omniture

Risen Energy Diiktiraf sebagai "Pelaksana Terbaik" bagi Tahun Kedua Berturut-turut oleh PVEL

Risen Energy Co., Ltd
2022-06-20 10:24 173

NINGBO, China, 20 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Risen Energy Co., Ltd (Shenzhen: 300118), pengeluar Tahap 1 yang terkemuka bagi produk fotovolta solar berprestasi tinggi, mendedahkan hari ini bahawa ia telah diiktiraf sebagai "Pelaksana Terbaik" bagi tahun kedua berturut-turut dalam Kad Skor Keandalan Modul PV 2022 PV Evolution Lab (PVEL) atas keandalan dan prestasi produknya yang cemerlang.

Pemeringkatan adalah berdasarkan data prestasi dan keandalan daripada Program Kelayakan Produk Modul PV PVEL, rangkaian ujian makmal dan lapangan yang memaklumkan keputusan perolehan dan pelaburan pasaran berkaitan tenaga solar.

Tristan Erion-Lorico, Ketua Perniagaan Modul PV di PVEL, berkata: "Setiap tahun, daripada 100 pengeluar dan beratus-ratus jenis produk mengambil bahagian dalam pemeringkatan PVEL dan hanya sebilangan kecil yang terpilih layak untuk mara ke peringkat akhir pengiktirafan Pelaksana Terbaik. Kami berasa sukacita melihat nama Risen Energy berada dalam senarai sekali lagi dan kami sangat berharap dapat menguji lebih banyak produk Risen yang baharu pada masa depan kerana syarikat tersebut terus berinovasi."

B Veerraju Chaudary, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran (CSMO) Risen Energy, berkata, "Keandalan dan inovasi terukir dalam DNA Risen. Kami tidak pernah berhenti mencari cara yang lebih baik untuk menyokong keperluan pelanggan untuk penyelesaian tenaga yang berkualiti tinggi, tahan lama dan menguntungkan. Sebagai contoh, produk kami yang baru dilancarkan Hyper-ion menggunakan teknologi HJT termaju dengan output kuasanya mencecah lebih daripada 700Wp setiap Modul, menawarkan pilihan yang terbaik kepada pelanggan yang mengharapkan prestasi yang lebih tinggi dengan kos keseimbangan-sistem yang lebih rendah dan kos tenaga elektrik teraras. Kami tidak sabar-sabar melihatnya dimasukkan ke dalam senarai Pelaksana Terbaik tahun hadapan."

"Risen telah menumpukan untuk memperkasa dunia dengan produk modul PV berkualiti terbaik dan menjimatkan kos selama lebih daripada dua dekad. Kami telah mencapai beberapa perkembangan dalam inovasi teknologi. Produk siri Titan kami, dengan lebih banyak penjanaan kuasa dan kecekapan lebih tinggi, menerima pengiktirafan pasaran yang kukuh sejak dilancarkan," kata Danny Song, Pengarah Produk Risen Energy, "Kini gembira rasanya melihat kepakaran teknikal termaju kami turut mendapat pengiktirafan daripada pihak ketiga berwibawa yang terkenal."

Latar Belakang Risen 

Risen Energy ialah pengeluar bertaraf kredit "AAA", Tahap 1, global dan terkemuka bagi produk fotovolta solar berprestasi tinggi dan penyedia penyelesaian perniagaan keseluruhan untuk penjanaan kuasa. Syarikat ini, ditubuhkan pada tahun 1986 dan disenaraikan secara terbuka pada tahun 2010, mendorong penjanaan nilai untuk pelanggan globalnya, memperoleh bahagian pasaran yang luar biasa di China, Brazil, India, Vietnam, Australia dan 50 negara serta wilayah yang lain. Dengan kapasiti modul tahunan 30GW dan 22 subsidi rangkaian perniagaan global, Risen Energy menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan perkongsian jangka panjang kepada pelanggannya dalam pasaran utiliti, komersial dan kediaman. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang kami: www.risenenergy.com   

Latar Belakang PV Evolution Labs (PVEL)

PVEL ialah makmal bebas yang terkemuka untuk industri solar dan storan tenaga hiliran serta merupakan ahli Kiwa Group. Sebagai perintis pengujian kebolehbiayaan kewangan, PVEL mengumpul lebih daripada sedekad data keandalan dan prestasi yang diukur untuk peralatan PV dan storan. Hari ini, PVEL menyediakan kepada pemaju, pelabur dan pemilik aset dengan rangkaian perkhidmatan teknikal untuk mengurangkan risiko, mengoptimumkan pembiayaan dan meningkatkan prestasi sistem sepanjang kitar hayat projek. Program Kelayakan Produk utama PVEL untuk modul PV, penyongsang dan sistem storan tenaga menghubungkan pengeluar dengan jaringan global lebih 400 rakan kongsi hiliran yang mewakili 30+ gigawatt kuasa beli tahunan. Ketahui bagaimana PVEL menjadikan data penting di pvel.com.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities