AMSTERDAM, 20 September 2013 /PRNewswire/ -- JOHNNIE WALKER – dengan kerjasama pemandu Vodafone McLaren Mercedes Sergio Perez dan juara pemandu dunia dua kali Mika Häkkinen – hari ini melancarkan program perjalanan percuma balik ke rumah global sebagai sebahagian daripada kempen minum secara berhemah Sertai Pakatan.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130918/640903-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130918/640903-b)
Bagi mendahului FORMULA 1 SINGTEL SINGAPORE GRAND PRIX 2013, jenama JOHNNIE WALKER mengumumkan cita-citanya untuk mengumpulkan lagi sejuta janji untuk tidak memandu sambil mabuk dengan menjemput pengguna seluruh dunia menggunakan hashtag #ImNOTdriving di media sosial.
Sebagai penghormatan untuk sejuta komitmen itu, JOHNNIE WALKER akan memberikan sejuta kilometer perjalanan balik rumah dengan selamat secara global – bersamaan dengan perjalanan mengelilingi khatulistiwa dunia sebanyak 25 kali. Program itu akan bermula di Singapura minggu ini.
JOHNNIE WALKER mengutamakan amalan minum secara berhemah dalam kerjasamanya dengan Vodafone McLaren Mercedes selama lapan tahun. Sebagai hasil daripada kerjasama itu lebih sejuta pengguna seluruh dunia sudah menandatangani perjanjian untuk tidak memandu sambil mabuk. Program balik rumah dengan selamat ini ingin menarik tambahan sejuta lagi komitmen peribadi.
Hujung minggu ini di Singapura, JOHNNIE WALKER akan memulakan kempen dengan kerjasama SMRT Corporation Ltd (SMRT) – penyedia transit massa Singapura – untuk memberikan 10,000 kilometer perjalanan balik rumah dengan selamat dan perjalanan balik rumah peribadi oleh Mika Häkkinen. Untuk mengetahui lebih lanjut lawati http://www.facebook.com/JohnnieWalkerSingapore
Sewaktu tempoh beliau sebagai Duta Minum Secara Berhemah Global JOHNNIE WALKER, Mika Häkkinen telah melawat lebih 30 negara untuk bertemu pihak berkepentingan utama dan pengguna serta mencapai jutaan orang dengan mesej minum dengan berhemah.
Beliau berkata: "Saya bersemangat dalam soal menggalakkan amalan minum secara berhemah dan saya sudah menjelajah seluruh dunia dengan JOHNNIE WALKER untuk menyebarkan mesej ini. Di Singapura saya tidak sabar-sabar lagi untuk menjadi 'pemandu khusus' bagi acara Johnnie Walker Circuit Lounge dan juga untuk bertemu peminat sukan lumba serta melihat bandar yang indah ini."
Gavin Pike, Pengarah Jenama Global, JOHNNIE WALKER, berkata: "Kerjasama kami dengan Vodafone McLaren Mercedes telah memberi kami platform yang kukuh bagi kami bercakap tentang minum secara berhemah. Kami sedang mengukuhkan komitmen kami untuk tujuan ini melalui salah satu kempen minum secara berhemah kami yang paling bercita-cita tinggi setakat ini dan saya galakkan peminat sukan lumba seluruh dunia untuk Menyertai Pakatan dengan menjanjikan komitmen peribadi mereka untuk tidak memandu sambil mabuk dengan menggunakan #ImNOTdriving pada hujung minggu ini.
"JOHNNIE WALKER dikhususkan untuk kemajuan peribadi, itulah lambang jenama ini, dan kami percaya amalan minum secara berhemah adalah sebahagian daripada kemajuan itu. Pelancaran kempen ini seluruh dunia menunjukkan komitmen kami bagi menggalakkan amalan minum secara berhemah dengan menetapkan standard bertaraf dunia dalam pemasaran secara berhemah dan menggalakkan mesej ini dengan program sukan lumba kami."
Pemandu Vodafone McLaren Mercedes Sergio Perez menambah: "Saya sangat teruja untuk menyertai Mika dan Jenson Button sebagai salah seorang duta amalan minum secara berhemah global untuk JOHNNIE WALKER. Amalan minum secara berhemah ialah isu yang sangat penting dan, sebagai pemandu untuk Vodafone McLaren Mercedes, saya rasa sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menggunakan kedudukan saya ini bagi menguatkan lagi mesej ini kepada para peminat kami seluruh dunia. Saya suka idea menggunakan hashtag ringkas ini untuk membuat janji agar tidak memandu sambil mabuk – maknanya tiada alasan lagi untuk tidak melakukannya."
Nota kepada Editor:
Tentang JOHNNIE WALKER® dan Vodafone McLaren Mercedes
JOHNNIE WALKER ialah jenama Sebatian Wiski Scotch nombor satu dunia, dinikmati oleh orang ramai di lebih 180 negara seluruh dunia. Sejak zaman pengasasnya, John Walker, ia dikait rapat dengan konsep kemajuan. Kombinasi ilmu pengguna, keazaman dan kepintaran komersil telah membolehkan tiga generasi perintis keluarga Walker memajukan kedai runcit kecil yang ditubuhkan pada tahun 1820 menjadi perniagaan wiski antarabangsa yang menjual jenama yang bergaya, tulen dan ikonik.
Pada tahun 2005 JOHNNIE WALKER memasuki perjanjian kerjasama dengan pasukan Formula 1 Vodafone McLaren Mercedes. Hari ini JOHNNIE WALKER dikenali sebagai ikon kemajuan peribadi, dan sebagai jenama antarabangsa berstatus tinggi yang sofistikated dan ikonik. Vodafone McLaren Mercedes sangat mirip dengan ciri-ciri ini dan menyediakan platform yang unik dan mengujakan untuk menarik penglibatan pengguna hari ini.
Diageo komited untuk menggalakkan amalan minum secara berhemah, dan amalan itu menjadi keutamaan penajaan kami untuk Vodafone McLaren Mercedes. Isu tanggungjawab dan pilihan adalah kritikal dalam perdebatan tentang alkohol. Melalui penajaan rintis ini, dan dengan Mika Häkkinen sebagai Duta Amalan Minum Secara Berhemah Global, JOHNNIE WALKER cuba menangani isu ini secara terus. Hubungan JOHNNIE WALKER dengan Vodafone McLaren Mercedes dan Mika Häkkinen menunjukkan syarikat minuman beralkohol boleh menggalakkan amalan minum secara berhemah dengan berkesan serta mengubah sikap pengguna dalam pengambilan berlebihan dan memandu sambil mabuk.
Tentang Diageo
Diageo ialah perniagaan minuman premium yang meneraju di dunia dengan koleksi jenama minuman beralkohol yang mengagumkan merentasi kategori arak, bir dan wain. Jenama-jenama ini termasuklah Johnnie Walker, Crown Royal, wiski JεB dan Bushmills, Smirnoff, vodka Cîroc dan Ketel One, Baileys, Captain Morgan, Tanqueray dan Guinness.
Diageo ialah syarikat global, dengan produk yang dijual di lebih 180 negara seluruh dunia. Syarikat itu disenaraikan dalam kedua-dua Bursa Saham New York (DEO) dan Bursa Saham London (DGE). Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, para kakitangan dan jenamanya, lawati http://www.diageo.com. Untuk sumber global Diageo yang menggalakkan amalan minum secara berhemah melalui perkongsian peralatan, maklumat dan inisiatif amalan terbaik, lawati http://www.DRINKiQ.com.
Meraikan kehidupan, setiap hari, di setiap tempat.
Perkataan JOHNNIE WALKER, peranti dan logo berkaitan Striding Figure ialah tanda niaga © John Walker & Sons 2013.
Sila Minum dengan Berhemah.
SUMBER JOHNNIE WALKER