omniture

XCMG Lancar Stesen E-Dagang Jalan Sutera Pertama, XCMG-PNG, Tawar Pembelian Peralatan Sehenti di Kawasan Pasifik Selatan

XCMG
2022-01-12 08:34 113

XUZHOU, China, 12 Januari 2022 /PRNewswire/ -- XCMG Papua New Guinea (XCMG-PNG), Stesen E-Dagang Jalan Sutera pertama oleh XCMG (SZ:000425), beroperasi secara rasmi untuk memberikan pengalaman perkhidmatan sehenti kepada pelanggan dan pengguna jentera pembinaan di Pasifik Selatan dan kawasan-kawasan sekitar dengan Papua New Guinea sebagai pusatnya demi menjamin perkhidmatan tersuai dan setempat yang lebih lancar dan lebih profesional. Pesanan yang dibuat di XCMG-PNG dapat memanfaatkan perisytiharan kastam langsung oleh XCMG.

XCMG Lancar Stesen E-Dagang Jalan Sutera Pertama, XCMG-PNG, Tawar Pembelian Peralatan Sehenti di Kawasan Pasifik Selatan
XCMG Lancar Stesen E-Dagang Jalan Sutera Pertama, XCMG-PNG, Tawar Pembelian Peralatan Sehenti di Kawasan Pasifik Selatan

XCMG melancarkan strategi pembangunan E-Dagang Jalan Suteranya pada 27 Disember 2021 yang merancang untuk membuka laman sesawang e-dagang setempat di 10 negara dalam tempoh lima tahun akan datang, termasuk Papua New Guinea, Indonesia dan Rusia bagi memenuhi kehendak pelanggan tempatan. Stesen-stesen ini akan memanfaatkan sumber saluran luar negara XCMG sepenuhnya bagi membina kluster stesen tempatan dengan platform e-dagang rentas sempadan sebagai terasnya.

"Kami akan mempromosikan pembinaan platform rantaian bekalan rentas sempadan dengan aktif bagi memperkenalkan model perdagangan asing baharu yang mengintegrasikan 'platform e-dagang rentas sempadan, platform perkhidmatan bersepadu perdagangan asing dan gudang luar negara awam,' menawarkan penyelesaian proses menyeluruh kepada pembeli mahupun penjual bagi merealisasikan penyetempatan bahasa, pemasaran, mata wang, logistik dan perkhidmatan agar menjadi lebih baik selaras dengan keperluan pelanggan," kata Zhang Yanmei, Pengurus Besar XCMG E-Commerce.

Ketika ini, XCMG-PNG membawa 7,121 unit produk peralatan secara dalam talian termasuk 18 kategori tahap pertama dan 241 kategori yang dipecahkan.

Stesen-stesen E-dagang Jalan Sutera akan memberikan pemerkasaan selanjutnya bukan sahaja XCMG, tetapi semua jenama Cina untuk mendepani pasaran antarabangsa. Setakat ini, jualan proprietari bagi XCMG E-Commerce mencecah lebih 1.8 bilion yuan (US$282 juta), menawarkan perkhidmatan kepada 18 industri tahap-1 dan 1.5 juta pelanggan industri. Platform e-dagang rentas sempadan meliputi 219 negara dan wilayah dari segi pertanyaan, dengan produk dieksport ke 140 negara dan wilayah.

"Kami telah mewujudkan dua kluster e-dagang untuk pasaran domestik dan luar negara, membentuk matriks '4+11' yang terdiri daripada empat platform perkhidmatan perdagangan mekanikal dan elektrik bersepadu – Tlang, Machmall, platform e-dagang terpakai XCMG dan platform e-dagang alat ganti Gongbing Cloud serta 11 platform e-dagang vertikal untuk produk profesional XCMG," kata Zhang.

XCMG menjalankan perniagaan eksport 9710 dan 9810 B2B di platform e-dagang rentas sempadannya dan telah menubuhkan enam gudang luar negara awam di India, Kenya, Filipina, Turki, A.S. dan Rusia bagi memberi sokongan padu untuk pesanan perdagangan asing yang berpecah-pecah.

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Banking/Financial Service Construction/Building Transportation New products/services