omniture

Pertandingan video format-pendek Youth on the Silk Road bermula

CRIOnline
2022-06-20 13:55 167

BEIJING, 20 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pertandingan video format-pendek Youth on the Silk Road, dianjurkan oleh program CRI Online China Media Group kini berlangsung dengan rancak. Matlamat pertandingan ini, dibuka kepada para penduduk negara-negara dan wilayah-wilayah yang terletak sepanjang Jalan Sutera, adalah untuk mengumpul cerita-cerita tentang pertumbuhan dan perjuangan ahli-ahli Generasi Z (sesiapa yang lahir antara tahun 1995 dan 2009).)

Para pemohon boleh memilih daripada lima topik: Inovasi dan Keusahawanan, Kerjasama dan Pertukaran, Pembangunan Bandar, Semangat Olimpik dan Thumbs-Up untuk Jalan Sutera. Para peserta boleh menghantar satu atau beberapa video yang sepadan dengan sekurang-kurangnya satu topik. Penyertaan harus memenuhi kriteria berikut: panjang: tidak lebih daripada 5 minit; kandungan: sari kata Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris harus disediakan: resolusi: sekurang-kurangnya 1280*720 piksel; format: MPG, MPEG, AVI, MOV, WMV atau MP4. Penyertaan harus dihantar dengan menghantar emel kepada youthsr@cri.cn sebelum 31 Ogos 2022.

Acara berkenaan menawarkan satu Hadiah Utama dengan ganjaran wang tunai sebanyak 30,000 RMB, satu Hadiah Pertama sebanyak 20,000 RMB, dua Hadiah Kedua sebanyak 10,000 RMB, tiga Hadiah Ketiga sebanyak 5,000 RMB dan 10 Hadiah Cemerlang sebanyak 2,000 RMB, selain daripada anugerah terbaik untuk organisasi-organisasi dan beberapa anugerah tambahan untuk individu.

Kami tidak sabar-sabar untuk menerima video anda yang menceritakan kisah anda kepada dunia!

Source: CRIOnline
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet