omniture

EDM Council Menerbitkan Kajian untuk Menguruskan Cabaran Data ESG bagi Penyedia Penarafan dan Pengagregat Data

EDM Council
2022-01-27 21:48 41

NEW YORK, 27 Januari 2022 /PRNewswire/ -- EDM Council, sebuah persatuan perdagangan silang industri untuk pengurusan dan analisis data, telah mengeluarkan penyelidikan terbarunya, "ESG Data Management: Rating Providers and Data Aggregators" – laporan kedua dalam siri penyelidikan data ESG. Kajian ini telah dibangunkan oleh Kumpulan Kerja Data ESG EDM Council yang mengkaji cabaran utama rantaian bekalan data ESG dan menyediakan cadangan untuk RPDA.

RPDA memainkan peranan penting dalam mengumpul dan menganalisis data mentah daripada entiti pelaporan, yang membolehkan firma membangunkan penyelidikan, penarafan, penilaian dan perbandingan prestasi korporat yang berkaitan dengan matlamat dan objektif ESG global yang baru muncul. Produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh RPDA ESG adalah elemen penting dalam ekosistem ESG, tetapi sedang menangani set cabaran pengurusan dan analisis data mereka sendiri.

Walaupun penggunaan produk ESG berbeza-beza, rantaian bekalan data untuk RPDA pada asasnya adalah sama. Laporan ini menggariskan proses penghantaran produk enam langkah RPDA di mana cabaran data ESG kemudiannya dinilai dan diberi keutamaan. Kajian ini seterusnya menggunakan langkah-langkah ini sebagai rangka kerja untuk mengenal pasti sebelas cabaran keutamaan semasa dan kemudian membuat cadangan strategik dan taktikal bagi setiap:

  1. Kerumitan Tetapan Standard
  2. Tadbir Urus Model
  3. Dokumentasi titik data mengikut kepentingan
  4. Keberkesanan Metrik ESG
  5. Jurang Data
  6. Kawalan Versi
  7. Perubahan dan Trend dalam Data Sumber
  8. Data Pihak Ketiga
  9. Senario dan Model
  10. Jaminan Luaran Data ESG
  11. Keperluan Pengurusan Data ESG

"Memandangkan ESG semakin menjadi kebiasaan, begitu juga halnya dengan cabaran pengurusan data yang dihadapi oleh Penyedia Penarafan dan Pengagregat Data. Matlamat kami dengan penyelidikan ESG terkini kami adalah untuk memudahkan rantaian bekalan data ESG dan mewujudkan rangka kerja bersama yang membolehkan entiti ini beroperasi," kata Eric Bigelsen, Ketua Penglibatan Industri EDM Council merangkap Ketua Kumpulan Kerja ESG. "Kami berhasrat untuk membawa lebih kejelasan dan pemahaman kepada sektor yang sedang berkembang ini sambil menunjukkan manfaat ESG dalam memberikan hasil yang lestari."

Laporan Penyedia Penarafan dan Pengagregat Data ESG EDM Council ini merupakan bahagian kedua dalam satu siri kertas penyelidikan yang memperincikan penemuan kajian selama sembilan bulan berkaitan cabaran dan cadangan data ESG. Ia menyusul selepas keluaran laporan Amalan Terbaik Pelaporan Korporat ESG EDM Council pada bulan November 2021.

Melalui kerjasama Kumpulan Kerja ESG, siri penyelidikan menggabungkan input daripada para profesional data di pelbagai industri, para profesional pelaporan kelestarian korporat, pakar subjek ESG dan pemimpin perniagaan lain dalam inisiatif yang melibatkan lebih 80 organisasi yang mengambil bahagian dan lebih 150 orang profesional.

Untuk maklumat lanjut dan memuat turun laporan penuh Pengagregat Data dan Penyedia Penilaian ESG EDM Council, sila layari: https://app.smartsheet.com/b/form/37567c73363a4f839f569bbc88406804

Tentang EDM Council
EDM Council ialah persatuan global yang diwujudkan untuk meningkatkan amalan pengurusan dan analisis data sebagai keutamaan perniagaan dan operasi. EDM Council merupakan penyokong global terkemuka dalam pembangunan dan pelaksanaan standard data, amalan terbaik serta program latihan dan pensijilan yang komprehensif. Dengan 300 ahli dari organisasi di seluruh dunia dari Amerika, EMEA dan Asia serta lebih 10,000 orang profesional pengurusan data sebagai ahli, EDM Council menyediakan tempat kepada profesional data untuk berinteraksi, berkomunikasi dan bekerjasama menghadapi cabaran dan kemajuan dalam pengurusan serta analisis data sebagai fungsi organisasi yang penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari edmcouncil.org serta ikuti kami di LinkedIn dan Twitter

 

Source: EDM Council
Keywords: Computer/Electronics Survey, Polls & Research Data Analytics