omniture

GWM Cipta Rekod Baharu pada 2021 dengan Pertumbuhan Jualan 15%

GWM
2022-01-17 07:35 107

BAODING, China, 17 Januari 2022 /PRNewswire/ -- GWM mengeluarkan data jualan terkini pada 6 Januari bahawa syarikat ini mencatatkan sejumlah hampir 1.3 juta kenderaan pada tahun 2021, meningkat 15.2% berbanding tahun sebelumnya yang menunjukkan rekod baharu bahawa jualannya telah mencapai lebih daripada satu juta unit selama enam tahun berturut-turut.

Di bawah keadaan pandemik global yang mencabar ini, GWM masih menyaksikan pertumbuhan jualan yang melonjak. Data rasmi menunjukkan bahawa pada bulan Disember yang terkini, sebanyak 162,369 kenderaan baharu telah dijual, satu peningkatan sebanyak 32.5% berbanding bulan sebelumnya.

Cipta Rekod Baharu pada 2021 dengan Pertumbuhan Jualan 15.2%
Cipta Rekod Baharu pada 2021 dengan Pertumbuhan Jualan 15.2%

Sebagai jenama tunggal, HAVAL masih merupakan penjual terunggul GWM pada tahun 2021, dengan jualan tahunan mencecah lebih daripada 770,000 unit dan jualan global kumulatif sebanyak lebih daripada 7 juta unit.

HAVAL JOLION yang mengikuti perkembangan terbaharu, HAVAL H6 HEV yang amat pintar dan banyak model baharu yang lain menarik minat pengguna di seluruh dunia, lalu menjadi model yang terkenal dalam segmen SUV. Statistik menunjukkan bahawa HAVAL H6 HEV meraih kedudukan dua teratas dalam pasaran SUV kelas-C Thai selama lima bulan berturut-turut.

Pikap GWM turut menunjukkan prestasi yang baik, terjual sebanyak sejumlah 233,006 unit, penyumbang utama kepada apa yang telah menjadi penyebaran untuk pikap GWM di lebih daripada 50 negara dan wilayah termasuk Australia, Chile, Afrika Selatan dan Mesir. GWM POER dan WINGLE menjadi pemacu bersama untuk jualan pikap GWM, menghasilkan jumlah jualan global kumulatif sebanyak 2 juta unit.

Sebagai pikap pintar dan selamat generasi baharu di dunia, GWM POER dianugerahkan penilaian keselamatan lima-bintang A-NCAP paling ketat yang terkini di Australia yang menunjukkan penanda aras baharu dalam seluruh industri ini. Pencapaian ini membuatkan GWM POER menjadi "salah satu daripada tiga jenama pikap selamat terunggul di Australia."

Khususnya, dari segi prestasi kenderaan, GWM POER membawakan daya seret 3.5T dengan prestasi luar jalan yang mantap. Dengan mengambil kira ciri-ciri utiliti dan hiburan, ia menjadi kegemaran dalam kalangan pengguna, menampung pelbagai senario penggunaan seperti memancing dan berkhemah. Dalam seleksi model tahunan yang dianjurkan oleh Autocar, GWM POER telah dianugerahkan "Model Terbaik Tahunan."

Dengan popularisasi kenderaan elektrik, dalam gelombang ini GWM telah membangunkan beberapa laluan tenaga baharu termasuk teknologi hibrid dan elektrik sepenuhnya serta melancarkan pelbagai model tenaga baharu sepanjang tahun-tahun perancangan awal penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Pada tahun 2021, GWM melancarkan HAVAL H6 HEV, HAVAL JOLION HEV, ORA GOODCAT dan WEY Mocha PHEV dalam pasaran luar negara, yang menunjukkan kehadirannya dalam pasaran kenderaan tenaga baharu antarabangsa bagi pihak jenama-jenama Cina. Menurut statistik, GWM menjual 136,953 kenderaan tenaga baharu, lalu menyumbang sebanyak 10.7% kepada jualan keseluruhannya.

Seeking Alpha, laman sesawang dengan kandungan bersumberkan khalayak untuk perkhidmatan kewangan, menunjukkan bahawa dalam senarai kedudukan jualan pengeluar kenderaan elektrik global, GWM menduduki tempat ke-13 dengan bahagian pasaran mencecah 2.1%

Berdasarkan kepada prestasi jualan cemerlang sedemikian, pada tahun 2022, HAVAL, ORA, TANK GWM dan jenama-jenama lain akan terus melancarkan produk yang menampilkan gaya berbeza untuk terus memastikan momentum pertumbuhan jualan.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Sales reports