omniture

1-800 Contacts Umum Syarikat Baharu yang Memberi Tumpuan kepada Teknologi dan Perkhidmatan Penglihatan B2B

Luna Solutions LLC
2022-01-28 09:00 22

DRAPER, Utah, 28 Januari 2022 /PRNewswire/ -- 1-800 Contacts mengumumkan pembentukan perniagaan kendiri iaitu Luna Solutions yang memberi tumpuan kepada penyediaan teknologi dan perkhidmatan kepada pihak ketiga dalam bidang penglihatan. Syarikat ini menawarkan 20 teknologi dan perkhidmatan bersepadu - yang terdiri daripada platform telekesihatan untuk preskripsi cermin mata dan kanta lekap baharu dan diperbaharui, percubaan pemakaian peralatan mata secara maya, alat pengukuran jarak anak mata secara digital, pengedaran cermin mata dan kanta lekap serta banyak lagi. Rangkaian penyelesaian ini membolehkan peruncit, jenama dan doktor peralatan mata memodenkan pengalaman pelanggan mereka secara dalam talian dan di kedai.

Syarikat gabungan baharu ini akan beroperasi di bawah jenama Luna. Luna bermaksud bulan dalam bahasa Latin dan merujuk kepada penglihatan yang berkualiti tinggi setinggi bulan, dengan harga berpatutan dan boleh diakses untuk semua orang. 

"Kami sentiasa memberi tumpuan kepada usaha berterusan dalam memperoleh cara yang lebih baik bagi bidang penglihatan. Kami mengambil pendekatan yang mengutamakan pelanggan dalam menjadikan pembelian cermin mata dan kanta lekap adalah mudah dan dengan harga berpatutan. Demi mengembangkan jangkauan kami, kami tahu bahawa kami perlu mengembangkan kerjasama kami dengan peruncit dan doktor lain," kata John Graham, Ketua Pegawai Eksekutif 1-800 Contacts.

Luna ialah satu entiti perniagaan berasingan yang dipegang di bawah pemilikan bersama dengan 1-800 Contacts yang ditubuhkan melalui gabungan Premium Vision, Ditto, 6over6 dan ExpressExam. Premium Vision menyediakan perkhidmatan pengedaran kanta lekap dan platform tapak e-Dagang kepada peruncit optik lain. Pada tahun 2021, 1-800 Contacts mengumumkan pengambilalihan Ditto, syarikat teknologi percubaan pemakaian peralatan mata secara maya yang terkemuka, serta berkongsi hasratnya untuk menggabungkan Ditto dengan 6over6 yang telah diambil alih oleh 1-800 Contacts pada tahun 2019. 6over6 telah mencipta aplikasi pembiasan subjektif mudah alih bergred perubatan yang pertama di dunia supaya pelanggan boleh mendapatkan preskripsi baharu dengan hanya menggunakan telefon pintar. ExpressExam ialah sebuah platform memperbaharui preskripsi telekesihatan yang menghubungkan pelanggan dengan doktor mata untuk memperbaharui preskripsi kanta lekap atau cermin mata secara dalam talian.

"Kami teruja untuk membawa keupayaan Ditto, 6over6, Premium Vision dan ExpressExam yang saling melengkapi secara bersama-sama untuk mewujudkan perniagaan Luna. Rangkaian produk ini tiada tandingan dalam industri dan mencipta penyelesaian siap guna yang memudahkan pelanggan kami untuk melaksanakan transformasi digital dengan jayanya yang akan menyediakan mereka dengan kejayaan masa hadapan," tambah Kellen Fowler, Presiden Luna. Sebelum menyertai Luna, Kellen merupakan Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan dan Strategi 1-800 Contacts. Semasa memegang jawatan tersebut, beliau telah terlibat secara mendalam dalam membangunkan ExpressExam, mengembangkan Premium Vision, mengambil alih 6over6 dan Ditto serta membangunkan strategi untuk menggabungkan syarikat-syarikat ini dalam sebuah perniagaan yang disatukan.

Fakta Luna melalui Nombor 

  • 130 orang kakitangan di Israel dan di Amerika Syarikat.
  • Lebih 75 juta orang pengguna tahunan
  • 26 paten dan beberapa pensijilan
  • 65 buah negara pelanggan Luna

Tentang Luna 

Luna menawarkan rangkaian teknologi dan perkhidmatan bersepadu yang tiada tandingan kepada peruncit, jenama dan doktor peralatan mata yang berpandangan ke hadapan di seluruh dunia. Kami membantu menjadikan proses membeli peralatan mata dan kanta lekap secara mudah dan luar biasa di dalam talian dan di kedai. Kami juga memanfaatkan penyelesaian kami untuk membantu membawa penjagaan penglihatan kepada 2.5 bilion orang di seluruh dunia yang memerlukan cermin mata dan tidak mempunyai akses kepadanya.

Hubungan Akhbar
press@luna.io 

Sumber 
www.luna.io 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1734906/Luna_Solutions_LLC_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: Luna Solutions LLC
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Acquisitions, mergers, takeovers New products/services