omniture

Pemimpin cemerlang R&D Pharma, Sauri Gudlavalleti menyertai Sai Life Sciences sebagai Ketua Pegawai Operasi

Sai Life Sciences
2022-01-20 19:38 13

HYDERABAD, India, 20 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Sai Life Sciences, sebuah Organisasi Penyelidikan, Pembangunan & Pembuatan Kontrak (CRO-CDMO) global terkemuka, hari ini mengumumkan pelantikan Sauri Gudlavalleti sebagai Ketua Pegawai Operasinya. Sauri akan melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan, Krishna Kanumuri dan memacu pertumbuhan syarikat sebagai organisasi berasaskan sains generasi baharu.

Sauri_Gudlavalleti
Sauri_Gudlavalleti

Dalam pengumuman tersebut, Krishna Kanumuri berkata, "Saya amat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan Sauri ke Sai Life Sciences! Beliau membawa bersama pendekatan sistem dipacu data yang kukuh yang digabungkan dengan minda inovasi dan tumpuan pelanggan. Saya yakin bahawa pendekatan ini akan membantu kami meningkatkan Sai Life Sciences pada skala yang lebih besar, dengan sains, kepantasan dan kecekapan operasi yang berkualiti tinggi sebagai kunci kepada pertumbuhan kami."

Sauri menyertai Sai Life Sciences daripada Dr. Reddy's Laboratories yang menyaksikan beliau sebagai ketua Pengurusan Portfolio dan R&D Global untuk API & Formulasi molekul halus yang merangkumi portfolio & strategi, pembangunan, pemindahan teknologi, kerjasama dalam CRO/CDMO, IP, hal ehwal kawal selia dan klinikal. Sepanjang tempoh 7 tahun beliau di syarikat tersebut, beliau mengetuai peningkatan aliran R&D yang berlipat kali ganda, dengan usaha globalisasi R&D yang ketara serta dorongan terhadap pasaran baru muncul yang berkembang pesat dan membawakan transformasi R&D rintis melalui data dan analisis. Baru-baru ini, Sauri mengetuai pembangunan, kelulusan dan pelancaran portfolio covid syarikat tersebut dengan kerjasama para penginovasi farmaseutikal besar di seluruh dunia dalam masa yang singkat.

Sebelum Dr. Reddy's, Sauri berkhidmat di McKinsey & Co. selama enam tahun dan berjaya menghasilkan beberapa penglibatan pelanggan yang fokus terhadap transformasi operasi merangkumi pembangunan produk, penyampaian perkhidmatan dan operasi pembuatan. Sebelum itu, beliau berkhidmat selama 9 tahun di AS dan mengusahakan teknologi canggih di MIT, GE dan Qualcomm. Beliau memiliki 9 paten AS dan telah diterbitkan di dalam pelbagai jurnal kajian semula setara serta persidangan. Sauri memiliki ijazah B.Tech dari IIT Madras, MS dari MIT dan MBA dari IIM Ahmedabad.

Mengulas tentang pelantikannya, Sauri Gudlavalleti, Ketua Pegawai Operasi berkata, "Saya gembira dapat menyertai Sai Life Sciences pada saat perjalanannya yang begitu menarik. Melalui semua interaksi saya dengan pelbagai pemimpin syarikat ini, saya dapat merasakan keterujaan yang tinggi dan komitmen yang kuat untuk membina sebuah syarikat saintifik berkualiti tinggi yang menghidupkan sains buat para pelanggannya. Ini selari dengan visi peribadi saya sendiri untuk mengubah Pharma R&D dengan teknologi, data dan analisis yang inovatif." 

Sejak beberapa tahun yang lalu, syarikat ini telah melalui fasa transformasi yang sengit sebagai sebahagian daripada inisiatif Sai Nxt . Sepanjang tempoh ini, ia telah berkembang ke lokasi geografi baharu, melabur dalam kapasiti dan operasinya dengan nilai melebihi AS$100 juta, meningkatkan tenaga kerjanya di seluruh lokasi, menyatukan operasi penyelidikan dari Pune ke Hyderabad dan banyak lagi. Hasil daripada usaha yang dijalankan ini, perkembangan trajektori di seluruh perniagaan Penyelidikan dan CMC syarikat ini menunjukkan peningkatan yang luar biasa dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Tentang Sai Life Sciences 

Sai Life Sciences ialah sebuah CRO-CDMO perkhidmatan penuh yang bekerjasama dengan syarikat farmaseutikal dan bioteknologi inovator di seluruh dunia untuk mempercepat penemuan, pembangunan dan pengkomersialan molekul kecil yang kompleks. Syarikat ini mempunyai lebih 2,200 orang pekerja di seluruh kemudahannya di India, UK dan AS. Sai Life Sciences dimiliki secara persendirian dan dibiayai oleh pelabur global, TPG Capital dan HBM Healthcare Investments. https://www.sailife.com

Imej: https://mma.prnasia.com/media2/1729548/Sauri_Gudlavalleti.jpg?p=medium600   
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044186/Sai_Life_Sciences_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Sai Life Sciences
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Personnel announcements