omniture

Flyability lancar Elios 3, dron LiDAR dalaman untuk Industri 4.0

Flyability
2022-05-20 08:00 254

Lausanne, SWITZERLAND dan SINGAPURA dan SHANGHAI, 20 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Flyability memperkenalkan Elios 3, dron tahan-perlanggaran (collision-tolerant drone) yang pertama di dunia dilengkapi dengan sensor LiDAR untuk pemetaan 3D dalaman. Dron ini dikuasakan oleh enjin SLAM baharu yang dikenali sebagai FlyAware™ yang membolehkannya mencipta model 3D apabila diterbangkan. Elios 3 juga diiringi oleh perisian versi baru Flyability untuk pemeriksa, Inspector 4.0.

Flyability mempelopori dron pemeriksaan untuk ruang terbatas (confined space inspection drone) dengan produk pertamanya pada tahun 2016. Dengan pelancaran Elios 3, Flyability terus bertekaduntuk mencipta teknologi untuk meningkatkan keselamatan manusia ketika melakukan pekerjaan inspeksi yang kompleks di tempat yang berbahaya.

Elios 3 dicipta untuk memenuhi keperluan syarikat-syarikat terhadap alatan pemeriksaan yang andal. Walaupun industri-industri di seluruh dunia meningkatkan penggunaan dron dalam pelbagai aplikasi pekerjaanya, mereka memerlukan teknologi yang mudah digunakan, beroperasi dengan cara mudah, dan kekal stabil apabila beroperasi di dalam aset-aset yang amat sensitif.

Elios 3, dron pertama untuk pemetaan dan pemeriksaan yang menukarkan data aset ke pandangan digital.
Elios 3, dron pertama untuk pemetaan dan pemeriksaan yang menukarkan data aset ke pandangan digital.

"Elios 3 mempunyai penstabilan yang terbaik di dunia, modular payload, keupayaan mencipta model 3D pada waktu sebenar semasa dalam penerbangan, dan ia membuka jalan bagi masa depan yang semakin berautonomi," kata Patrick Thévoz, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Flyability. "Untuk pemeriksaan industri, Elios 3 adalah pendorong penting Industri 4.0, membawakan penyelesaian pemeriksaan yang lebih selamat, lebih cekap dan kos yang lebih rendah berbanding sebelum ini."

Elios 3 dilengkapkan dengan sensor Ouster OS0-32 LiDAR, membolehkan pemeriksa mengumpul data untuk penciptaan model 3D survey grade menggunakan perisian daripada rakan kongsi baharu Flyability, GeoSLAM. Kawasan pemetaan yang berada di luar jangkauan atau terlalu berbahaya untuk manusia adalah amat sukar. Namun, kegiatan ini adalah kritikal bagi menyokong keputusan operasi di banyak industri.

Dengan menggabungkan tangkapan data dron ruang terbatas yang terbaik dan teknologi perisian geospatial 3D, kerjasama antara Flyability dengan GeoSLAM membolehkan ahli-ahli profesional menghasilkan awan titik gred-tinjauan (survey-grade point clouds) bagi tempat-tempat yang sulit diakses, menghapuskan sepenuhnya ketegangan anggaran dan tekaan daripada operasi mereka. Selain daripada dapat dipasangkan dengan sensor LiDAR, Elios 3 dapat menampung muatan kedua yang membolehkannya disesuaikan untuk keperluan setiap tujuan pengguna .

Elios 3 dikuasakan oleh enjin SLAM teknologi terbaru Flyability, FlyAware™, membolehkan dron ini  menukarkan data LiDAR  kepada model 3D pada waktu sebenar ketika dalam penerbangan. FlyAware™ juga memberikan Elios 3 kestabilan pernerbangan yang luar biasa, menggabungkan data dari tiga kamera optik dan sensor LiDAR untuk menangkap pergerakan paling kecil yang tidak dapat diramalkan dan mengarahkan pengawal penerbangan untuk melakukan penyesuaian. Kestabilan ini dan ciri-ciri yang mudah digunakan menjadikan Elios 3 sangat mudah dikendalikan, agar juruterbang baharu boleh dilatih dan melaksanakan pemeriksaan pertama mereka pada hari yang sama.

Menggunakan perisian Inspector 4.0 baharu daripada Flyability bagi tujuan pelaporan dengan Elios 3, kini pemeriksa boleh memvisualisikan Point of Interest yang ditemui semasa pemeriksaan dalam peta 3D resolusi tinggi menggunakan 3D Map Viewer Inspector 4.0. Ciri ini membolehkan pihak terbabit menavigasi dari POI ke POI dalam representasi digital aset-aset mereka, menyediakan visualisasi yang jelas tentang kecacatan yang ditemui bagi menyokong usaha perancangan, pemantauan dan penyelenggaraan.

Elios 3 membantu perindustrian mencapai matlamat mereka dengan lancar dengan membawakan pemeriksaan dan pemetaan mereka ke tahap berikutnya.
Elios 3 membantu perindustrian mencapai matlamat mereka dengan lancar dengan membawakan pemeriksaan dan pemetaan mereka ke tahap berikutnya.

"Elios 3 adalah projek terbesar tunggal yang pernah dilaksanakan oleh Flyability," kata Adrien Briod, Ketua Pegawai Teknologi Flyability. "Sekiranya anda melihat Elios 2 sebagai telefon 'flip' klasik anda, yang hanya direka bentuk untuk membuat panggilan, Elios 3 merupakan telefon pintar. Ia dihasilkan untuk disesuaikan demi permintaan tertentu setiap pengguna, membolehkan anda meletakkan muatan yang anda perlukan agar anda boleh menggunakan peralatan tersebut mengikut kesesuaian dan membolehkannya berkembang dan bertambah baik dari semasa ke semasa dengan muatan atau penyelesaian perisian baharu."

Flyability telah mengusahakan Elios 3 selama empat tahun. Ketika itu, juruteranya melakukan penelitian dan pengembangan  selama ribuan jam untuk penyelidikan dan pembangunan serta melaksanakan lebih daripada 200 misi untuk mengumpul  maklumat, mempelajari apa yang diinginkan oleh pelanggan, dan memperbaharui teknologi bagi menghasilkan dron dalaman yang paling andal dalam pasaran.

Sebahagian daripada usaha untuk menghasilkan Elios 3, Flyability berkolaborasi dengan universiti-universiti terkemuka di serata dunia dengan menyertai Pasukan Cerberus, yang bersaing—dan menang— dalam cabaran Sub-T berbilang tahun DARPA untuk robotik berautonomi dalam persekitaran bawah tanah.

Ketahui lebih lanjut mengenai Elios 3.

Latar Belakang Flyability

Flyability mempelopori dron pemeriksaan ruang  terbatas (confined space inspection drone), mencipta teknologi baharu yang membolehkan pemeriksa mengumpul data secara jarak jauh di dalam ruang terbatas yang berbahaya. Sejak dilancarkan pada tahun 2014, Flyability telah menjadi penyedia yang dipercayai bagi penyelesaian pemeriksaan dalaman, membolehkan pengumpulan data jarak jauh dengan perkakasan dan perisian canggih untuk ahli-ahli profesional pemeriksaan bagi membantu mereka meningkatkan keselamatan, mengurangkan masa hentian operasidan mengurangkan kos pemeriksaan. Hari ini, Flyability mempunyai pejabat di Switzerland, China, Singapura dan Amerika Syarikat , serta hampir satu ribu pelanggan di 60 negara. Flyability beroperasi dalam setiap industri yang memerlukan pemeriksaan dalaman termasuk Penjanaan Kuasa, Minyak & Gas, Perlombongan, Infrastruktur Air Buangan, Bahan Kimia, Maritim dan Infrastruktur & Utiliti.

Maklumat lanjut di www.flyability.com

Hubungan Media Asia Pasifik:

Vanessa Loh, Pengurus Pemasaran Serantau
Flyability Asia Pasifik
E-mel: vanessa.loh@flyability.com

Peti masuk media Flyability: media@flyability.com, +41-21-311-55-00





Source: Flyability
Keywords: Airlines/Aviation Banking/Financial Service Computer/Electronics Travel New products/services