omniture

Gala Amal "La Part des Anges": Jualan Mencatat Rekod Bernilai EUR32,000 untuk Jeroboam LOUIS XIII

LOUIS XIII
2013-09-23 18:01 99

COGNAC, Perancis, Sept. 23, 2013 /PRNewswire/ --

Diadakan di Castle Brillac (Charente), acara lelong 2013 yang dianjurkan bagi pihak Palang Merah Perancis dan Ark of Charente telah menyaksikan – antara 27 hadiah – harga LOUIS XIII Le Jeroboam naik hingga menjadi EUR 32,000 (dianggarkan pada EUR 20,000). Rekod yang cukup bagus untuk edisi ke-8 acara lelongan amal "La Part des Anges".

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130923/642270 )

Selama 7 tahun, Cognac Houses telah memilih hadiah yang luar biasa daripada koleksi bernilai mereka. Tahun ini Rémy Martin House of Cognac telah menawarkan satu LOUIS XIII Le Jeroboam. Kata pembelinya: "Saya kenal para Pakar Minuman Keras yang telah mengambil bahagian, generasi demi generasi, dalam penghasilan botol LOUIS XIII yang lazat ini, yang memberi penghormatan kepada detik terindah kurun kedua puluh. Saya berbangga dapat memiliki Jeroboam yang begitu kaya dengan nilai sejarah ini, dan kerana dapat menyokong tujuan amal ini."

LOUIS XIII Cognac ialah hasil menakjubkan daripada keterlibatan yang utuh dan tidak ditelan zaman yang telah menyatukan vitikultura dan Rémy Martin selama lebih 130 tahun. Eliksir 1,200 brandi jernih, berusia antara 40 hingga 100 tahun, semuanya dihasilkan daripada tanah Grand Champagne dalam plot ladang anggur yang paling bernilai di rantau Cognac, adalah yang paling disanjung oleh pakar minat terkemuka Cognac.

Tentang LOUIS XIII Le Jeroboam

Mahakarya koleksi LOUIS XIII, Le Jeroboam adalah tiga kali ganda kapasiti LOUIS XIII biasa. Setiap botol direka secara individu oleh sepasukan sembilan tukang kristal, antara yang paling berkelayakan tinggi – di Cristallerie de Sèvres.

Seperti mana dalam kurun yang terdahulu, LOUIS XIII mengesahkan statusnya antara ikon kemewahan.

Source: LOUIS XIII
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Trade show news