratus rangkaian itu lebih tinggi dalam mata wang tempatan pada 5.6 peratus.

"Pertumbuhan berterusan kami benar-benar merupakan bukti pendekatan berpusatkan klien Deloitte. Deloitte telah melakukan pelaburan strategik dalam pasaran yang penting, perniagaan yang betul dan orang yang berbakat. Hasilnya, Deloitte membantu lebih banyak klien mengemudi persekitaran perniagaan yang berubah," kata Barry Salzberg, Ketua Pegawai Eksekutif Global Deloitte Touche Tohmatsu Limited (DTTL). "Sungguhpun berlaku turun naik ekonomi yang besar dalam beberapa rantau, klien mencari nasihat dan perkhidmatan menyeluruh Deloitte ketika mereka melabur dalam inovasi dan pemangkin pertumbuhan yang lain."

Komitmen terhadap Kejayaan Kualiti dan Strategik
Permintaan untuk perkhidmatan Deloitte bertaraf dunia yang unik mengikut keperluan klien yang kian berubah dalam pasaran dan sektor industri yang berbeza, telah menghasilkan pertumbuhan tahunan yang berterusan. Deloitte membuat pelaburan besar dalam bakat untuk menyediakan klien dengan perkhidmatan berkualiti tinggi ketika mereka mengemudi persekitaran yang mencabar. Dalam FY14, kami mendasarkan kekuatan yang tersendiri ini untuk membantu para klien terus berjaya.

Tumpuan yang Tidak Goyah terhadap Kualiti Audit
Deloitte mempunyai tumpuan berterusan terhadap kualiti — dalam penyelesaian, nasihat dan pekerja kami—untuk memastikan standard tertinggi dikekalkan. Kualiti paling diutamakan dalam audit bebas – kunci untuk melindungi orang awam yang melabur dan pasaran modal, dan kami di Deloitte berbangga dengan peranan penting kami. Oleh itu, kami bertumpu terhadap dua bidang yang penting: melibatkan pengawal atur dan pihak berkepentingan lain di seluruh dunia untuk mempromosikan pembaharuan yang meningkatkan kualiti semua pihak; dan melakukan inovasi pelbagai langkah dan program untuk mengekalkan dan membina kecemerlangan profesional kami. Satu komponen dalaman inovasi ini ialah generasi terkini platform audit Deloitte, Deloitte Audit. Suite kemampuan yang menyeluruh ini memberikan pendekatan audit yang tersuai khusus dan berwawasan yang menumpu kepada risiko dan isu yang paling penting. Ia membantu memastikan pelaksanaan tekal audit berkualiti tinggi, menggunakan kelebihan teknologi dan kandungan yang boleh skala, sambil menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada klien kami di seluruh dunia.

Tumpuan Strategik terhadap Pemerolehan dan Pasaran Utama
Dalam FY13, tumpuan berterusan Deloitte terhadap pasaran utama menghasilkan hampir 7 peratus pertumbuhan pasaran ini dalam mata wang tempatan, mendahului ahli lain rangkaian itu. Pasaran utama memberikan hampir satu perlima hasil rangkaian Deloitte dan jumlah itu dijangka akan meningkat dalam masa terdekat.

Deloitte melakukan hampir 30 pemerolehan strategik dalam bidang keupayaan dan geografi penting, menandakan pelaburan signifikan masa hadapan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada klien kami. Pemerolehan utama Deloitte dalam majoriti Monitor, salah sebuah firma perundingan strategi utama di dunia, meletakkan rangkaian Deloitte sebagai peneraju seluruh dunia dalam perundingan strategi. Aset dan bakat Monitor digabungkan dengan keupayaan strategi bertaraf dunia Deloitte untuk beroperasi di bawah jenama Monitor Deloitte. Pemerolehan akan kekal sebagai strategi utama perniagaan Deloitte dalam FY14.

Pertumbuhan Rantau Firma Ahli:

  • Amerika Utara dan Amerika Selatan mendahului pertumbuhan mengikut rantau dengan kadar pertumbuhan sebanyak 6.3 peratus dalam mata wang tempatan, dengan pertumbuhan paling kukuh dialami di Chile (18.1 peratus) dan LATCO (14.3 peratus). Amerika Syarikat, firma ahli yang terbesar dalam rangkaian itu, menghasilkan pertumbuhan yang sangat kukuh, menyumbang kepada lebih 80 peratus peningkatan keseluruhan hasil rangkaian itu. Sebahagian besar perkhidmatan nasihat dan teknologi mengalami pertumbuhan dua angka.
  • Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) bertumbuh sebanyak 5.6 peratus dengan firma ahli UK mengalami pertumbuhan utuh sebanyak 8 peratus, meskipun menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar. Firma Timur Tengah dan Turki menunjukkan pertumbuhan digit dua angka, yang kebanyakannya dipacu oleh perniagaan penasihat dan cukai mereka. Firma ahli Afrika Timur dan Selatan bersama-sama bertumbuh dengan utuh sebanyak  8.3 peratus.
  • Asia Pasifik mengalami pertumbuhan sebanyak 3.1 peratus dalam mata wang tempatan dengan India, Mauritius, Asia Tenggara, Korea dan Jepun mencatatkan pertumbuhan utuh, masing-masing pada atau melebihi 6.5 peratus.

Pertumbuhan Perniagaan mengikut Fungsi dan Industri:

  • Pertumbuhan Perundingan dalam FY13 sangat kukuh merentasi semua rantau, 8.7 peratus dalam mata wang tempatan. Pertumbuhan itu menandakan kemahuan syarikat untuk meneroka dan melabur dalam peluang perniagaan. Dalam Perundingan, permintaan untuk perkhidmatan Strategi & Operasi dan Modal Manusia adalah yang paling kukuh. 
  • Penasihat Kewangan bertumbuh dengan jumlah sebanyak 6.7 peratus.  Permintaan diterajui pasaran menghasilkan pertumbuhan utuh untuk perkhidmatan Forensik dan Penstrukturan semula, manakala pelaburan lanjutan dalam pemerolehan strategik dibuat merentasi semua rantau.
  • Perkhidmatan Audit dan Risiko Perniagaan bertumbuh dengan agregat 2.9 peratus. Perkhidmatan Risiko Perniagaan (ERS) mengalami pertumbuhan digit dua angka dalam rantau Asia Pasifik dan pertumbuhan utuh di EMEA dan Amerika.
  • Cukai dan Perundangan bertumbuh dengan jumlah 5.6 peratus, mengalami pertumbuhan utuh dalam setiap rantau dan sub-fungsi. Paling ketara, Asia Pasifik mempunyai sebahagian besar firma ahli yang kuat, diterajui Jepun, India, Mauritius dan Korea. Dalam FY14 rangkaian berhasrat untuk terus memacu pertumbuhan melalui pelaburan dalam perkhidmatan yang dibolehkan teknologi, penawaran pasaran global bersepadu dan perkhidmatan yang membantu para klien menangani cabaran yang muncul akibat perubahan pesat yang berkaitan dengan globalisasi, kemajuan teknologi dan perkembangan pengawal aturan.  
  • Industri: Sains Hayat dan Penjagaan Kesihataan mendahului pertumbuhan antara industri dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 12.9 peratus, diikuti Sektor Awam, yang bertumbuh sebanyak 7.7 peratus dan Pembuatan, yang bertumbuh sebanyak 5.5 peratus. Tenaga dan Sumber juga mencatatkan pertumbuhan utuh pada 5.1 peratus.

Pelaburan Tinggi dalam Bakat Bertaraf Dunia 
Menggunakan kejayaan pelaburan Firma Ahli A.S. dalam Universiti Deloitte (DU) yang dibuka di Westlake, Texas pada musim luruh 2011, Deloitte University EMEA dilancarkan sewaktu musim panas untuk menawarkan program yang direka khas secara unik untuk keperluan rantau itu. Pelaburan berterusan ini dalam kepimpinan dan pembangunan memastikan profesional Deloitte mempunyai kemahiran dan latihan yang paling maju untuk membantu para klien mengemudi dunia yang kian berubah. Lebih 50,000 profesional Deloitte dari 70 buah negara telah menghadiri DU di lokasi Westlake.

"Memberikan perkhidmatan unggul kepada klien kami merupakan dasar usaha kami. Universiti Deloitte EMEA ialah pelaburan dalam perkembangan profesional pekerja kami dan usaha menyediakan persekitaran yang mencipta persekitaran pembelajaran yang berkesan adalah penting untuk pertumbuhan itu," kata Roger Dassen, Pengarah Urusan, Klien, Perkhidmatan dan Bakat, DTTL. "DU EMEA akan menjadi tempat untuk firma berkongsi pengalaman dan perspektif mereka yang berlainan, dan mencipta standard kecemerlangan tekal yang dilihat dalam kerja yang kami lakukan setiap hari."

Deloitte meneruskan tumpuannya terhadap mengambil, membangunkan dan mengekalkan bakat terbaik sebagai pemacu aktiviti perniagaan. Pada FY13, rangkaian ini mengupah 51,400 profesional; jumlah tenaga kerjanya sekarang melebihi 200,000 profesional, yang menjadi mercu tanda signifikan organisasi ini.

Model Perniagaan Berasaskan Tujuan: Komitmen kepada Komuniti Kami
Deloitte memahami peranan utama dan positif yang dimainkan perniagaan dalam membentuk dan mencipta masyarakat masa hadapan, dan pada tahun ini mengkhususkan sejumlah besar kemahiran dan kepakaran untuk menangani isu sosial yang mencabar melalui dua inisiatif ulung terbaharu yang mencerminkan model perniagaan kami yang berasaskan tujuan.

Deloitte melabur lebih AS $170 juta dalam komuniti pada FY13 melalui gabungan kerja sukarela berasaskan kemahiran, kerja amal dan sumbangan serta lebih 800,000 jam sukarela.

Pada April 2013, Deloitte bergandingan dengan Social Progress Imperative (SPI) dan organisasi lain untuk memperkenalkan Indeks Kemajuan Sosial. Indeks ini berasal daripada kepercayaan daya saing dan kemajuan negara perlu diukur menjangkaui faktor ekonomi, dan melalui perkaedahan dan penyelidikan meluas, menyediakan penanda persekitaran dan sosial yang memberi kesan terhadap prestasi negara. Deloitte bekerjasama dengan SPI dalam mengatur kedudukan Indeks di seluruh dunia dengan membantu mewujudkan rangkaian pakar yang betul daripada kerajaan, masyarakat sivil serta perniagaan yang akan menyumbang kepada perbincangan, memacu perubahan dan bekerja untuk menyelesaikan beberapa isu kemasyarakatan terbesar kami.

Pada Julai 2013, sebagai sebahagian usaha membantu mengukuhkan sektor kemanusiaan dan mencipta pendekatan inovatif terhadap kesediaan dan  tindak balas kemanusiaan, Deloitte melancarkan Program Inovasi Kemanusiaan. Program ini merupakan kerjasama dengan pemimpin kemanusiaan tempatan, negara dan  antarabangsa dan menggunakan kelebihan kemahiran dan kepakaran berlainan Deloitte sendiri untuk memberikan pendekatan diselaraskan secara global untuk menyokong krisis di serata dunia.

"Perniagaan kian mengiktiraf hakikat kejayaan berterusan mereka berkait rapat dengan kemajuan sosial. Tetapi banyak cabaran yang dihadapi masyarakat dewasa ini sangat kompleks dan meluas sehinggakan tiada organisasi yang mampu menyelesaikannya sendirian. Kerajaan, organisasi komuniti dan perniagaan harus bekerjasama untuk memacu perubahan positif," sambung Salzberg lagi. "Di Deloitte, kami yakin sumbangan dan pelaburan kami akan terus membawa perubahan pada tahun 2014."

Untuk melihat siaran ini secara dalam talian, sila lawati www.deloitte.com/2013revenues

Tentang Deloitte
Deloitte merujuk kepada satu atau lebih Deloitte Touche Tohmatsu Limited, syarikat peribadi UK yang dihadkan oleh jaminan dan rangkaian firma ahlinya, setiap satunya merupakan entiti bebas dan terasing dari segi undang-undang. Sila lawati www.deloitte.com/about untuk satu penerangan terperinci struktur undang-undang Deloitte Touche Tohmatsu Limited dan firma ahlinya.

Deloitte menyediakan perkhidmatan audit, cukai, perundingan, dan nasihat kewangan kepada klien awam dan persendirian dalam industri berbilang. Dengan rangkaian terhubung secara global yang terdiri daripada firma ahli di lebih 150 negara, Deloitte membawa kemampuan bertaraf dunia dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada klien, memberikan maklumat dan pandangan yang mereka perlukan untuk menangani cabaran perniagaan mereka yang paling kompleks. Golongan profesional Deloitte seramai lebih 200,000 komited untuk menjadi standard kecemerlangan.

Pecahan Hasil Fungsi dan Rantau Tahun Fiskal 2013 Deloitte (agregat)

Rantau

$ Bilion

Pertumbuhan
USD

Pertumbuhan
Tempatan

% Hasil

Amerika

16.4

5.7%

6.3%

50.5

Asia Pasifik

4.9

(0.2%)

3.1%

15.1%

EMEA

11.1

2.1%

5.6%

34.4%

Jumlah

32.4

3.5%

5.6%

100.0%

Fungsi

$ Bilion

Pertumbuhan
USD

Pertumbuhan
Tempatan

% Hasil

AERS

13.1

0.5%

2.9%

40.4%

Perundingan

10.4

7.1%

8.7%

32.1%

Penasihat Kewangan

2.8

4.7%

6.7%

8.7%

Cukai dan Perundangan

6.1

3.8%

5.6%

18.8%

Jumlah

32.4

3.5%

5.6%

100.0%

Pecahan Rantau Bawahan

$ Bilion

Pertumbuhan
USD

Pertumbuhan
Tempatan

% Hasil

Amerika Utara

15.0

6.1%

6.2%

46.4 %

Amerika Latin

1.3

1.1%

7.6%

4.1%

Asia Pasifik

4.9

(0.2%)

3.1%

15.1%

Eropah

10.3

2.2%

5.2%

31.7%

Timur Tengah

0.3

12.7%

13.8%

0.9%

Afrika

0.6

(4.5%)

8.0%

1.8%

Jumlah

32.4

3.5%

5.6%

100.0%

Peratus mungkin tidak berjumlah 100 disebabkan oleh pembundaran

Source: Deloitte
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Earnings