omniture

CGTN: CMG mempelopori menerusi studio penstriman langsung 5G pertama dunia di kereta api berkelajuan tinggi

CGTN
2022-01-11 19:46 97

BEIJING, 11 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Menstrim secara langsung video definisi ultra tinggi (UHD) daripada kereta api peluru yang bergerak dengan kelajuan 350 kilometer sejam pastinya merupakan sesuatu yang sangat sukar dilakukan, namun China Media Group (CMG) tidak pernah lari daripada menyahut cabaran yang menggerunkan.

CMG memperkenalkan studio strim langsung baharu yang canggih di landasan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan ibu kota Cina, Beijing dengan bandar tuan rumah bersama Sukan Olimpik Zhangjiakou pada hari Khamis, memaparkan keunggulan negara ini dalam pelbagai bidang teknologi yang canggih.

Pembukaan studio berkenaan, yang menampilkan aplikasi baharu teknologi 5G+4K/8K+AI dalam siaran langsung TV UHD di atas kereta api berkelajuan tinggi merupakan bukti komitmen CMG dalam menerima inovasi teknologi dan menawarkan liputan premium untuk Sukan Olimpik 2022 kepada khalayak ramai seluas-luasnya.

Semasa berlangsungnya majlis perasmian pada hari Khamis, Shen Haixiong, presiden CMG berkata bahawa menjadi kewajipan dan misi CMG untuk menceritakan kisah Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dan membuka lembaran baharu dalam promosi Pergerakan Olimpik, budaya dan semangat kesukanan Cina sebagai outlet media arus perdana antarabangsa, kumpulan media kebangsaan Cina dan penyiar tuan rumah.

Shen turut menyoroti kesukaran untuk mengekalkan isyarat 5G yang andal dan berdaya tahan dalam gerabak yang bergerak pantas dan menghargai kerja keras yang dilakukan oleh agensi-agensi yang berkaitan termasuk China Railway, China Railway Beijing Group, China Unicom, China Mobile dan CMG yang mengumpul sumber untuk menjayakan projek ini walaupun dalam keadaan rangkaian yang mencabar.

Perkhidmatan berkelajuan tinggi berautonomi pertama China, landasan kereta api berkelajuan tinggi Beijing-Zhangjiakou mula beroperasi pada tahun 2019, mengurangkan masa perjalanan antara dua zon pertandingan Sukan Olimpik daripada lebih tiga jam kepada 47 minit. Kereta api pintar dilengkapi dengan kawasan kahas untuk menyimpan peralatan ski dan sampel doping yang dikumpul serta menyediakan kemudahan pengecasan tanpa wayar dan pelarasan cahaya pintar.

Dengan hanya kurang daripada sebulan berbaki sebelum menjelangnya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, keterujaan Beijing sarat dengan harapan. China berharap penganjuran Sukan ini akan dapat membantu negara ini mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi sukan musim sejuk yang baharu dan membawa 300 juta orang ke dalam bidang sukan musim sejuk.

Dengar pertaruhan kepentingan yang begitu tinggi, ketua CMG melemparkan senyuman yang penuh keyakinan. "CMG sentiasa menganggap perkara ini sebagai misinya untuk mempromosikan, melapor dan menyiarkan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing," kata Shen. "Ini merupakan kewajipan dan tanggungjawab kami," tambah beliau.

https://news.cgtn.com/news/2022-01-06/CMG-unveils-5G-livestreaming-studio-on-high-speed-trains-16AX8gQu7S0/index.html

Source: CGTN
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Telecommunications Transportation