omniture

Holiday Extravaganza Kembali dengan Hadiah Penginapan

Frasers Hospitality
2022-06-17 08:28 173

Ditambah dengan ganjaran menarik untuk ahli-ahli Fraser World dan pendaftaran baharu

SINGAPURA, 17 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Frasers Hospitality, ahli Frasers Property Group, kembali dengan Holiday Extravaganza yang popular, menerusi faedah-faedah hebat untuk ahli-ahli Fraser World serta pendatang-pendatang baharu dalam program kesetiaannya.

Mulai sekarang hingga 14 Julai 2022, ahli-ahli Fraser World yang menggunakan kod promosi "PHEXFW" apabila membuat tempahan akan mendapat 2X mata kesetiaan ke atas jumlah yang mereka belanjakan bagi setiap penginapan. Selain itu, sesiapa sahaja yang mendaftar sebagai ahli Fraser World sepanjang tempoh tempahan ini akan menerima 500 mata Fraser World sebagai ganjaran penyambut.

Holiday Extravaganza Kembali dengan Hadiah Penginapan
Holiday Extravaganza Kembali dengan Hadiah Penginapan

Hadiah lebih besar menanti tetamu yang berkongsi #FraserMoments mereka dari sekarang hingga 30 September 2022. Mereka berpeluang untuk memenangi penginapan tiga malam di mana-mana hartanah Fraser World apabila mereka mempamerkan detik-detik percutian terbaik mereka. Terdapat 10 set penginapan untuk dihadiahkan.

Berikut adalah cara untuk menang:

1. Tetamu harus menangkap gambar atau merakam video diri mereka sendiri meneroka dan menikmati hartanah Fraser World yang mengambil bahagian sepanjang tempoh penginapan.

2. Muat naik kandungan ke suapan Instagram dan kongsi percutian mereka pada kapsyen. Tag sama ada @frasershospitality, @capribyfraser atau @modenabyfraser, bergantung pada hartanah di tempat mereka berada, dan/atau gunakan tagar #FraserMoments. Profil harus ditetapkan kepada umum. Terdapat juga poster paparan di sekitar hartanah tersebut dengan kod QR yang membolehkan tetamu mengimbas untuk memuat naik foto serta video mereka atau mereka boleh menghantarnya melalui pautan ini.

3. Panel hakim daripada Frasers Hospitality akan memilih imej atau video terbaik. Pemenang akan diumumkan, bermula pada 01 Julai 2022*.

Walaupun apabila industri pelancongan kembali pulih, Frasers Hospitality bersedia untuk menampung sebarang ketidakpastian. Walaupun peraturan COVID-19 semakin longgar, hartanah Frasers Hospitality terus mematuhi protokol pembersihan dan kebersihan yang paling ketat. Sebagai keselesaan tambahan, polisi tempahan dan pembatalan yang fleksibel telahpun dimasukkan dalam pakej penginapan, jika dibenarkan.

Tetamu boleh mengharapkan pangsapuri dan kediaman berperabot serba lengkap, kemudahan dan fasiliti terbaik dan paling penting, perkhidmatan terbaik apabila mereka memilih untuk menginap dengan Frasers Hospitality. Dengan pangsapuri dan kediaman hotel berservis terletak berpusat di seluruh dunia, para tetamu akan dapat menikmati tarikan utama setiap bandar dan pilihan menjamu selera, membeli-belah dan riadah yang hebat di depan pintu mereka.

Pada musim panas ini, kembalilah sekali lagi ke dunia anda dengan Holiday Extravaganza Frasers Hospitality.

Sila dapatkan maklumat lanjut tentang Holiday Extravaganza 2022 Frasers Hospitality di www.frasershospitality.com/en/fraser-world/holiday-extravaganza/.

*Tempahan tertakluk kepada ketersediaan serta tertakluk kepada terma serta syarat pertandingan.

Berhubung dengan media sosial kami di sini: Facebook I Instagram I Twitter I LinkedIn

Latar Belakang Frasers Property Limited

Frasers Property Limited ("Frasers Property" dan bersama-sama subsidiarinya, "Frasers Property Group" atau "Kumpulan"), ialah pemaju-pemilik-pengendali multinasional bagi produk dan perkhidmatan hartanah merentas rantaian nilai hartanah. Disenaraikan pada Papan Utama Singapore Exchange Securities Trading Limited ("SGX-ST") dan beribu pejabat di Singapura, Kumpulan ini mempunyai jumlah aset kira-kira sebanyak S$40.7 bilion setakat 31 Mac 2022.

Perniagaan multinasional Frasers Property beroperasi merentas lima kelas aset iaitu, kediaman, runcit, taman komersial & perniagaan, perindustrian & logistik serta hospitaliti. Kumpulan ini menjalankan perniagaan di Asia Tenggara, Australia, Eropah dan China manakala perniagaan hospitalitinya yang kukuh memiliki dan/atau mengendalikan pangsapuri dan hotel berservis di lebih 20 negara dan 70 bandar merentas Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Afrika.

Frasers Property juga merupakan penaja bagi dua amanah pelaburan hartanah ("REIT") dan satu amanah tercantum pada SGX-ST. Frasers Centrepoint Trust dan Frasers Logistics & Commercial Trust masing-masing memfokuskan kepada peruncitan serta hartanah industri & komersial. Frasers Hospitality Trust (merangkumi Frasers Hospitality Real Estate Investment Trust dan Frasers Hospitality Business Trust) ialah amanah tercantum yang memfokuskan kepada hartanah hospitaliti. Di samping itu, Kumpulan ini memiliki dua REIT yang disenaraikan pada Stock Exchange of Thailand. Frasers Property (Thailand) Public Company Limited merupakan penaja Frasers Property Thailand Industrial Freehold & Leasehold REIT, yang memfokuskan kepada hartanah industri & logistik di Thailand serta Golden Ventures Leasehold Real Estate Investment Trust yang memfokuskan kepada hartanah komersial.

Kumpulan ini komited untuk memberi inspirasi kepada pengalaman dan mencipta tempat untuk kebaikan kepada pihak berkepentingannya. Dengan bertindak secara progresif, mengeluarkan dan menggunakan secara bertanggungjawab serta memfokuskan kepada kakitangannya, Frasers Property bercita-cita untuk meningkatkan cita-cita kelestariannya merentas rantaian nilainya dan membina perniagaan yang lebih berdaya tahan. Ia komited untuk menjadi syarikat karbon sifar-bersih menjelang tahun 2050. Meneruskan warisannya serta memanfaatkan pengetahuan dan keupayaannya, Kumpulan ini bermatlamat untuk mencipta nilai bersama yang berkekalan untuk kakitangannya, perniagaan dan komuniti yang mendapat perkhidmatannya. Frasers Property percaya akan kepelbagaian kakitangannya dan melabur bagi menggalakkan budaya yang progresif, kolaboratif dan hormat-menghormati.

Untuk maklumat lanjut tentang Frasers Property, sila kunjungi https://www.frasersproperty.com atau ikuti kami di LinkedIn.

Latar Belakang Frasers Hospitality 

Frasers Hospitality, ahli Frasers Property Group, meraikan pencapaian 24 tahun menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada tetamu melalui kediaman hotel berservis Standard-Emasnya dan hotel gaya hidup butik di seluruh Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Afrika.

Berkembang daripada dua hartanah di Singapura kepada lebih daripada 120 hartanah di lebih 70 bandar, kini Frasers Hospitality merupakan salah satu penyedia kediaman berservis dan hotel yang terbesar dan berkembang paling pantas di dunia. Diwujudkan dengan memberi keutamaan kepada pilihan gaya hidup pengembara perniagaan dan riadah yang arif pada hari ini, pengendali hospitaliti global ini mempunyai tiga tawaran kediaman berservis Standard-Emas – Fraser Suites, Fraser Place dan Fraser Residence, jenama moden dan eko-gaya hidup, Modena by Fraser, jenama kediaman hotel diterajui reka bentuk, Capri by Fraser. Selain daripada itu, ia mengendalikan dua jenama hotel gaya hidup butik mewah di bandar-bandar utama di UK, Malmaison dan Hotel du Vin. 

Dengan senarai penghargaan dan anugerah yang luar biasa sebagai pengiktirafan kejayaannya, Frasers Hospitality kekal komited untuk menjangka dan melangkaui keperluan pengembara eksekutif yang semakin berkembang dengan inovasi yang berterusan dan perkhidmatan intuitif, mewujudkan kediaman kedua buat tetamu di mana kakitangan dirasakan seperti keluarga dan penduduk dirasakan seperti komuniti.

Untuk maklumat lanjut tentang Frasers Hospitality, sila kunjungi frasershospitality.com

Source: Frasers Hospitality
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services