omniture

SHAREit pamerkan momentum kukuh dan kongsi pentas bersama aplikasi terunggul di Asia Tenggara

SHAREit Group
2022-01-17 07:29 110

Tersenarai sebagai syarikat aplikasi ke-4 paling banyak dimuat turun di Indonesia dan tampil antara 10 aplikasi terunggul dengan pengguna aktif bulanan tertinggi di Filipina, dalam laporan Keadaan Mudah Alih 2022 App Annie 

SINGAPURA, 17 Januari 2022 /PRNewswire/ -- SHAREit Group, sebuah syarikat teknologi global, hari ini mengumumkan bahawa aplikasi perkongsian fail dan penstriman kandungannya, SHAREit, telah mendapat perhatian untuk prestasinya yang mantap di Asia Tenggara dalam laporan State of the Mobile 2022 App Annie. SHAREit telah tersenarai sebagai syarikat Aplikasi Terunggul ke-4 berdasarkan muat turun di Indonesia selepas ByteDance, Meta dan Google serta tampil dalam kalangan 10 aplikasi terunggul di Filipina mengikut pengguna aktif bulanan dengan pengusaha popular termasuk Netflix, Lazada dan Instagram.

Senarai kedudukan ini menekankan dan mengukuhkan lagi populariti serta kepercayaan yang dinikmati oleh aplikasi ini dalam dua pasaran yang paling menonjol di Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.

"Asia Tenggara telah menerajui sebagai ekonomi pengguna pertama mudah alih. Rantau ini menambah 40 juta pengguna internet baharu semasa pandemik, menyaksikan lonjakan yang besar daripada bukan metro menurut laporan. Terdapat peningkatan ketara dari segi masa yang diluangkan pada mudah alih, muat turun aplikasi dan pembelian dalam aplikasi. Kami mengaitkan pertumbuhan dan populariti kami yang konsisten ini bukan sahaja terhadap faktor-faktor ini, tetapi juga kuasa hebahan lisan memandangkan semakin ramai orang menggunakan SHAREit untuk menemui dan berkongsi," kata Karam Malhotra, Rakan Kongsi dan Naib Presiden Global SHAREit Group. "Kami berasa teruja untuk memulakan tahun 2022 dengan berkongsi pentas bersama beberapa syarikat global yang terkemuka dalam industri teknologi."

Sebagai bahagian "sistem paip" asas dalam infrastruktur digital SEA, SHAREit turut mengalakkan rangkuman digital dan kewangan di rantau ini dan menghubungkan jenama-jenama termasuk penggiat e-dagang hinggalah pengguna terabai serta bank digital kepada mereka yang tidak mendapat perkhidmatan bank.

SHAREit, melalui keupayaan luar taliannya, telah menjadikan kandungan digital lebih mudah diakses dengan mengupayakan pengguna untuk berkongsi sebarang jenis fail seperti muzik, imej dan video bersama rakan mereka. Sebagai salah satu rakan kongsi saluran aplikasi yang pertama Google Play, ia memastikan pemindahan aplikasi yang selamat dengan Perkongsian Aplikasi Luar Talian Rakan-ke-Rakan.

Dengan keperluan data mudah alih pengguna yang semakin meningkat, ciri-ciri produk yang terus berkembang dan keupayaan pengkomersialan yang meningkat dengan pesat, SHAREit berkedudukan baik untuk memanfaatkan keperluan pengguna mahupun pengiklannya dan mengukuhkan lagi kedudukan kepimpinan mereka di seluruh Asia Tenggara.

Latar Belakang SHAREit Group 

SHAREit Group ialah sebuah syarikat teknologi bertaraf global yang telah membangunkan rangkaian aplikasi yang pelbagai yang dipasang oleh hampir 2.4 bilion pengguna di seluruh dunia termasuk aplikasi teras SHAREit. Ini bermula daripada alat yang popular dalam bidang utiliti hinggalah aplikasi kandungan hiburan digital. Jaringan perniagaan SHAREit Group mencecah lebih 150 negara dalam 45 bahasa yang berbeza. SHAREit bertujuan untuk membantu jenama-jenama mencapai matlamat perniagaan mereka dan membantu pengguna mengakses kandungan digital yang lancar dengan kualiti setinggi mungkin.

Source: SHAREit Group
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Social Media Telecommunications