omniture

Pameran Seni 3D Pertama Dunia Dilancarkan dalam Botol

Diageo Global Travel
2013-09-20 16:00 155

SINGAPURA, Sept. 20, 2013 /PRNewswire/ --

GALERI JOHNNIE WALKER® BLUE LABELTM BAKAL MENYEMARAKKAN LAPANGAN TERBANG UTAMA DUNIA

Anda sudah tentu pernah dengar tentang pesanan dalam botol tetapi mungkin anda tidak pernah dengar tentang pameran seni 3D dalam botol. Inilah apa yang JOHNNIE WALKER BLUE LABELTM, wiski Scotch ultra-premium yang meneraju di dunia, telah cipta dengan kerjasama beberapa artis dan pereka fesyen kontemporari antarabangsa yang paling tersohor.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130920/639239 )

Galeri JOHNNIE WALKER BLUE LABEL yang mengasyikkan bakal mempesonakan pandangan dan menjadi santapan deria. Dengan teknologi projeksi terkini, koleksi karya berseni akan dipamerkan daripada dalam botol JOHNNIE WALKER BLUE LABEL format besar yang setinggi hampir tiga meter. Satu lagi tindakan yang di luar kebiasaan, pemasangan karya seni ini takkan dipamerkan di galeri seni terkenal, sebaliknya akan tersergam di lapangan terbang kosmopolitan seluruh dunia dari Singapura, ke London dan lebih jauh lagi, lantas mencerminkan betapa jenama itu terkenal kerana perjalanan luasnya.

Dalam setiap bandar yang meriah ini, JOHNNIE WALKER akan berkolaborasi dengan pengkarya tempatan yang mencetus perubahan dalam seni bagi mempamerkan tafsiran mereka untuk 'Sebatian yang Jarang Ditemui' – satu penghormatan untuk JOHNNIE WALKER BLUE LABEL, salah satu tawaran kemuncak daripada JOHNNIE WALKER. Botol itu akan dipenuhi dengan grafik 3D dan CGI yang ditempah khas dan dicipta oleh artis tempatan terkenal dari bandar penganjur, lalu memberikan perspektif dan kedalaman bahan pameran itu.

Persinggahan pertama ialah dataran tengah Terminal 1 di Lapangan Terbang Changi Singapura, lapangan terbang dengan penganugerahan terbanyak di dunia, bermula 19 September. Galeri unik dan bergaya itu kemudiannya akan diterbangkan menuju ke lapangan terbang destinasi penting lain di seluruh dunia. Untuk pameran perdananya di Singapura, JOHNNIE WALKER telah menugaskan tiga artis kontemporari tempatan meneraju yang menzahirkan ciri unik wiski yang jarang didapati itu serta semangat Kota Singa: Priscilla Shunmugam, pereka fesyen terkemuka dan pencipta label Ong Shunmugam; Alvin Tan daripada Phunk Studio yang memenangi anugerah; dan Brandon Tay, artis multimedia meneraju yang mengadunkan teknologi dengan seni.

Setiap karya seni dalam Galeri itu menghidupkan satu unsur penting untuk warisan JOHNNIE WALKER BLUE LABEL serta negara Singapura, seperti yang dijelaskan di bawah:

 -- Priscilla Shunmugam menceritakan kisah, dalam bentuk video CGI, di sebalik hasil seninya 'Architectural Couture'. Di dalamnya, beliau menunjukkan penyatuan kisah di sebalik bangunan ikonik Singapura serta ketegapan dan keindahan strukturnya, dengan alunan corak organik daripada fabrik tradisional. Setiap bangunan, seperti wiski yang berharga itu, memiliki kisah jati diri sebenar, yang padat dengan nilai bersejarah dan dibentuk oleh masa kini, yang digabungkan bersama bagi mengilhamkan setiap ciptaan pakaian.

 -- Karya Alvin Tan membawa bersama suara para tokoh berwawasan dalam turutan animasi yang amat memukau. Hasil seni ini akan mempamerkan tipografi digital buatan tangan, memberi nafas kepada minda Aristotle dan Dr. Livingstone yang mencetus perubahan. Sebuah visualisasi tentang bagaimana perkataan boleh dikongsi dengan semangat padu, Alvin akan menggunakan arca kertas sambil perkataan membentuk dan memukau lantas melahirkan satu ciptaan yang mewakili campuran suara daripada personaliti berbeza, menggabungkan bakat dan pengalaman yang berkepelbagaian tinggi.

 -- Brandon Tay meneliti keindahan daripada dalam botol. Beliau mendapat ilham daripada tanggapan metamorfosis, mencari keselarasan antara kejadiannya dalam alam semula jadi, bagaimana ia mewakili evolusi Singapura selama 48 tahun dan padan dengan transformasi bahan terbaik dan sebatian wiski kami yang paling bernilai bagi menghasilkan wiski JOHNNIE WALKER BLUE LABEL yang menjadi kebanggaan. Karya beliau akan menyebatikan fauna dan flora bagi mencipta hidupan baharu yang unik, persis ulat sutera yang memintal benang kepompongnya sendiri.

Priscilla Shunmugam, yang pernah membuat pertunjukan fesyen di Minggu Fesyen Singapura dan Paris, berkata, "Sewaktu proses kolaborasi yang membawa kepada ciptaan Galeri JOHNNIE WALKER BLUE LABEL kami, sebagai artis, mahu mencipta hasil karya yang benar-benar berharga bagi menghidupkan tafsiran berbeza sebatian yang paling berharga. Ketiga-tiga tafsiran kami memaparkan unsur daripada dunia fesyen, rekaan, wiski premium, malah alam semula jadi itu sendiri. Kami berharap para pengembara yang menggunakan Lapangan Terbang Changi Singapura akan berasa terkejut dan gembira dengan Galeri ini dan agar ia memberikan mereka pengalaman yang unik dan amat mengasyikkan."

Brooke Supernaw, Naib Presiden, Wain dan Minuman Keras, DFS Group, menambah, "DFS mempunyai konsesi Arak & Tembakau yang memenangi anugerah di Terminal 1 dan kami sentiasa mencari cara yang benar-benar inovatif bagi memberikan pelanggan kami pengalaman lapangan terbang yang terbaik. Kami gembira kerana menemui rakan kongsi yang hebat iaitu pasukan Diageo Global Travel. Galeri JOHNNIE WALKER BLUE LABEL ialah usaha terkini bagi mencetuskan perubahan, dan kami berbesar hati dapat menjadi pihak pertama yang menjadi sebahagian daripada pameran yang menjunjung standard penglibatan keindahan, inovasi dan kecanggihan teknologi yang sama dengan apa yang kami usahakan setiap hari dengan konsesi kami di Lapangan Terbang Changi."

Diminta memberi komen tentang kolaborasi dengan para pencetus perubahan generasi seterusnya, Doug Bagley, Ketua Pegawai Operasi, Diageo Global Travel & Middle East menambah, "JOHNNIE WALKER BLUE LABEL ialah sebatian dengan kemewahan tiada tandingan. Ia membawa bersama beberapa wiski yang paling jarang ditemui di dunia dalam cara yang terancang dan penuh kepakaran. Dengan memikirkan itu, para pengkarya yang kami pilih itu telah menggunakan tema 'Sebatian yang Jarang Didapati' sebagai sumber ilham mereka, mengadunkan secara halus tanda produk minuman keras yang jarang didapati, kraf dan sifat ke dalam hasil seni mereka lalu menghasilkan ciptaan unik yang mencerminkan etos rintis dan mencetus perubahan JOHNNIE WALKER BLUE LABEL. Kami gembira dengan kesudahannya – satu karya tulen pertama seumpamanya bagi dunia seni dan wiski."

Galeri JOHNNIE WALKER BLUE LABEL akan dipamerkan di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi Singapura mulai 19 September hingga 31 Oktober 2013.

Nota kepada editor

Bagi meraikan perasmian pameran peruncitan perjalanan dan dengan kerjasama DFS Ventures Singapore, JOHNNIE WALKER telah mencipta 150 botol JOHNNIE WALKER BLUE LABEL edisi terhad, yang diukir dengan latar langit Singapura menggunakan tera cecair emas yang bernilai. Ia boleh didapati secara eksklusif di DFS Lapangan Terbang Changi untuk masa terhad sahaja.

Perkataan dan logo berkaitan JOHNNIE WALKER BLUE LABEL ialah tanda niaga © DIAGEO 2013

Source: Diageo Global Travel
Keywords: Art Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment New products/services