omniture

Hasil mata wang malar LTI meningkat sebanyak 9.2% Suku Tahunan ke Suku Tahunan dan 30.1% Tahun ke Tahun; Keuntungan bersih meningkat sebanyak 18.0% Tahun ke Tahun

LTI
2022-01-21 21:04 218

MUMBAI, India, 21 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Larsen & Toubro Infotech (BSE 540005) (NSE: LTI), sebuah syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global mengumumkan hasil Suku Tahunan Ketiga bagi Tahun Kewangan 2022 pada hari ini.

Dalam Dolar AS:

  • Hasil berjumlah USD553.0 juta; pertumbuhan pada kadar 8.7% QoQ (Suku Tahunan ke Suku Tahunan) dan 29.3% YoY (Tahun ke Tahun)
  • Pertumbuhan Hasil Mata Wang Malar pada kadar 9.2% Suku Tahunan ke Suku Tahunan dan 30.1% Tahun ke Tahun

Dalam Rupee India: 

  • Hasil berjumlah INR41,376 juta; pertumbuhan pada kadar 9.8% Suku Tahunan ke Suku Tahunan dan 31.2% Tahun ke Tahun
  • Pendapatan Bersih berjumlah INR6,125 juta; pertumbuhan sebanyak 11.0% Suku Tahunan ke Suku Tahunan dan18.0% Tahun ke Tahun

"Kami dengan sukacitanya melaporkan pertumbuhan hasil sebanyak 9.2% Suku Tahunan ke Suku Tahunan dalam bentuk mata wang malar. Ini merupakan pertumbuhan suku tahunan berturut-turut yang terbaik sejak penyenaraian syarikat. Momentum hasil kami yang berterusan menetapkan kami ke arah mencapai pertumbuhan tahun ke tahun tertinggi sebagai sebuah syarikat tersenarai awam. Kami meneruskan perbincangan yang hebat dengan para pelanggan kami tentang perjalanan transformasi digital mereka."
- Sanjay Jalona, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan

Urus Niaga yang Diperoleh Baru-baru Ini 

  • Dipilih oleh salah satu amalan penjagaan veterinar global terbesar dan rangkaian klinik haiwan di Amerika Utara, sebuah logo baharu, untuk perjanjian perkhidmatan terurus yang melibatkan keselamatan siber dan pemodenan infrastruktur IT termasuk migrasi ke awan bagi memperoleh kecekapan operasi dan mengubah pengurusan serta sokongan klinik
  • Dilantik oleh sebuah syarikat farmaseutikal multinasional Global Fortune 500 untuk memodenkan dan menyokong platform datanya bagi memastikan kepantasan dan ketersediaan data masa nyata, kebolehskalaan untuk pengembangan masa depan serta kos yang dioptimumkan
  • Dipilih oleh sebuah syarikat Global Fortune 500 yang juga peneraju dunia dalam bidang kecantikan dan kosmetik untuk melaksanakan pelan Transformasi Sumber Manusianya. Berdasarkan teknologi Snowflake, urus niaga tersebut bertujuan untuk menambah keupayaan Analisis Sumber Manusia generasi seterusnya, kedai sehenti untuk data, akses masa nyata dan penyelesaian mesra mudah alih
  • Dilantik oleh sebuah syarikat tenaga Global Fortune 500 untuk menyediakan 'Pengurusan Data sebagai Perkhidmatan' bagi Platform Subpermukaan mereka untuk memastikan operasi yang cekap dan lancar dalam persekitaran berasaskan awan yang selamat
  • Dipilih oleh sebuah syarikat utiliti di Amerika Utara untuk transformasi awan bagi keseluruhan data, infrastruktur, keselamatan dan sistem ERP untuk membina infrastruktur IT yang berdaya tahan dan boleh ditingkatkan
  • Peneraju dunia dalam penyelesaian semikonduktor bekerjasama dengan LTI untuk melancarkan SAP S/4HANA di salah satu tapak pembuatan terbesar mereka untuk mengoptimumkan prestasi perniagaan dan meningkatkan ketangkasan perniagaan
  • Sebuah firma perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di Amerika Utara telah memilih LTI untuk membina fungsi yang diperlukan dalam menyepadu, menyokong dan memindahkan sistem penyimpanan rekod ke platform Unitrax. Ini akan memastikan usaha pengedaran, sokongan dan operasi mereka diperkemas ke dalam satu platform serta akan menambah baik masa ke pasaran bagi pelancaran produk baharu
  • Dilantik oleh syarikat pembawa insurans untuk menyediakan sistem teras dan mereka bentuk, membangunkan dan menyokong platform digital yang membolehkan penyepaduan aplikasi dengan sistem luaran dan dalaman
  • Dilantik oleh sebuah bank global yang beribu pejabat di Eropah untuk transformasi digital bagi fungsi pemprosesan pembayaran syarikat tersebut di 12 buah negara daripada sistem lama, yang memastikan kebolehskalaan, keupayaan untuk memproses volum yang lebih tinggi, serta perkemasan dan penyeragaman
  • LTI memodenkan platform ERP dan menubuhkan platform e-dagang terpusat dan berpiawai untuk sebuah syarikat pengeluar alat kawalan aliran kritikal misi global dan kini dipilih untuk menguruskan aplikasi bagi memacu peningkatan pengalaman pelanggan serta pertumbuhan hasil
  • Sebuah bank besar di Namibia telah melantik LTI sebagai rakan kongsinya dalam perjalanan transformasi digital. LTI akan merombak lapisan penyepaduan ini dengan perkhidmatan mikro yang membolehkan bank tersebut menjadi peneraju digital sedia awan dalam lokasi pilihannya di Afrika
  • Dipilih untuk bekerjasama dengan salah sebuah bank terbesar di Timur Tengah untuk transformasi pengurusan kekayaannya menggunakan Rangkaian Pengurusan Kekayaan Temenos yang memastikan amalan terbaik dan cekap dengan sokongan yang tepat serta model berskala untuk pengembangan masa hadapan

Anugerah dan Pengiktirafan 

  • ISG ™ Provider Lens: Perniagaan Digital — Penyelesaian dan Rakan Kongsi Perkhidmatan 2021
    • LTI Dinobatkan sebagai Peneraju dalam Perkhidmatan Perundingan Perniagaan Digital – AS
    • LTI Dinobatkan sebagai Peneraju dalam Perkhidmatan Pengalaman Perniagaan Digital – AS
  • LTI Diiktiraf sebagai Peneraju dalam Penilaian Temenos IT Services PEAK Matrix® 2022 Everest Group
  • LTI Dinobatkan sebagai Peneraju Utama dalam Penilaian Vendor Perkhidmatan Berbilang Awan Seluruh Dunia IDC MarketScape 2021
  • LTI menduduki tempat ke-5 dalam 10 Perkhidmatan Tenaga Terbaik Tahun 2021 
  • LTI Diiktiraf sebagai Peneraju dalam Penilaian Insurance Platforms IT Services PEAK Matrix 2022 Everest Group
  • LTI diiktiraf dalam Laporan Gartner 'What Distinguishes Successful Service Providers in the Data and Analytics Services Market, Twiggy Lo, 28 October 2021'
  • Fosfor Lumin, produk analitik terimbuh dipacu AI (dahulunya LTI Leni) diiktiraf dalam The Forrester Report : Augmented BI Holds New Promises, But It's Still Early Days, November 2021

Gartner tidak mengesahkan mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu 

Sorotan Perniagaan Lain

  • LTI telah bekerjasama dengan Securonix dan Snowflake untuk memperkukuh tawaran keselamatan sibernya dan mencegah data sensitif daripada ancaman yang semakin meningkat apabila perusahaan berpindah ke awan
  • LTI memenangi Anugerah Rakan Kongsi Terbaik di Red Hat India

Tentang LTI 

LTI (NSE: LTI) ialah sebuah Syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih 475 pelanggan berjaya dalam dunia yang kian menumpu. Dengan operasi di 33 buah negara, kami berusaha keras untuk para pelanggan kami dan mempercepat perjalanan transformasi digital mereka. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai anak syarikat Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia nyata yang tiada tandingan untuk menyelesaikan cabaran perniagaan yang paling kompleks meliputi semua industri. Setiap hari, pasukan kami yang terdiri daripada lebih 40,000 warga LTI membolehkan para pelanggan kami meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi serta memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan para pemegang saham mereka. Dapatkan maklumat lanjut di http://www.Lntinfotech.com atau ikuti kami di @LTI_Global.

Panggilan Persidangan Perolehan dan Siaran Web Audio 

19 Januari 2022 (08:00 PM IST) 

Sila dail nombor di bawah sekurang-kurangnya selama 5-10 minit sebelum jadual persidangan untuk memastikan anda dihubungkan dengan panggilan anda tepat pada masanya.

Nombor Akses Universal 

+91 22 6280 1107

+91 22 7115 8008 

Talian Tol Antarabangsa 

AS  :  13233868721

UK  : 442034785524

Singapura  :  6531575746

Hong Kong  :  85230186877

Main Semula Panggilan Persidangan 

Tersedia selepas 1 jam dari masa persidangan berakhir hingga 24 Januari 2022

Kod Main Semula: 40131

Nombor untuk Didail: India  +91 22 7194 5757

  +91 22 6663 5757

  AS Bebas Tol  18332898317

  UK Bebas Tol  8007563427

  Singapura Bebas Tol  8001012510

  Hong Kong Bebas Tol  800965553

Siaran Web Audio 

Audio daripada panggilan persidangan akan tersedia secara dalam talian melalui siaran web dan boleh diakses pada pautan berikut: https://links.ccwebcast.com/?EventId=LTI20220119 

Klik di sini untuk mendapatkan DiamondPass™ anda 

DiamondPass™ ialah perkhidmatan Premium yang membolehkan anda dihubungkan ke panggilan persidangan tanpa perlu menunggu operator.

Jika anda mempunyai DiamondPass™, klik pautan di atas untuk mengaitkan pin anda dan menerima butiran akses untuk persidangan ini. Jika anda tidak mempunyai DiamondPass™, sila daftar melalui pautan di atas dan anda akan menerima DiamondPass™ anda untuk persidangan ini.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044154/LTI_Logo.jpg?p=medium600  

Source: LTI
Related Stocks:
Bombay:540005 Bombay:LTI.BO India:EQLTI India:LTI India:LTI.NS
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Telecommunications Earnings