omniture

Biosafe Mengesahkan Kepimpinannya di India

Biosafe Group
2013-09-23 07:00 141

EYSINS, Switzerland, 23 September 2013 /PRNewswire/ --

Biosafe dengan sukacitanya mengumumkan, dengan kerjasama dengan Pengedarnya di India Span Healthcare Private Ltd., ia telah mencapai peluasan besar untuk perniagaan penyimpanan sel stemnya di India, dengan kejayaannya mendapat beberapa perjanjian pelanggan baharu yang besar secara berturut-turut.

Dalam bidang penyimpanan sel stem awam, Jeevan Blood Bank and Research Centre di Chennai sedang memperluaskan programnya dan akan memproses isipadu penuh sampel sel stem dengan sistem pengasingan sel Sepax milikan Biosafe dan peranti penyejukan dan pencampuran persediaan kriogen Coolmix.

Untuk bahagian penyimpanan keluarga pula, syarikat terkemuka Cordlife India dan Cryobanks International berkemungkinan tinggi akan beralih kepada pemprosesan berautomat secara eksklusif oleh Sepax.

Peluasan seperti ini ialah satu tanda aras kerana kebanyakan sampel darah tali pusat di India kini akan diproses dengan teknologi Biosafe.

Olivier Waridel, Ketua Pegawai Eksekutif Biosafe Group, memberi komen: "Kejayaan mendapat banyak kontrak baru-baru ini menunjukkan potensi teknologi Sepax Biosafe dalam ekonomi BRIC. Biosafe menunjukkan kemampuannya untuk memenuhi jangkaan pelanggan melalui portfolio luasnya untuk penyelesaian pemprosesan dan komited untuk terus menyokong lagi peluasan penyimpanan sel stem di India bersama Span Healthcare".

Tentang Biosafe Group

Ditubuhkan pada tahun 1997, Biosafe Group aktif dalam rekaan, pembuatan dan pemasaran sistem pemprosesan sel berautomat. Beribu pejabat di Switzerland dan merupakan syarikat pegangan swasta, Biosafe Group beroperasi melalui syarikat subsidiari mengikut rantau (Geneva, Houston, Hong-Kong, Shanghai dan São Paulo) dan hadir di lebih 45 negara, sama ada secara terus atau melalui pengedar.

Untuk maklumat lanjut:

Christopher Bolton
Ketua Pegawai Kewangan
Biosafe Group
+41-22-365-27-27
christopher.bolton@biosafe.ch
http://www.biosafe.ch

Sumber: Biosafe Group

Source: Biosafe Group
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Pharmaceuticals