omniture

Shicheng, Wuyuan: Syurga Pertama China Timur bagi Menikmati Keindahan Mapel

Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd.
2013-09-18 00:07 124

WUYUAN, China, 17 September 2013 /PRNewswire/ -- Dengan sambutan tradisional Festival Pertengahan Musim Luruh dan Hari Kebangsaan China yang semakin hampir, Daerah Wuyuan, yang juga sering dikenali sebagai "kawasan desa China paling indah", yang gemilang dengan warna biru tasik dan sungainya serta warna hijau subur bukit-bukaunya, bakal memasuki fasa kiraan detik sambil musim mapel merah kawasan itu semasa musim luruh mencapai puncaknya.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130916/CN77827 )

Wuyuan, Wilayah Jiangxi, terletak di bahagian timur China. Ramai menganggapnya sebagai kawasan desa paling indah di China kerana ekologi semula jadinya, serta sejarah dan tradisinya yang lama. Ia merupakan sebuah kawasan di mana setiap daripada empat musim akan bersemarak hidup dan boleh dinikmati oleh setiap orang: melihat bunga-bungaan kembang mekar semasa musim bunga, berenang semasa musim panas, melihat dedaun merah musim luruh dan menikmati amalan tradisi masyarakat kawasan itu sewaktu musim sejuk.

Wuyuan baru mengalu-alukan kedatangan musim tuai semasa musim luruhnya, dengan pemandangan yang berbeza dan unik Wuyuanin yang menakjubkan. Pokok mapel musim luruh Shicheng, satu daerah di Wuyuan, banyak dipuji oleh pelawat dari China dan dari negara lain seluruh dunia. Daerah Shicheng ditaburi pokok mapel purba, lantas mencipta kontras indah dengan dinding putih dan bumbung kelabu kediaman masyarakat kawasan itu. Rumah dan pokok mapel merah itu menyerlahkan lagi kecantikan satu sama lain, menarik kedatangan ramai jurugambar dan pengunjung dari seluruh China setiap tahun. Shicheng pernah terpilih sebagai "tempat paling popular di China untuk menikmati keindahan pokok mapel" dan "syurga jurugambar" oleh banyak agensi media di China.

Pengunjung dari seluruh dunia yang melawat tempat berpemandangan cantik ini akan mendapat peluang untuk menyertai aktiviti terancang yang bertemakan "Menikmati keindahan Wuyuan, merasai pengalaman musim luruh dengan berjalan kaki" sambil musim mapel merah pada musim luruh itu mencapai puncaknya. Pengalaman unik termasuklah merasai keindahan musim luruh, berkhemah, bergaul dengan orang yang berfikiran sama, pertandingan foto dan sukan desa hanyalah sedikit daripada nikmat menakjubkan yang menanti pengunjung apabila mereka melawat negara mapel daerah Shicheng, dan, dalam perjalanan, ada juga persinggahan di Changxi yang berhampiran.

Source: Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd.
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services