omniture

Pelancaran Rasmi Rancangan Siaran Langsung Media Budaya Besar Berjudul "The Amazing Rivers: Heilong River & Ussuri River"

Heilongjiang broadcast TV station
2022-06-21 22:31 225

HEIHE, China, 21 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pada 18 Jun, "The Amazing Rivers: Heilong River & Ussuri River", sebuah rancangan siaran langsung media budaya besar, telahpun dilancarkan secara rasmi oleh stesen TV penyiaran Heilongjiang. Ini merupakan promosi panoramik pertama Sungai Heilong dan Sungai Ussuri, iaitu dua batang sungai sempadan antara China dan Rusia, oleh media di China.

 

Dalam fasa pertama, para petugas akan merakam Sungai Heilong bermula dari Mohe, bandar paling utara di China, melintasi 11 daerah dan bandar termasuk Daerah Tahe, Daerah Huma dan Daerah Heihe serta tiba di Fuyuan, bandar paling timur di China. Daripada sumber Sungai Heilong ke penanda sempadan yang terkini di China, perjalanan sejauh 2,000 kilometer ini dirancang untuk meneroka tamadun purba dan keajaiban alam semula jadi sepanjang perjalanannya. Budaya-budaya China dan Rusia akan ditayangkan melalui siaran langsung dengan rekod kepesatan pembangunan dan pembukaan China.

Sungai Heilong ialah sungai sempadan yang terpanjang di dunia dan sungai ketiga terpanjang di China. Ia telah menyuburkan tamadun di China Utara dan melahirkan budaya negara yang hebat. Sama seperti Lembangan Sungai Yangtze dan Lembangan Sungai Kuning, Lembangan Sungai Heilong juga merupakan salah satu sumber bagi tamadun Cina, dalam corak kepelbagaian perpaduan bangsa Cina. Di atas kapal yang menyusuri sepanjang Sungai Heilong, kamera kami akan memberi paparan penuh pelbagai budaya tempatan yang menampilkan kedua-dua penyepaduan ciri-ciri sempadan dan negara serta percampuran antara budaya Timur dan Barat.

"The Amazing Rivers: Heilong River & Ussuri River" ialah sebuah projek kebudayaan dan pelancongan yang dirancang untuk membina keyakinan budaya kami di Wilayah Heilongjiang. Dalam era bersejarah yang baharu berhubung pembukaan wilayah ini ke bahagian utara, para petugas akan berusaha untuk memperkenalkan dan mempromosikan sumber-sumber sejarah serta budaya dan juga sumber-sumber eko-pelancongan sepanjang sungai sempadan ini dengan terperinci, seterusnya membina platform komunikasi yang baharu untuk jenama budaya dan pelancongannya serta menyumbang untuk meneruskan budaya Heilongjiang melalui rakaman sebenar, berbilang perspektif, menyeluruh dan jelas.

Bashili Great Bay, Huma County, Heilongjiang Province
Bashili Great Bay, Huma County, Heilongjiang Province

Source: Heilongjiang broadcast TV station
Keywords: Art Entertainment Publishing/Information Service Travel