omniture

Penginovasi dan Peneraju Automasi Pintar Laiye Perkukuh Komitmennya Terhadap Keselamatan Data, Sempurnakan Pensijilan SOC 2

Laiye
2022-06-23 08:32 123

BEIJING, 23 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Laiye, penyedia Automasi Pintar (IA) bertaraf global dengan bangganya dan berbesar hati mengumumkan bahawa ia berjaya mencapai pensijilan pematuhan Jenis 1 Kawalan Organisasi Perkhidmatan (Service Organization Control, SOC) 2 susulan audit yang dijalankan oleh Ernst & Young Hua Ming LLP.

Laporan SOC 2 telah diberikan kepada seluruh platform IA hujung-ke-hujung Laiye termasuk Automasi Proses Robotik (RPA), AI Perbualan dan Pemprosesan Dokumen Pintar (IDP).

Pensijilan SOC 2 diiktiraf secara global sebagai standard audit keselamatan data yang paling berwibawa dan ketat serta mengesahkan kedudukan Laiye sebagai perintis dalam keselamatan IA. Ia mengesahkan bahawa amalan, dasar, prosedur dan operasi keselamatan maklumat Laiye memenuhi standard SOC 2 untuk keselamatan, ketersediaan dan kerahsiaan. "Memperoleh pensijilan Jenis 1 SOC 2 merupakan satu pencapaian yang penting buat kami kerana ia menyampaikan komitmen berterusan Laiye untuk membina platform Automasi Pintar yang selamat, terjamin dan andal yang akan membantu pelanggan kami melakukan lebih baik dan menjadi lebih baik," kata Guanchun Wang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Laiye.

Bagi mencapai pensijilan ini, Laiye mendemonstrasikan bahawa produk, perkhidmatan, data dan keselamatan maklumatnya mematuhi peraturan dan undang-undang perlindungan dan perlindungan data yang utama. Pengesahan bebas ini memberi jaminan kepada pelanggan Laiye bahawa data mereka dilindungi dengan baik oleh syarikat ini semasa menggunakan produk dan perkhidmatan yang disertakan dengan pengeluaran pensijilan Jenis 1 SOC.

"Kejayaan dan keselamatan pelanggan sentiasa menjadi matlamat dan komitmen kami yang penting. Selain daripada keselamatan data pengguna, Laiye juga memastikan dasar dan langkah-langkah perlindungan data disampaikan dengan baik kepada penggunanya melalui berbilang saluran. Selain itu, Laiye menggunakan teknologi data penyulitan untuk melindungi data perniagaan yang penting dan maklumat sulit pelanggan dalam proses operasi perniagaan," kata En. Wang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Laiye.

Laiye menduduki tempat #1 di peringkat global untuk jumlah paten berkaitan RPA yang tertinggi dalam kategori RPA+AI dan pemerolehan pensijilan Jenis 1 SOC 2 memastikan bahawa amalan termajunya mengekalkan standard perlindungan data yang paling ketat.

Latar Belakang Laiye

Laiye ialah peneraju berwawasan bagi Automasi Pintar dengan kehadiran peringkat antarabangsa di Eropah, Timur Tengah dan Afrika, Amerika Latin serta Asia Pasifik. Kami menyediakan kepada organisasi-organisasi yang terdiri daripada semua bentuk dan saiz dengan platform Automasi Pintar berkuasa AI serta set produk yang paling canggih, lengkap, seragam dan transformatif termasuk penyelesaian RPA berkuasa AI, Pemprosesan Dokumen Pintar dan Bot Sembang (Chatbot). Kami membantu pelanggan kami beroperasi pada tahap produktiviti, keberkesanan dan kecekapan yang baharu serta mencapai tahap kejayaan yang baharu.

 

Source: Laiye
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications