omniture

Mouser Electronics Lancar Program Empowering Innovation Together 2022 dengan Audio Siar Baharu di RISC-V

EE Raymond Yin Meninjau Trend Baru Muncul dan Topik dalam Seni Bina RISC-V
Mouser Electronics
2022-03-18 09:48 99

SHANGHAI, 18 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Mouser Electronics Inc. hari ini mengumumkan pelancaran siri 2022 bagi program Empowering Innovation Together™ yang memenangi anugerah. Siri tahun ini terdiri daripada enam bahagian yang mana setiap satu menonjolkan teknologi terkini yang memainkan peranan penting dalam mentransformasikan industri-industri utama. Siri 2022 menawarkan pelbagai jenis sumber yang tepat pada masanya dan berwawasan seperti episod audio siar, video, artikel, blog dan infografik yang memberi tumpuan kepada trend teknologi seperti rangkaian 5G persendirian, robot bergerak berautonomi dan banyak lagi.

The first installment of the 2022 series zeroes in on the RISC-V open-source instruction set architecture (ISA), including a new episode of The Tech Between Us podcast.
The first installment of the 2022 series zeroes in on the RISC-V open-source instruction set architecture (ISA), including a new episode of The Tech Between Us podcast.

Bahagian pertama dalam siri 2022 ini memberi tumpuan kepada seni bina set arahan (ISA) sumber terbuka RISC-V, termasuk episod baharu audio siar The Tech Between Us. Episod audio siar ini tersedia di laman sesawang Mouser, Alexa, Apple Podcasts, Google Podcasts, iHeartRadio, Pandora dan Spotify.

"Kami teruja dapat memperkenalkan buat julung kalinya program EIT 2022 yang akan menerokai dengan lebih mendalam teknologi yang membentuk dunia di sekeliling kita," kata Glenn Smith, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mouser Electronics, pengedar global yang terkemuka bagi semikonduktor dan komponen elektronik terbaru. "Janji RISC-V terletak dalam mengurangkan halangan terhadap penerimaan serta inovasi dan bahagian pertama ini menawarkan sumber dan perbincangan kepada jurutera yang diperlukan oleh mereka untuk kekal berada di hadapan teknologi ini."

Dalam episod sulung audio siar ini, Raymond Yin, Pengarah Kandungan Teknikal Mouser, disertai oleh Mark Himelstein, Ketua Pegawai Teknologi RISC-V International, untuk perbincangan yang rancak mengenai asal-usul ISA sumber terbuka. Kedua-duanya turut meninjau perkembangan yang baharu dalam spesifikasi dan ramalan RISC-V mengenai apa yang menanti untuk masa depan ekosistem yang semakin berkembang ini.

"Saya berasa teruja untuk pendengar mendengar perbualan saya bersama Raymond dalam episod audio siar yang baharu ini," kongsi Himelstein. "Kami bersama-sama memberi pandangan terhadap faedah-faedah RISC-V, sifat sumber terbukanya dan bagaimana ia dapat meningkatkan kestabilan, keselamatan dan kebolehskalaan."

Selepas RISC-V, program Empowering Innovation Together akan meneroka teknologi imersif, mereka bentuk untuk keselamatan, sistem monitor pemandu, rangkaian 5G persendirian dan robot bergerak berautonomi. Program ini akan menonjolkan pelbagai pembangunan produk baharu dan mendedahkan pembangunan teknikal yang diperlukan untuk mengikuti inovasi dalam pasaran.

Kandungan RISC-V ditaja oleh rakan-rakan kongsi pengeluar penting Mouser, IAR Systems, Microchip Technology, Microsemi, Seeed Studio, SEGGER Microcontroller, SiFive, dan Terasic Technologies.

Ketahui lebih lanjut, kunjungi https://www.mouser.com/empowering-innovation

Source: Mouser Electronics
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services