omniture

Mulakan Perjalanan Carian Diperibadikan dengan Petal Search

Petal Search, Huawei
2022-07-01 10:06 150

Petal Search sekali lagi membuktikan kemampuannya dengan memenangi iF Awards 2022 untuk Pengalaman Pengguna 

SHENZHEN, China, 1 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Menerusi lebih 3.5 bilion carian yang dibuat setiap hari (Sumber: Smart Insights) dalam pelbagai topik carian serta sehingga 55% remaja menggunakan kaedah-kaedah carian alternatif seperti carian suara, enjin gelintar perlu menjadi serba boleh secara dinamik. Petal Search membawa perjalanan carian pengguna selangkah ke hadapan dengan membolehkan pengguna menemui yang berkaitan dengan carian mereka daripada hanya memberi jawapan untuk memperibadikan selanjutnya perkhidmatan carian.

Petal Search provides all-in-one search services
Petal Search provides all-in-one search services

Petal Search komited untuk meningkatkan keupayaannya untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna dan disenaraikan antara 3 enjin gelintar terbaik di lebih daripada 18 negara dan wilayah serata dunia (Sumber: Statcounter).

Petal Search menang iF Award 2022  

Sebagai pengiktirafan kepada usaha Petal Search ke arah membina perjalanan carian terhubung sepenuhnya yang unik untuk setiap orang, baru-baru ini enjin gelintar ini memenangi iF Award 2022 di bawah disiplin Pengalaman Pengguna (UX).

Ditubuhkan pada tahun 1953, sejak itu iF Design menjadi lambang global bagi reka bentuk yang cemerlang. iF DESIGN AWARD tahunan kini merupakan salah satu anugerah reka bentuk yang paling berprestij di seluruh dunia. Sebagai pemenang anugerah ini, Petal Search berusaha secara berterusan untuk meningkatkan pengalaman pengguna dengan meningkatkan perkhidmatannya agar setiap orang dapat menikmati kemudahan perjalanan carian yang disesuaikan untuk mereka.

Pada masa kini, memandangkan semakin banyak maklumat dihasilkan dan digunakan dalam aplikasi individu, lalu mencipta pulau maklumat yang berasingan. Bak kata pepatah, tiada manusia adalah sebuah pulau dan dengan Petal Search, begitu juga dengan aplikasi. Pencapaian ini menonjolkan komitmen Petal Search untuk membina hubungan yang lebih baik antara pengguna dan pulau-pulau maklumat yang bertaburan merentas telefon mereka. Petal Search akan terus membawa pengguna menempuh perjalanan carian yang memberi inspirasi melalui pengesyoran dan visualisasi pintar, memperoleh semua maklumat yang dicari oleh mereka sekali gus.

Petal Search tawar perkhidmatan carian sejagat bila-bila masa, di mana-mana  

Dengan pelbagai aplikasi digunakan oleh pengguna pada masa kini, pertukaran antara berbilang aplikasi dan percubaan untuk mengetahui apa yang diperlukan oleh pengguna merentas pelbagai aplikasi pada telefon mereka boleh menjadi rumit. Kajian-kajian menunjukkan peningkatan carian Zero-Click (Klik-Sifar) sebanyak 15% (Sumber: SparkToro) dalam tempoh setahun lalu, menonjolkan hakikat bahawa pengguna akan mula mengharapkan hasil tanpa perlu dihantar ke laman web pihak ketiga. Dengan mengenal pasti masalah utama ini, Petal Search Huawei direka bentuk untuk menyediakan pengalaman carian merangkumi semua demi kemudahan.

Petal Search membolehkan pengguna mencari hasil pada peranti setempat serta dalam talian. Bekerjasama dengan lebih 3000 rakan niaga daripada pelbagai industri Petal Search mempunyai jawapan untuk semua. Menyediakan hasil carian pada satu tempat, Petal Search menyelamatkan pengguna daripada bersusah-payah untuk bertukar-tukar antara berbilang halaman bagi mencari maklumat khusus yang diburu oleh mereka.

Dengan respons serta-merta untuk setiap huruf yang ditaip oleh pengguna, Petal Search mula meramalkan dan menawarkan hasil carian yang sesuai. Berdasarkan kepada tabiat carian pengguna yang dikumpul melalui mod pintar, Petal Search mempunyai idea yang lebih baik untuk memahami perkara yang diingini oleh pengguna, apa yang dicari oleh mereka dalam talian dan laman sesawang yang biasa dikunjungi oleh mereka. Dengan itu, Petal Search berupaya untuk memperibadikan keupayaannya dan memberikan hasil kepada pengguna malah sebelum mereka mencarinya.

Tambahan lagi, sekiranya anda ingin mencari perkhidmatan - untuk menempah lawatan, memesan makanan dan banyak lagi - anda tidak perlu membuka aplikasi individu untuk berbuat demikian. Sebaliknya, selesaikan semua yang anda perlu lakukan dalam satu aplikasi dengan bantuan Petal Search.

Di samping itu, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan daripada penyedia-penyedia yang berbeza dalam satu aplikasi. Dalam Petal Search, pengguna boleh membandingkan harga merentas pelbagai penyedia perkhidmatan. Dapatkan makluman tentang laporan cuaca waktu sebenar dan banyak lagi hasil terus daripada halaman carian utama Petal Search.

Petal Search mempunyai cadangan diperibadikan sedia di hujung jari

Dengan jumlah maklumat dan produk tak terbatas yang tersedia di internet, pengguna mungkin sering mendapati diri mereka dihujani dengan jumlah kandungan yang mereka temui dalam talian. Walau bagaimanapun, dengan bantuan teknologi enjin gelintar, pengguna telah diberikan kaedah untuk mengurangkan kandungan bagi mencapai hasil yang diingini.

Kita semua berbeza. Petal Search menyedari hakikat tersebut. Ciri-ciri unik anda membezakan anda dan Petal Search berusaha untuk menyesuaikan pengalaman carian kepada pengguna.

Sebelum mencari, Petal Search mengenali pengguna, daripada tabiat, minat mereka hingga konteks kehidupan harian mereka, untuk meramalkan istilah carian berdasarkan kepada perkara di atas dan memberi cadangan, daripada aplikasi dan laman web yang kerap digunakan, tugas yang akan dilaksanakan oleh mereka dan artikel yang mungkin mereka suka.

Kandungan Petal Search yang interaktif, visual membolehkan pemikiran pengguna berkembang

Bukanlah destinasi itu yang sentiasa penting, tetapi juga perjalanannya. Selain menyediakan hasil yang disesuaikan dan tepat, Petal Search membawa pengguna dalam perjalanan carian, menggalakkan mereka untuk meneroka dan menyerlahkan pemikiran mereka.

Dengan mencadangkan maklumat yang berkaitan dengan pertanyaan carian pengguna. Umpamanya, menunjukkan produk-produk berkaitan apabila mereka berusaha untuk mencari imej atau menawarkan video mengenai topik-topik yang serupa dengan apa yang baru sahaja ditonton oleh mereka, Petal Search berharap dapat menginspirasikan penerokaan.

Petal Search memaparkan kandungan visual interaktif yang membolehkan daya kreativiti mereka mengalir bebas. Lautan hasil carian yang pelbagai boleh menjadi sesuatu yang rumit untuk diharungi apabila mereka cuba mencari apa yang mereka perlukan, namun dengan kandungan visual, mereka akan berupaya untuk memberi perhatian kepada apa yang dicari oleh mereka sekali imbas.

Untuk memuat turun dan mengalami Petal Search, sila kunjungi: https://bit.ly/3rpGYGY

Source: Petal Search, Huawei
Keywords: Computer/Electronics