omniture

CGTN: Tahun 2021 luar biasa signifikan: Bagaimana China bersedia bina negara sosialis moden

CGTN
2022-01-05 02:03 128

BEIJING, 5 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Tahun 2021 tidak diragukan lagi merupakan tahun yang luar biasa untuk China. Ia menandakan permulaan tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-14 (FYP) (2021-2025). Ia juga merupakan tahun bilamana rangka masa untuk merealisasikan dua matlamat seratus tahun China – membina sebuah masyarakat sederhana makmur dalam segenap aspek dan membina sebuah negara sosialis moden yang hebat dalam segenap aspek – melakukan penumpuan bersejarahnya.

"Tahun lalu telah menjadi tahun dengan kepentingan yang luar biasa," kata Presiden Cina Xi Jinping dalam ucapan Tahun Baharu 2022 beliau.

Bagaimana China membuat persiapan penuh pada tahun lalu untuk memulakan perjalanan baharu bagi membina sebuah negara sosialis moden?

Satu permulaan yang baik

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) China melebihi ambang 100-trilion-yuan (kira-kira $15.42 trilion) pada tahun 2020, seperti yang ditunjukkan oleh data rasmi yang dikeluarkan pada 18 Januari 2021.

Pada awal Januari, Xi, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat berucap di sesi pengajian di Sekolah Parti Jawatankuasa Pusat CPC.

Beliau menggesa lebih 190 pegawai peringkat wilayah dan kementarian yang hadir untuk mengusahakan permulaan yang baik bagi membina sepenuhnya sebuah negara sosialis moden.

Kira-kira dua minggu kemudian, ketika mempengerusikan sesi pengajian kumpulan Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC, Xi mengulangi keperluan untuk memastikan pembangunan ekonomi dan sosial yang baik, memandangkan "langkah pertama" dalam Rancangan Lima-Tahun ke-14 adalah sangat penting.

Kemudian pada bulan Mac, China memperkenalkan versi terakhir pelan tindakan pembangunan negaranya untuk lima dan 15 tahun akan datang dengan tumpuan diberikan ke atas pertumbuhan ekonomi yang mampan, corak pertumbuhan ekonomi "dwi peredaran", sistem perindustrian berpandukan inovasi dan pembangunan kawasan luar bandar.

"Sepanjang tahun ini, kami telah melaksanakan usaha kami, menyumbang peranan kami dan mendapat banyak sebagai balasan," kata Xi semasa menyampaikan ucapan Tahun Baharu kepada rakyat Cina.

Panduan falsafah pembangunan baharu 

Berbanding dengan rancangan lima-tahun (FYP) terdahulu, FYP ke-14 menyampaikan paradigma pembangunan baharu – tiada sasaran pertumbuhan KDNK berangka tetapi lebih memberi tumpuan kepada pembangunan yang seimbang dan mampan dengan pasaran domestik sebagai tulang belakang.

Falsafah pembangunan baharu adalah berdasarkan kepada pembangunan yang inovatif, diselaraskan, mesra alam, terbuka dan dikongsi bersama yang akan membimbing dan membuka laluan untuk melaksanakan pembangunan yang berkualiti tinggi.

Meletakkan inovasi sebagai tumpuan pemacu pemodenannya, China melakar pelbagai kejayaan saintifik dan teknologi seperti pelancaran kapal angkasa berawak Shenzhou-13, pendaratan prob Marikh Tianwen-1 di atas planet merah tersebut, kemajuan dalam industri pembuatan cip dan lonjakan dalam pengkomputeran kuantum.

Pada tahun 2021, Xi memeriksa beberapa buah syarikat teknologi sains yang mana beliau berulang kali menekankan kepentingan keandalan mandiri dan pengukuhan kendiri dalam inovasi teknologi sains tahap tinggi.

Memandangkan menuju mesra alam merupakan ciri dalam pembangunan yang berkualiti tinggi, tahun lalu turut menyaksikan pencapaian dalam bidang ini. China telah menyaksikan penambahbaikan yang menyeluruh dalam eko-persekitarannya di tengah-tengah usaha yang semakin giat dilakukan oleh negara ini untuk merangsang pembangunan mesra alam, menurut Laporan Alam Sekitar China 2020 yang diterbitkan oleh Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar pada bulan Mei.

Perlindungan terhadap ekologi dan pembangunan yang berkualiti tinggi terhadap Lembangan Sungai Kuning, sebagai strategi negara yang utama, merupakan demonstrasi yang jelas mengenai usaha China dalam mendorong tamadun ekologi.

Pada bulan Oktober tahun lalu, China memperkenalkan garis kasar untuk perlindungan dan pembangunan Lembangan Sungai Kuning sehingga tahun 2030, yang berperanan sebagai panduan untuk penggubalan dasar dan perancangan projek kejuruteraan di lembangan tersebut bagi mengatasi cabaran.

Sejak berlangsungnya Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (CPC) ke-18, presiden Cina telah melawat kesemua wilayah dan kawasan berautonomi di lembangan tersebut, berkongsi kebimbangan beliau mengenai "Ibu Sungai" China. Dalam tempoh kurang daripada setahun dari Ogos 2019 hingga Jun 2020 sahaja, beliau memeriksan Lembangan Sungai Kuning sebanyak empat kali.

"Seiring berlalunya masa, kita telah menyaksikan dan mengalami China yang berdaya tahan dan dinamik, sebuah negara yang mempunyai rakyat yang mesra dan dihormati, sebuah negara yang membangun dengan pesat setiap hari dan sebuah negara yang melakar kemajuan berterusan dalam segala usahanya," kata Xi pada hari Jumaat dalam ucapan Tahun Baharu beliau.

https://news.cgtn.com/news/2022-01-03/How-did-China-prepare-in-2021-for-building-a-modern-socialist-country--16uwrdXNaY8/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service