omniture

Risen Energy peroleh dua anugerah di Forum Antarabangsa Heterosimpang ke-6

Risen Energy Co., Ltd
2022-01-25 19:35 104

NINGBO, China, 25 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Forum Antarabangsa Kerjasama Pengeluaran Besar-besaran dan Sokongan Rantaian Bekalan Terkemuka Heterosimpang ke-6 melabuhkan tirai dengan jayanya di Wuxi, sebuah bandar di tengah-tengah Delta Sungai Yangtze di China timur. Risen Energy, peneraju global bagi teknologi modul berkuasa tinggi, diundang untuk mengambil bahagian dalam acara ini dan memenangi dua anugerah, termasuk Perintis dalam Industri Sel Heterosimpang 2021 dan Pembekal Modul Sel Heterosimpang Terbaik 2021 atas keupayaan teknologi dan penyepaduan sel jenis-N yang berkecekapan tinggi.

Anugerah tahunan untuk industri sel heterosimpang ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada peneraju industri atas sumbangan penting oleh mereka terhadap inovasi dalam teknologi ini, amalan pengurusan terbaik dan keupayaan pengeluaran besar-besaran. Pada 16 Disember 2021, Risen Energy mengumumkan bahawa siri heterosimpang berkecekapan tingginya telah diperakui oleh TUV SÜD kerana mampu menyampaikan kuasa maksimum 721.016W dan kecekapan modul 23.65%. Ini merupakan kali ketiga dalam tempoh setahun syarikat ini telah mencatatkan rekod dunia baharu dalam sektor heterosimpang. Risen Energy, salah satu pengeluar PV yang pertama meninjau peluang dalam bidang teknologi heterosimpang jenis-N, telah menjadi peneraju dalam memudahkan transformasi teknologi, sekali gus menetapkan penanda aras baharu menerusi teknologi jenis-Nnya yang kompetitif. Anugerah Perintis (Pioneer Award) mengiktiraf keupayaan syarikat ini dalam inovasi.

Di samping itu, Risen Energy bekerjasama erat dengan penyedia huluan dan hiliran bagi membangunkan ekosistem produk heterosimpang dengan matlamat untuk memastikan bekalan modul sel heterosimpang yang berskala besar melalui pengurangan yang signifikan dalam kos pengeluaran sekali gus meningkatkan sentimen pasaran. Setakat penghujung suku ketiga tahun 2021, firma ini telah menghantar lebih daripada 93MW modul heterosimpang, lalu mengukuhkan kedudukan kepimpinannya dalam industri ini. Sebagai sebahagian daripada pelan hala tuju globalisasinya, Risen Energy melancarkan barisan pengeluaran perintis dengan kapasiti tahunan iaitu 500MW di kemudahan Jintannya di Changzhou, sebuah bandar di Wilayah Jiangsu. Setakat ini, output daripada barisan pengeluaran telah dijual kepada pasaran luar negara selain kepada pasaran teragih industri dan komersial Cina.

Pada tahun 2022, Risen Energy merancang untuk mengukuhkan usaha penyelidikan dan pembangunannya sebagai langkah untuk menangani permintaan yang semakin meningkat terhadap tenaga alternatif di dalam dan luar China selain membantu menunaikan janjinya untuk mencapai emisi CO2 puncak menjelang tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060 (turut dikenali sebagai matlamat 30·60) dengan memudahkan pengeluaran sel dan modul heterosimpang yang mesra alam serta kemajuan dalam teknologi berpatutan, berserta pembangunan penyelesaian yang lebih berkesan dan menguntungkan.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards