![]() |
NEW YORK, 2 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Worldnet International, sebuah syarikat logistik rentas sempadan premium terkemuka yang mengendalikan keperluan industri fesyen dan mewah, telah mengambil alih Delivery By Express (DBE) Srl, sebuah syarikat logistik tempatan dan rentas sempadan dari Itali yang berpangkalan di Milan, yang mengendalikan keperluan industri yang sama serta telah menjadi rakan kongsi perkhidmatan kepada Worldnet di Itali selama beberapa dekad.
Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif DBE, Andres Pirri, kini akan menjadi sebahagian daripada Worldnet International Italia Srl yang akan meningkatkan lagi kejayaan terdahulu DBE. Syarikat ini akan meneruskan urus niaga seperti biasa dengan semua pelanggan, pekerja dan rakan kongsi perkhidmatannya.
"Kami amat teruja untuk membawa Andres dan pasukannya ke dalam keluarga Worldnet. DBE sudah menjadi rakan kongsi yang hebat kepada Worldnet untuk tempoh yang lama dan telah membina perniagaannya sendiri dengan cemerlang berdasarkan prinsip terasnya untuk memenuhi keperluan pelanggan yang paling mendesak dan pelbagai. Kami berharap untuk mempercepat pelaksanaan strategi kami dengan kehadiran syarikat utama Itali ini pada tahun-tahun akan datang," kata Richard Bhullar, Ketua Pegawai Eksekutif Worldnet International.
"DBE merupakan kehidupan saya selama lebih 30 tahun dalam alam pekerjaan. Syarikat tersebut sentiasa mengutamakan perkhidmatan dan saya bersyukur kerana Worldnet turut berkongsi visi yang sama. Saya teruja untuk membantu Worldnet Itali berkembang merintis masa hadapan," kata Andres Pirri, Ketua Pegawai Eksekutif DBE.
Dengan kemudahan operasinya di Milan dan Rom, syarikat ini akan menambah model perniagaan semasanya dengan menawarkan perkhidmatan ekspres yang tersendiri, sangat tersuai dan peka masa kepada rakyat Itali dan jenama fesyen, couture serta barangan mewah. Para pelanggan dijangka akan dapat melihat perkhidmatan serta inovasi baharu yang menarik dan memberi impak dalam beberapa bulan yang akan datang.
SRC Corporate Finance yang berpangkalan di London bertindak sebagai penasihat kepada Worldnet dalam urus niaga tersebut.
Tentang Worldnet International
Worldnet International ialah sebuah syarikat logistik premium yang menyediakan perkhidmatan ekspres di peringkat domestik dan antarabangsa kepada industri fesyen dan barangan mewah. Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh gandingan adik-beradik Mary dan Richard Bhullar yang masih memimpin syarikat sehingga ke hari ini, Worldnet terus meraih reputasi sebagai sebuah syarikat yang menjadi tempat pergantungan para pelanggan bagi projek logistik dan penghantaran yang paling mendesak, kompleks, berbeza dan sensitif. Dengan hab operasi di Paris, London, Los Angeles, Milan dan New York yang disokong oleh teknologi dalaman serta pasukan yang begitu canggih dan bersemangat, Worldnet merupakan bahagian penting dalam strategi logistik kebanyakan jenama paling berprestij di pasaran yang melibatkan operasinya.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1830659/WORLDNET_INTERNATIONAL_Logo.jpg?p=medium600