omniture

CGTN: Bagaimana Tonga bertahan selepas dilanda letusan gunung berapi dan tsunami yang menyusul selepas itu?

CGTN
2022-01-25 21:54 110

BEIJING, 25 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Liu Xin daripada CGTN menghubungi Speaker Dewan Undangan Tonga Lord Fatafehi Fakafanua selepas tercetusnya letusan gunung berapi dan tsunami melanda negara Pulau Pasifik tersebut bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan berkenaan. CGTN merupakan antara outlet media Asia pertama yang dapat menghubungi beliau. Dalam temu bual secara langsung, Liu Xin memfokuskan kepada aspek kemanusiaan dalam krisis berkenaan dan apa yang diperlukan dengan kadar segera untuk mengurangkannya.

 "Gelombang kejut menyelubungi seluruh tubuh badan" 

Fakafanua sedang dalam perjalanan ke New Zealand apabila gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai bawah laut sedang membara. Beliau berada di New Zealand sewaktu ia meletus, maka beliau dapat berkomunikasi dengan seluruh pelosok dunia.

Isteri beliau Krystal, yang berada di Tonga memberitahu beliau bagaimana gelombang kejut menggegarkan seluruh bangunan di tempat mereka tinggal. Ia merupakan perasaan yang berbeza daripada gempa bumi. Gelombang kejut menyelubungi seluruh tubuh badan.

Walaupun sedih dengan kehilangan nyawa – tiga kematian telah disahkan setakat 23 Januari -- Fakafanua memberitahu Liu Xin bahawa pihak berkuasa berasa lega kerana angka kematian tidak lebih tinggi. Beliau turut berkongsi beberapa berita baik. Diharapkan sekolah-sekolah akan dibuka semula tidak lama lagi, berkemungkinan pada 31 Januari.

Perjalanan panjang menuju pemulihan 

Walau bagaimanapun, komunikasi di Tonga masih jauh untuk kembali normal. Biarpun panggilan suara dan pesanan teks dapat dilakukan, perkhidmatan emel terputus-putus.

Ahli politik tersebut merasakan bahawa kerosakan kepada infrastruktur dan kesan daripada abu gunung berapi  dan tsunami mungkin akan dirasai selama bertahun-tahun akan datang.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu sependapat dengan beliau, berkata dalam satu kenyataan pada 21 Januari bahawa hujan abu boleh mendatangkan kesan buruk ke atas tanaman dan ternakan. Sekitar 86 peratus warga Tonga terlibat dalam beberapa bentuk pertanian – sama ada bercucuk tanam atau menternak haiwan ternakan atau menangkap ikan.

COVID kebimbangan utama dalam usaha bantuan

Fakafanua berkata komuniti antarabangsa telah bertindak balas dengan pantas untuk memberi bantuan. Walau bagaimanapun, "Kami memerlukan air, kami memerlukan makanan."

Usaha anti-COVID-19 juga akan menambah kepada kesukaran dalam menerima bantuan luar. Tonga, yang hanya melaporkan satu kes COVID-19 setakat ini, mendapat bantuan asing secara tanpa sentuh bagi memastikan tiada jangkitan baharu. Semua bekalan kemanusiaan antarabangsa dihantar tanpa memerlukan anak kapal berhubung dengan penduduk pulau tersebut. China menyegerakan bantuan tunai dan bekalan kecemasan pada 20 Januari.

The Point with Liu Xin, program rancangan Bual Bicara terkenal CGTN, ialah ulasan selama 30 minit mengenai berita global melalui perspektif unik Liu Xin.

https://news.cgtn.com/news/2022-01-22/How-did-people-in-Tonga-feel-Liu-Xin-spoke-to-its-parliament-speaker-172hqLbzJ2o/index.html

How is Tonga coping after being battered by a volcanic eruption and ensuing tsunami?
How is Tonga coping after being battered by a volcanic eruption and ensuing tsunami?

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Natural Disasters