omniture

"Misi ke Sempadan Angkasa: Kisah di Sebalik Red Bull Stratos" Dibawakan oleh Rdio Akan Disiarkan dalam Bentuk Digital Secara Percuma ke 31 Negara

Rdio
2013-09-17 19:00 164

-- Dokumentari Filem Baharu tentang Terjun Bebas Supersonik Bersejarah dengan Rakaman yang Tidak Pernah Dilihat Sebelum Ini akan Dipertontonkan pada Ulang Tahun Setahun Acara itu dan Termasuk Lagu Asli Eksklusif oleh "Portugal. The Man"

SAN FRANCISCO dan SALZBURG, Austria, 17 September 2013 /PRNewswire/ -- Rdio, perkhidmatan muzik digital inovatif dengan lebih 20 juta lagu untuk ditemui, dimainkan dan dikongsi, hari ini mengumumkan ia telah melesenkan filem dokumentari daripada Red Bull Media House yang dinamakan "Misi ke Sempadan Angkasa: Kisah di Sebalik Red Bull Stratos." Filem baharu itu akan sedia disiarkan secara eksklusif dan percuma di www.rdio.com/redbullstratos selama tiga bulan bermula 14 Oktober 2013, yang menandakan ulang tahun setahun untuk terjun bebas supersonik Felix Baumgartner pada jarak 24 batu dari permukaan bumi. Satu lagu asli yang ditulis dan dirakam untuk dokumentari itu oleh artis Portugal. The Man, bertajuk "Oh Boy" akan dimainkan dalam gazet filem itu, penghargaan akhir dan sedia didengarkan secara eksklusif di Rdio.

Diterbitkan, diarahkan dan diedarkan oleh Red Bull Media House, syarikat media global yang beribu pejabat di Salzburg, Austria dengan cawangan di Santa Monica, California, "Misi ke Sempadan Angkasa" ialah persetujuan pelesenan kandungan yang penting untuk Rdio, yang berharap perkongsian itu akan meningkatkan kesedaran untuk jenamanya dan membina tapak peminat yang setia untuk platform Rdio. Red Bull Media House membawakan jangkauan globalnya melalui rangkaian orang hubungan dalam 165 pasaran seluruh dunia termasuk 31 wilayah Rdio di mana filem itu akan dipertontonkan seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, Brazil dan Mexico, serta dalam kebanyakan negara Eropah.

Red Bull Stratos ialah program ujian penerbangan saintifik yang menyaksikan atlit Austria Felix Baumgartner menjadi orang pertama yang bergerak lebih pantas daripada kelajuan bunyi menggunakan tubuhnya sendiri daripada ketinggian lebih 128,000 kaki, memecut pada kelajuan 843.6 batu sejam pada 14 Oktober 2012. Red Bull Stratos memberikan data saintifik bernilai bagi membolehkan keselamatan untuk juruterbang dan angkasawan masa hadapan. Projek itu memecahkan rekod di langit, dan juga di web dengan 8 juta penonton menonton secara serentak pada hari terjunan itu, membuatkannya siaran langsung yang paling banyak ditonton dalam sejarah Internet.

Satu tahun selepas Red Bull Stratos, saat bersejarah itu boleh dialami sekali lagi melalui dokumentasi yang menarik ini. Kisah di sebalik tabir dan rakaman baharu menunjukkan drama yang tidak pernah didedahkan sebelum ini yang mengancam untuk menggagalkan projek itu daripada berlepas sepanjang lima tahun perancangannya termasuk isu pemanasan plat muka Felix yang hampir membuatkan misi itu dibatalkan, dan juga temu bual peribadi daripada pasukan itu yang mengenang kembali misi itu dan halangan yang mereka telah atasi, "Misi ke Sempadan Angkasa" tentu akan menarik minat mereka yang telah terpaku menyaksikan detik itu Oktober lepas serta mereka yang mungkin telah terlepasnya. Bagi menonton dokumentari penuhnya pada 14 Oktober, pelawat boleh mendaftar dengan alamat e-mel untuk akaun Rdio percuma di www.rdio.com/redbullstratos.

Sambil Red Bull Stratos memperluaskan batasan kemampuan manusia ke sempadan angkasa, Rdio juga sedang memperluaskan jangkauan muzik. Melalui perkhidmatan Rdio, pengguna menemui apa yang didengari oleh kawan-kawan, orang dengan citarasa yang sama, artis rakaman dan lebih lagi pada masa sebenar dengan kemampuan untuk berkongsi melalui Twitter dan Facebook. Pengguna boleh membina koleksi muzik digital yang boleh didapati di mana-mana – pada web, tablet, telefon bimbit walaupun untuk digunakan semasa luar talian. Sebagai sebahagian daripada persembahan eksklusif "Misi ke Sempadan Angkasa," pengguna boleh mengakses senarai lagu yang disuai khusus oleh Felix Baumgartner dan para saintis, jurutera dan ahli pasukan perubatan daripada projek Red Bull Stratos.

Acara Siaran secara Langsung pada 14 Oktober 2013:
Felix Baumgartner dan ahli penting pasukan misi itu termasuk Col. Joe Kittinger, Art Thompson dan Dr. Jonathan Clark akan menyertai siar web global secara langsung yang dihoskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rdio, Drew Larner pada 14 Oktober pada pukul 6 petang Masa Eropah Tengah/ 12 tengah hari EST/ 9 pagi PST. Buat pertama kali, Felix akan membawakan penonton sedetik demi sedetik untuk sepanjang jatuh bebas beliau selama 4 minit dan 20 saat dan akan menggambarkan perasaan beliau ketika beliau memecahkan sempadan bunyi. Siar web itu disiarkan secara langsung melalui www.rdio.com/redbullstratos, dan soalan daripada penonton seluruh dunia boleh dihantar kepada pasukan melalui nama akaun Twitter @RedBullStratos untuk dipertimbangkan bagi disiarkan ke udara. Filem itu akan disiarkan secara langsung dengan serta-merta sejurus selepas siar web itu pada laman web yang sama.

Gazet rasmi, lagu eksklusif "Oh Boy" dan maklumat lanjut tentang dokumentasi dan siaran langsung boleh didapati di rdio.com/redbullstratos.

Tentang Rdio

Rdio ialah perkhidmatan muzik digital inovatif yang sedang mencipta semula cara orang ramai menemui, mendengar dan berkongsi muzik. Dengan akses menurut permintaan kepada lebih 20 juta lagu, Rdio menghubungkan orang ramai dengan muzik dan memudahkan pencarian apa-apa lagu, album, artis atau senarai lagu bagi dimainkan serta-merta tanpa perlu mendengar satu iklan pun. Nikmati apa yang didengari oleh rakan, orang dengan citarasa yang sama, artis rakaman dan lebih lagi pada masa sebenar dan berkongsi melalui Twitter dan Facebook. Bina koleksi muzik digital yang boleh didapati di mana-mana saja – di internet, dalam rumah atau dalam kereta, pada tablet atau telefon bimbit, malah semasa luar talian.

Dilancarkan pada Ogos 2010, Rdio beribu pejabat di San Francisco dan ditubuhkan oleh Janus Friis, pencipta bersama Skype. Kini boleh didapati di 31 negara, Rdio dibiayai oleh Janus Friis melalui entiti pelaburan beliau, Atomico, dan Skype. Untuk maklumat lanjut dan untuk mendaftar, lawati www.rdio.com.

Tentang Red Bull Media House

Red Bull Media House ialah syarikat media global yang menerbitkan dan mengedarkan kandungan tulen serta program hiburan berinspirasi dalam genre sukan dan gaya hidup. Dari filem ke televisyen, media cetak ke media digital, muzik dan permainan, produk syarikat itu boleh dialami melalui peranti dan platform terbaharu, mengasyikkan para penonton seluruh dunia. Antara projek lain, Red Bull Media House bertanggungjawab untuk dokumentasi dan pengedaran platform berbilang untuk misi Red Bull Stratos, yang menawan perhatian dunia pada tahun 2012 lalu menghasilkan siaran langsung yang paling banyak ditonton dalam sejarah. Untuk maklumat lanjut lawati www.redbullmediahouse.com.

Foto beresolusi tinggi dan rakaman berdefinisi tinggi yang percuma untuk kegunaan kewartawanan daripada projek Red Bull Stratos boleh dimuat turun dalam Kumpulan Kandungan Red Bull di www.redbullstratosnewsroom.com.

Source: Rdio
Related Links:
Keywords: Beverages Entertainment Film & Motion Picture Music Non-Alcoholic Beverages Radio Retail New products/services