omniture

Pameran Canton ke-131 menginovasi pendekatan digital bantu perniagaan cari peluang

Pameran Canton
2022-04-24 09:11 212

GUANGZHOU, China, 24 April 2022 /PRNewswire/ -- Pameran Canton ke-131 yang sedang berlangsung memperkenalkan pelbagai fungsi baharu kepada platform digitalnya, menggalakkan syarikat-syarikat dari dalam dan luar negara menggunakan cara yang inovatif untuk berkongsi peluang perniagaan.

Xu Bing, Jurucakap Pameran Canton Fair dan Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre, berkata pada tahun ini, Pameran ini telah mengemas kini infrastruktur platformnya yang mengupayakan hasil carian yang tepat dan cadangan yang diperibadikan untuk pempamer dan barang pameran, membolehkan pemadanan perniagaan dan promosi perdagangan yang pintar.

Pempamer Pameran Canton menginovasi siaran langsung untuk perniagaan 

Peserta pameran terus menginovasi pendekatan jangkauan perniagaan mereka sejak Pameran Canton mula beralih ke awan untuk sesi ke-127nya. Tahun ini, banyak peserta pameran memperkenalkan kreativiti kepada siaran langsung mereka.

Bagi mendekati pasaran di dalam dan luar negara, Guangzhou Chemicals menghias semula bilik pameran mereka dan memperkenalkan kesan skrin hijau kepada bilik strim langsungnya agar produk boleh dilihat dalam senario yang terpakai untuk pasaran sasaran. 30 siaran langsung syarikat berkenaan turut dibuka kepada pembeli dalam bahasa-bahasa berbeza.

Sementara itu, Guangzhou Tiger Head Battery Group membawakan demonstrasi spesifikasi produk yang komprehensif melalui sambungannya antara bilik pameran VRnya dan pusat produk syarikat. Light Holdings, satu lagi syarikat di Guangzhou, memperkenalkan produk berdasarkan kepada populariti produk daripada sesi Pameran Canton terdahulu.

Platform Pameran Canton memperkasa perniagaan dengan cara digital

Platform baharu untuk menjalankan perniagaan di awan ini, sebagai pendekatan kreatif yang dilancarkan oleh Pameran Canton, membolehkan syarikat-syarikat meneroka selanjutnya pasaran dan peluang. Huo Liyi, pengurus besar Golden Chef Machinery Co., Ltd., pengeluar mesin makanan yang mengkhusus dalam mesin makanan komersial dan peralatan pembakar, telah mengambil bahagian dalam Pameran Canton sejak tahun 2006. Syarikat tersebut turut beradaptasi kepada era digital dengan menyertai Pameran Canton di awan daripada sesi ke-127.

Mengimbau kembali pengalaman pertama beliau menyertai Pameran ini secara dalam talian, Huo menceritakan kisah bersama Martha Soto, seorang pembeli Peru. "Kami berinteraksi dengan Martha secara bersemuka di Pameran Canton luar talian, namun beliau tidak membuat tempahan ketika itu." Tanpa dewan pameran fizikal, Huo bimbang walaupun Martha telah melihat semua produk dengan melawat bilik pameran dalam talian, beliau mungkin masih mempersoalkan sama ada syarikat dapat mengeluarkan peralatan berkenaan tepat pada masanya semasa wabak. Bagi meredakan kebimbangan Martha, Huo segera mengatur lawatan dalam talian untuk menunjukkan barisan pengeluaran kilang dan akhirnya berjaya mendapat tempahan.

Pameran Canton ke-131 menginovasi pendekatan digital bantu perniagaan cari peluang
Pameran Canton ke-131 menginovasi pendekatan digital bantu perniagaan cari peluang

Tahun ini, Golden Chef memulakan siaran langsung pertamanya pada hari pembukaan sesi ke-131. Dengan lebih 42,000 tanda suka dalam 2 jam, siaran langsung tersebut menduduki tempat ketujuh dalam sektor jentera. Huo amat teruja dengan peluang yang semakin meningkat yang dibawa melalui siaran langsung tersebut. Syarikat berkenaan menerima hasrat penyumberan daripada pembeli dari negara-negara seperti Mexico, Chile, India, Rusia, Colombia, Sepanyol dan Jerman.

"Hasil daripada pembangunan platform Pameran Canton yang semakin meningkat, kami bersiap sedia untuk menerima peluang ini," kata Huo.

Kunjungi https://www.cantonfair.org.cn/en-US/register/index#/foreign-email untuk maklumat lanjut.

Source: Pameran Canton
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news