omniture

MAYBELLINE NEW YORK MEMPERKENALKAN PROGRAM KESEDARAN BERSAMA-SAMA

Maybelline
2022-01-20 21:48 47

JENAMA INI MENETAPKAN MATLAMAT JANGKA PANJANG TAHUN 2030 UNTUK MENGURANGKAN KESANNYA TERHADAP PLANET DAN KOMITED BAGI MENYOKONG PEMBANGUNAN TEKNOLOGI KITAR SEMULA ALAT SOLEKAN 

NEW YORK, 20 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Maybelline New York, jenama kosmetik terkemuka di dunia, memperkenalkan program kelestariannya, Kesedaran Bersama-sama, yang bertujuan untuk mewujudkan model perniagaan yang lebih bertanggungjawab terhadap jenama ini dengan mengubah proses, inovasi dan pemikiran untuk mengurangkan kesannya kepada planet ini.

Maybelline New York
Maybelline New York

Program Kesedaran Bersama-sama ini terdiri daripada satu set matlamat yang bercita-cita tinggi yang ingin dicapai oleh Maybelline menjelang tahun 2030. 

  1. Pembungkusan Sedar: Semua pembungkusan plastik Maybelline akan diperbuat daripada 100% plastik kitar semula.
  2. Pelupusan Sedar: Maybelline akan melabur untuk membantu membangunkan teknologi kitar semula alat solekan, melalui kerjasama dengan perunding kelestarian global South Pole.
  3. Pengeluaran Sedar: Menjelang tahun 2025, kami akan mencapai peneutralan karbon di semua tapak dengan meningkatkan kecekapan tenaga dan menggunakan 100% tenaga boleh baharu. Menjelang tahun 2030, kami akan mengurangkan pelepasan karbon daripada kitaran hayat lengkap produk kami sebanyak 50%*
  4. Formula Sedar: 95% bahan-bahan akan berasaskan bio, diperoleh daripada mineral yang banyak terdapat atau proses kitaran.

"Kami semua di Maybelline ingin membuat kemajuan dan memberi inspirasi kepada industri untuk membuat kemajuan," kata Trisha Ayyagari, Presiden Jenama Global Maybelline New York. "Kami melihat bidang utama di mana Maybelline boleh memberi kesan terhadap alam sekitar yang positif dan menetapkan matlamat yang bercita-cita tinggi yang akan memacu tindakan kami sehingga tahun 2030. Kami menyedari bahawa masih banyak yang perlu dilakukan dan kami komited terhadap tindakan kukuh yang akan membantu kami mempercepat transformasi lestari kami."

Jenama ini telah mengambil beberapa tindakan utama untuk mencapai matlamatnya:

  • Bagi pembungkusan, Maybelline telah menggantikan 600 tan plastik tulen dengan plastik kitar semula sejak tahun 2018.
  • Di peringkat pelupusan, jenama tersebut memperkenalkan program pengambilan semula alat solekdalam kedai di beberapa buah negara, untuk membantu mengelakkan alat solek dilupuskan di tapak pelupusan sampah. Melalui program-program ini, para pengguna boleh membawa semula mana-mana produk daripada mana-mana jenama untuk dikitar semula, membolehkan pembungkusan mencari kehidupan baharu selepas penggunaan pertama mereka.
  • Di peringkat pengeluaran, 73% daripada kemudahan pengeluaran milik Maybelline telah mengamalkan neutral karbon*.
  • Berkaitan formula, jenama tersebut telah mengumumkan pelancaran barisan alat solek berprestasi tinggi pertamanya yang komited untuk menuju dunia yang lebih baik, rangkaian Edisi Hijau Maybelline. Setiap produk dalam barisan alat solek Edisi Hijau ini mengandungi sekurang-kurangnya 70% bahan asal semula jadi**, serta formula yang bersih*** dan berasaskan tumbuh-tumbuhan****.
    • Edisi Hijau merupakan rangkaian alat solek pertama yang diperakui oleh Program Produk yang Diperakui oleh Cradle to Cradle*****®, salah satu langkah paling maju dalam kelestarian produk di dunia. Cradle to Cradle Certified® menilai produk untuk prestasi alam sekitar dan sosial termasuk semua aspek reka bentuk dan pembuatan produk.

*Kami telah mencapai peneutralan karbon untuk pelepasan skop 1 dan 2 yang merangkumi 8 buah kemudahan pembuatan, mewakili 79% daripada keseluruhan pengeluaran Maybelline dan 58% daripada jumlah pengeluaran pada tahun 2020. 

** Maybelline menganggap bahan yang digunakan sebagai asli secara semula jadi jika ia tidak berubah daripada keadaan semula jadi atau telah melalui pemprosesan namun masih mengekalkan lebih daripada 50% struktur molekulnya daripada sumber semula jadi yang asli. 

*** Formula bersih bermakna kami memilih untuk merumuskan produk ini tanpa bahan tertentu seperti paraben dan minyak mineral serta bahan lain yang disertakan dalam senarai yang cuba dielakkan oleh sesetengah pengguna. Sila layari laman web kami di  www.maybelline.com  untuk mengetahui lebih lanjut. 

****Formula yang berasaskan tumbuh-tumbuhan, yang bermaksud ia tidak mempunyai bahan-bahan yang diperoleh daripada haiwan. 

***** Cradle to Cradle merupakan salah satu langkah yang paling maju dalam kelestarian produk di dunia.  Cradle to Cradle Certified ® menilai produk untuk prestasi alam sekitar dan sosial (termasuk semua aspek reka bentuk dan pembuatan produk) merentas lima kategori .

  • Kesihatan Bahan 
  • Kitaran Produk 
  • Perlindungan Udara Bersih & Iklim 
  • Pengawasan Air & Tanah 
  • Keadilan Sosial 

Sila hubungi:
Francia Cooper, francia.cooper@maybelline.com
Julie Delazyn, julie.delazyn@loreal.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1729326/Maybelline_New_York_Conscious_Together.jpg?p=medium600  

 

Source: Maybelline
Keywords: Cosmetics & Personal Care Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Retail Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility