omniture

Coway Jamin Air Minuman Selamat dengan Sistem Keselamatan Produk Tersendiri

Coway Co., Ltd.
2022-06-02 14:00 89
  • 'Waterless Test System' (Sistem Ujian Tanpa Air) unik Coway untuk penulen air meningkatkan keselamatan produk dengan luar biasa dengan menggunakan nitrogen serta vakum bagi menggantikan air
  • Penulen air Coway diperakui dengan Lambang Emas daripada Water Quality Association yang menjamin keandalan produk

SEOUL, Korea Selatan, 2 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Coway, "The Best Life Solution Company," hari ini mengumumkan bahawa ia sentiasa menginovasi langkah-langkah bagi memastikan penulen airnya mencapai piawaian keselamatan tertinggi.

Coway Environmental Technology Research Institute (Pusat R&D)
Coway Environmental Technology Research Institute (Pusat R&D)

Selain menguji melalui kaedah-kaedah dalaman, syarikat ini turut meletakkan produk-produknya untuk menjalani proses pensijilan pihak ketiga yang ketat bagi menjamin air yang mereka hasilkan selamat untuk diminum.

Waterless Test System (Sistem Ujian Tanpa Air) Revolusioner untuk Keselamatan Dipertingkat

Dalam pasaran penulen air hari ini, menjadi standard untuk kebanyakan pengeluar menggunakan air atau air yang telah dibasmi kuman untuk ujian produk akhir. Amalan ini memastikan agar produk berfungsi dengan betul dan menghapuskan kemungkinan berlakunya kebocoran.

Namun begitu, kelemahan amalan ini ialah air sisa mungkin tertinggal dalam produk walaupun setelah kering. Air kemudiannya boleh merosakkan pembungkusan pelindung atau membekukan penapis dalam cuaca sejuk.

Lebih penting lagi, sekiranya dibiarkan dalam tempoh yang lama, air boleh mencemarkan produk, mengakibatkan adanya bakteria. Banyak syarikat cuba untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria dengan menggunakan air yang dibasmi kuman. Namun begitu, masalah yang lebih besar masih menjadi ancaman — sekiranya air mengalir melalui keluli tahan karat, kakisan boleh berlaku yang mengakibatkan sisa berbahaya diekstrak bersama-sama air bersih.

Bagi mengelakkan pengguna Coway daripada menghadapi masalah berbahaya sedemikian, syarikat ini melaksanakan sistem yang menguji penulen air tanpa menggunakan air.

Sejak tahun 2012, Coway menggunakan nitrogen dan vakum berbanding air dalam ujian produk akhirnya dengan menggunakan kaedah jaminan kualiti tersendiri yang dikenali sebagai Waterless Test System (Sistem Ujian Tanpa Air). Teknik ini diperkenalkan susulan kajian mendalam selama bertahun-tahun untuk mencari sistem jaminan kualiti yang paling berkesan untuk penulen air.

Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan dan kebersihan produk, ia turut mengurangkan penggunaan air sebanyak kira-kira 5,500 tan setahun.

Tanda Lambang Emas oleh Pensijilan Water Quality Association (WQA) untuk Keandalan Produk

Piawaian keselamatan dan kualiti Coway untuk penulen airnya diperakui oleh Water Quality Association.

Water Quality Association (WQA) ialah sebuah persatuan perdagangan antarabangsa bukan untuk keuntungan yang mewakili industri rawatan air kediaman, komersial dan perindustrian. Program Pensijilan WQA dirancang untuk membantu pengguna memilih produk rawatan air yang telah diuji dan diperakui mengikut piawaian industri.

Pada tahun 2008, Coway menjadi jenama penulen air Korea Selatan pertama yang menerima pensijilan WQA. Ketika ini ia merupakan satu-satunya pengeluar Korea Selatan yang memegang pensijilan terhadap NSF/ANSI 42, 53, 58 dan 401 daripada WQA. Coway turut menjamin penulen air keluar diperakui sebelum dieksport ke pasaran global termasuk AS, Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Eropah. Kini, lebih daripada 80 produk penulen air Coway diperakui oleh WQA.

Walau bagaimanapun, pencapaian terbaik Coway untuk keselamatan air merupakan Tanda Lambang Emas yang berprestij. Pensijilan ini hanya diberikan kepada produk-produk yang mematuhi Skim Pensijilan WQA dan menyemak keselamatan bahan, prestasi kimia dan integriti struktur. Ini memastikan produk telah menjalani ujian ketoksikan ketat yang meliputi lebih daripada 200 bahan dan memperakui bahawa semua bahagian yang bersentuhan dengan air minuman adalah selamat.

Pensijilan dan Waterless Test System (Sistem Ujian Tanpa Air) ini merupakan bukti kepada penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun yang diusahakan oleh Coway terhadap jaminan kualiti dan meyakinkan pengguna bahawa air minuman mereka selamat.

Sejak penubuhannya pada tahun 1989, Coway mengukuhkan kedudukannya sebagai perintis bagi teknologi air dan udara, memantapkan statusnya sebagai The Best Life Solution Company dengan kedudukan yang tiada tandingan dalam industri penulen air rumah.

Coway telah menerima beberapa anugerah berprestij termasuk dinamakan sebagai jenama penulen air nombor satu oleh Korea Brand Power Index selama 24 tahun berturut-turut, Persaingan Jenama Kebangsaan (National Brand Competitive) selama 14 tahun berturut-turut dan 100 Jenama Terbaik Korea selama 14 tahun berturut-turut.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Beverages Food/Beverages Health Care/Hospital Corporate Social Responsibility