omniture

CCTV+: Xi pimpin China laksanakan pembangunan mesra alam dengan langkah-langkah kukuh

CCTV+
2022-01-05 08:28 123

BEIJING, 5 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Di bawah bimbingan Presiden Xi Jinping, China mengambil langkah kukuh untuk melaksanakan pembangunan ekonomi dan sosial yang lebih mesra alam dalam segenap aspek dan meneruskan pemodenan yang memaparkan keharmonian antara manusia dan alam semula jadi pada tahun pertama tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025) untuk pembangunan sosioekonomi negara.

Kawanan gajah Asia yang kembali ke habitat yang sesuai di tengah-tengah iringan manusia selepas lebih daripada 110 hari merayau-rayau di Wilayah Yunnan, barat daya China hampir sepanjang tahun 2021 hanyalah satu contoh usaha China terhadap perlindungan ekologi.

"Kisah perjalanan ke utara dan kepulangan sekawan gajah di Wilayah Yunnan, barat daya China menunjukkan hasil yang jelas daripada usaha kami untuk melindungi haiwan liar. China akan terus memajukan perkembangan ekologi, kekal komited untuk melaksanakan falsafah pembangunan baharu yang menekankan pembangunan yang inovatif, diselaraskan, mesra alam dan terbuka buat semua dan membangunkan China yang indah," kata Xi semasa menyampaikan ucapan dasar melalui pautan video di sidang kemuncak pemimpin-pemimpin di mesyuarat ke-15 Persidangan Pihak-pihak ke Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP15) yang diadakan di Bandar Kunming, Wilayah Yunnan pada 12 Oktober 2021.

Di sidang kemuncak ini, Xi menyeru usaha bersama untuk membina sebuah komuniti dengan semua hidupan di Bumi ini dan dunia yang bersih dan indah buat semua.

Semasa lawatan pemeriksaan beliau di seluruh China pada tahun 2021, Xi memberi arahan untuk membimbing pembangunan ekonomi dan sosial yang lebih mesra alam bagi ekonomi yang kedua terbesar di dunia ini.

Dalam usaha untuk menangani perubahan iklim, salah satu cabaran bersama umat manusia, Xi memberi komitmen yang bersungguh-sungguh bahawa China menyasarkan untuk mencapai puncak emisi karbon dioksida menjelang tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060.
 
Pada tahun 2021, Xi menilai industri tenaga negara ini dan mencadangkan panduan beliau semasa lawatan beliau ke sebuah syarikat kimia di Bandar Yuling, barat laut Wilayah Shaanxi dan platform penggerudian di Medan Minyak Shengli di Bandar Dongying di timur Wilayah Shandong

Di Persidangan Kerja Ekonomi Pusat tahunan pada bulan Disember 2021, Xi menggesa kemajuan tegas terhadap usaha ke atas keneutralan karbon yang mana menurut beliau merupakan satu keperluan yang menjadi kebiasaan untuk pembangunan yang berkualiti tinggi.

Kadar liputan hutan China mencecah lebih 23 peratus pada tahun 2021 sementara penggunaan tenaga setiap unit KDNK menurun sebanyak 2.3 peratus berbanding tahun sebelumnya dalam sembilan bulan pertama.

Pautan: https://youtu.be/mm64TSpkfZI

Source: CCTV+
Keywords: Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications