omniture

STL bersedia untuk pertumbuhan; mengisytiharkan kejayaan yang kukuh dalam pasaran baharu dan mempercepat pelaburan dalam 5G

Sterlite Technologies Ltd. (STL)
2022-01-20 19:50 12

- Menubuhkan pangkalan baharu untuk perniagaan optik di AS dengan pesanan bernilai kira-kira Rs 3 bilion

Mewujudkan aliran pendapatan baharu Optical Interconnect dengan pesanan bernilai kira-kira Rs 7 bilion

MUMBAI, India, 20 Januari 2022 /PRNewswire/ -- STL (NSE: STLTECH), sebuah penyepadu rangkaian digital yang terkemuka dalam industri, mengumumkan penyata kewangannya untuk suku tahun yang berakhir pada 31 Disember 2021. Dengan strategi pengembangan globalnya yang tertumpu, STL telah mencapai tempahan pesanan yang kukuh bernilai Rs 117 bilion dan mencatatkan pendapatan sebanyak Rs 13.6 bilion.

5G_Portfolio
5G_Portfolio

Sepanjang beberapa suku tahun yang lalu, STL melakukan beberapa pertaruhan berani untuk memacu pertumbuhan agresif dalam penciptaan rangkaian dekad ini. Syarikat ini mengesahkan bahawa kebanyakan pelaburan strategiknya telah bertukar menjadi pendapatan berskala besar dan teknologi baharu telah tersedia untuk dipasarkan. Pada titik penting dalam perjalanannya ke arah kebolehskalaan ini, STL melantik para pembangun perniagaan global sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk perniagaan Optik, Tanpa Wayar, Perkhidmatan dan Perisiannya. STL turut menetapkan hala tujunya untuk menjadi sebuah syarikat Pelepasan Sifar Bersih Karbon menjelang tahun 2030 dan melancarkan tawaran 5G bersepadu untuk memenuhi permintaan seluruh dunia.

Pelaburan strategik berubah menjadi penjanaan pendapatan: 

  • Optical Interconnect menghasilkan pendapatan yang besar - STL mencapai kemajuan yang hebat dalam barisan produk baharu Optical Interconnect ini yang memenangi kontrak berbilang tahun di seluruh Eropah dengan nilai kumulatif melebihi kira-kira Rs 7 bilion. Syarikat ini juga memperluas kehadirannya di AS dengan produk optik sedia 5G dan berjaya memperoleh pesanan baharu bernilai kira-kira Rs 3 bilion
  • Penyepaduan Sistem meningkat di UK -  Syarikat ini juga telah mengambil beberapa langkah dalam perniagaan Penyepaduannya apabila ia meningkatkan pangkalan bakatnya di UK kepada lebih 150 orang pekerja dan 20 rakan kongsi strategik. Langkah ini meningkatkan keupayaan penggunaan yang tinggi bagi gentian STL di UK
  • Pasaran baharu memberikan daya tarikan yang lebih besar - Dengan strategi pengembangan globalnya, STL mengembangkan perniagaannya dalam pasaran tumpuannya dengan hampir 41% datang dari Eropah dan Timur Tengah dan hampir 12% dari Amerika

Penerokaan teknologi baharu sedia untuk ditingkatkan: 

  • Portfolio 5G menjadi sedia dipasarkan - Penyelesaian tanpa wayar 5G yang membuka sasaran pasaran boleh ditangani bernilai $5 bilion kepada syarikat ini, telah mencapai kemajuan yang ketara pada suku tahun ini untuk menghampiri pencapaian penjanaan pendapatan. Suku tahun ini menyaksikan syarikat tersebut mengumumkan Ketersediaan Umum bagi sel kecil Dalamannya (Garuda) dan tawaran FTTx yang boleh diprogramkan. STL turut memenangi pesanan permulaan untuk sel kecil dalamannya daripada ASOCS dan meningkatkan bakat kejuruteraan radionya kepada lebih 300 orang

Sejak beberapa suku tahun yang lalu, STL telah berubah ke arah model penyelesaian bersepadu. Strategi ini kini menunjukkan hasil apabila syarikat mencatatkan pesanan bersepadu dengan penyelesaian optik dan penggunaan dengan syarikat utama di seluruh UK dan India. Sambil melaksanakan tonggak strategik ini, STL terus membangunkan harta intelek di pelbagai perniagaan. Syarikat tersebut telah memfailkan 41 paten baharu pada suku tahun ini, yang menjadikan paten globalnya berjumlah 678.

Pencapaian kewangan utama S3 Tahun Kewangan 2022 (Rs Bn.) 

  • Tempahan Pesanan: 117
  • Pendapatan: 13.6
  • EBITDA: (0.35)
  • PAT: (1.37)

Teruja dengan penciptaan rangkaian dekad ini, Ankit Agarwal, Pengarah Urusan STL berkata, "Dengan beberapa perubahan strategik asas, STL sedang berkembang pesat ke arah matlamatnya dalam membangunkan rangkaian digital yang tersedia untuk masa depan di seluruh dunia. Kami telah menyatukan kepemimpinan yang berwawasan dan berwibawa serta kepakaran teknologi yang mendalam di seluruh rangkaian optik dan tanpa wayar. Kami yakin bahawa kami akan memberikan penyelesaian yang paling maju dalam masa terdekat dalam bidang 5G, FTTx dan ketersambungan luar bandar serta mengubah kehidupan berbilion-bilion manusia melalui rangkaian digital."

Tentang STL 

STL ialah sebuah penyepadu rangkaian digital terkemuka dalam industri yang membantu syarikat telekomunikasi, syarikat awan, rangkaian warga dan syarikat perusahaan besar menyampaikan pengalaman yang dipertingkat kepada para pelanggan mereka.

Baca lebih lanjut , Hubungi kami.

stl.tech  |Twitter | LinkedIn | YouTube

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1729613/5G_Portfolio.jpg?p=medium600 
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/876464/Sterlite_Technologies_STL_New_Logo?p=medium600 

Source: Sterlite Technologies Ltd. (STL)
Related Stocks:
Bombay:532374 Bombay:STLTECH.BO India:EQSTLTECH India:STLTECH India:STLTECH.NS
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Accounting news, issues Earnings