omniture

Shanghai Electric Keluarkan Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat 2022

Shanghai Electric
2022-06-02 18:57 136

SHANGHAI, 2 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric mengumumkan pengeluaran Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 2022 tahunannya, mengetengahkan prestasi dan pencapaian Syarikat dalam Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) pada tahun fiskal 2021.

Ini merupakan laporan CSR ke-13 Shanghai Electric ketika Syarikat ini terus memajukan ikrarnya bagi meningkatkan ketelusannya berkisarkan amalan ESG dan mengukuhkan komitmennya untuk mempercepatkan transformasi tenaga global menerusi strategi hijaunya. Laporan berkenaan menunjukkan inovasi teknologi Shanghai Electric yang mendorong pembangunan ketiga-tiga sektor perniagaan utamanya – peralatan tenaga, peralatan industri dan perkhidmatan bersepadu – serta menekankan kemajuan signifikannya dalam melaksanakan strategi karbon-rendahnya bagi mengatasi isu-isu berkaitan iklim global. Laporan berkenaan turut merangkumkan pelbagai inisiatif yang dilancarkan oleh Shanghai Electric untuk meningkatkan kemahiran pekerja dan siswazah kolej sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menyerlahkan potensi kerjaya mereka dan membina tenaga kerja yang bersedia mendepani masa depan untuk sektor tenaga.

"Perniagaan global terus bergelut dengan impak negatif yang ditimbulkan oleh pandemik yang masih berterusan, yang telah menghalang kemajuan untuk memulihkan ekonomi dunia, menghalang kerjasama antarabangsa dan melemahkan usaha untuk menangani perubahan iklim. Dalam menghadapi pertembungan cabaran global, Shanghai Electric telah menetapkan keutamaannya ke atas teknologi karbon-rendah dan transformasi digital ketika kami berusaha untuk menjadi peneraju dan penginovasi dalam sektor tenaga baharu," seperti yang ditulis oleh Shanghai Electric dalam laporan berkenaan.

Memperkasa Masa Depan dengan Kemajuan Teknologi

Bagi menyampaikan teknologi inovatif dan andal serta penyelesaian perubahan iklim dalam ekosistem tenaga, Shanghai Electric telah meningkatkan pelaburannya dalam perniagaan angin luar pesisir sekali gus mengukuhkan keupayaan R&D bagi memacu inovasi untuk storan tenaga. Dengan pendigitalan, automasi dan kelestarian berperanan sebagai enjin pertumbuhan untuk perniagaannya, Shanghai Electric juga telah membangunkan teknologi canggihnya untuk peralatan industri bagi membangunkan penyelesaian automasi dan sistematik untuk tenaga pintar, pembuatan pintar dan infrastruktur pintar. Dari segi perkhidmatan bersepadu, Syarikat ini menggiatkan usahanya bagi mentransformasikan model perniagaannya untuk mendorong servitisasi produknya.

Menggabungkan ESG sebagai Bahagian Teras dalam Operasi Perniagaannya 

Bagi meningkatkan usaha berterusannya untuk mengoptimumkan pengawasan dan pengurusan ESG, Shanghai Electric menubuhkan jawatankuasa ESG khas dengan menetapkan strategi umum Syarikat berhubung isu-isu ESG, menilai risiko operasi perniagaannya terhadap alam sekitar selain menilai prestasi dan perkembangan ESGnya.

Berlatarbelakangkan matlamat keneutralan karbon dan karbon puncak China, Shanghai Electric bertindak balas terhadap peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui dengan penyelesaian perniagaan yang inovatif dan menyediakan produknya dengan teknologi yang menjimatkan tenaga bagi membantu mengurangkan emisi karbon. Shanghai Electric turut bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya untuk mewujudkan rantaian bekalan hijau, memegang standard yang tertinggi bagi memastikan setiap peringkat produk – bermula daripada reka bentuk dan pembuatan kepada operasi dan penyelenggaraan – dilaksanakan dengan bertanggungjawab.

Laporan berkenaan turut menawarkan maklumat yang terperinci mengenai langkah-langkah oleh Shanghai Electric untuk menangani isu-isu alam sekitar, selain data tentang pengurangan penggunaan tenaga, emisi gas rumah hijau, penggunaan air, bahan pencemar dan emisi sisa selaras dengan cita-citanya untuk menjadi sebuah syarikat lestari secara holistik pada dekad-dekad akan datang.

Mempercepatkan Transformasi Hijau untuk Mendayakan Masa Depan Lestari 

Shanghai Electric mempercepatkan pembangunan dan aplikasi teknologi karbon-rendahnya termasuk tenaga hidrogen, storan tenaga dan tangkapan karbon sekali gus memanfaatkan kelebihan perniagaannya untuk menggalakkan pembangunan serta pembinaan projek-projek tenaga baharu. Sementara itu, Syarikat ini sentiasa menambah baik pelan tindakan dan hala tuju untuk penyelesaian dan perkhidmatan boleh diperbaharuinya bagi meningkatkan kapasiti penggunaan untuk tenaga baharu.

Shanghai Electric telah memantapkan kedudukan Emiriah Arab Bersatu dalam usahanya untuk membantu negara berkenaan mencapai peralihan tenaga hijau dengan membina Stesen Storan Tenaga Fotovolta Dubai. Dilengkapi dengan sistem fotovolta 400KW dan sistem storan tenaga bateri kelas 1MWj, projek ini menggantikan penjana diesel yang digunakan di pejabat Shanghai Electric di Dubai dengan sumber tenaga boleh diperbaharui.

Memperkasa Generasi Jurutera Elektrikal Seterusnya dengan Program Peningkatan Kemahiran 

Kesaksamaan merupakan bahagian yang penting dalam budaya korporat Shanghai Electric dan Syarikat ini menggalakkan dengan aktif kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman dengan mewujudkan persekitaran kerja yang terbuka dan menghargai semua. Shanghai Electric mewujudkan ruang kerja yang membolehkan semua pekerja dapat menentukan sendiri laluan kerjaya mereka dan menawarkan saluran serta platform kepada mereka untuk menunjukkan dan membangunkan kemahiran profesional mereka. Pada tahun 2021, Shanghai Electric dinamakan sebagai salah satu "Majikan Terbaik China" oleh Forbes, menduduki tempat ke-15 dalam senarai.

Bagi membolehkan pekerja menikmati peluang yang sama rata serta mencapai potensi mereka, Shanghai Electric menyediakan program pendidikan dan latihan vokasional kepada pekerja. Dalam format yang disesuaikan mengikut keperluan pekerja merentas pelbagai sektor perniagaan, program latihan dalaman ini bermatlamat untuk memenuhi minat yang berbeza dan keperluan khas kakitangan, seterusnya memudahkan pertumbuhan kerjaya mereka. Shanghai Electric juga komited terhadap pembangunan belia dengan menjalin kerjasama bersama universiti dan institusi pendidikan bagi menawarkan siri program latihan luar talian yang dirancang untuk menggalakkan kebolehpasaran mahasiswa universiti.

Memimpin Pembangunan Sektor Tenaga China

Bagi mewujudkan ruang dengan tujuan untuk menghimpunkan para pemimpin industri untuk bertukar-tukar idea, mengukuhkan perkongsian perniagaan dan membincangkan peluang serta cabaran yang dihadapi oleh industri tenaga China, Shanghai Electric menganjurkan siri forum, ceramah dan simposium pada tahun 2021 yang menjemput 72 pakar industri dan menarik minat lebih 700 penyelidik domestik. Acara-acara seluruh negara berkenaan menyaksikan syarikat-syarikat memperkenalkan buat julung kali 103 projek dan memeterai 22 perjanjian. Selain itu, Shanghai Electric membelanjakan 3.4% daripada hasil keseluruhannya ke atas penyelidikan dan pembangunan pada tahun 2021, dengan perbelanjaan ke atas R&D untuk teknologi dan peralatan penting meningkat tahun demi tahun.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Social Responsibility